Wednesday 31 July 2013

10K


          Kau ada? Aku tak ada!. Haha...Ni adalah motivasi aku ni. Aku kan, dulu aku ada Kembara sejibik. Tapi disebabkan aku dan husband buat keputusan untuk beli sebuah rumah yang agak besar, aku terpaksa la korbankan salah satu kereta kitaorang, dan disebabkan kembara punya cc lebih rendah, kitaorg jual kembara (tak kemana pun sebab skang abang aku yang pakai).

          Selepas beberapa tahun, memang tak sebut langsung la nak beli kereta baru bagai. Kang kereta baru, susu pampers anak aku ke mana. Manusia kan...Memang tak dapat dinafikan aku ada keinginan untuk beli kereta, tapi sememangnya dalam masa 5 tahun ni, aku tak mampu sebab komitment pada rumah yang agak tinggi.

          Alhamdulillah selepas 5 tahun, gaji pun dah naik dan aku sebenarnya sedang tunggu keputusan kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi. Mudah-mudahan Allah tetapkan rezeki aku untuk itu sememangnya ada. Aku dah berniat, dapat je keputusan naik pangkat ni, aku nak buat makan2 kat rumah anak yatim Baitul Mahabbah (betul ke ejaannya?) kat kawasan sini.

          Dan perkara yang ke-2, tentunya beli kereta baru. Haha...Tapi tak target la kereta baru, maybe aku amik 2nd hand je. Target aku adalah Mazda3 atau Lancer GT. Agak2 mana best ya? Lancer adalah kereta idaman aku sejak kerja lagi tapi disebabkan telah adanya Inspira, aku rasa tak exclusive mana dah Lancer ni. Sebab tu ada Mazda3 dalam list.

          10K tu aku bajet downpayment keta. Memang aku ada 10K tu tapi bukan dalam bentuk duit. Kebanyakkannya adalah saham (haha...banyak sangat la kan). Jual saham semata2 nak beli kereta? NO WAY. Aku rasa kalau saham ni tak ada, sure aku langsung tak ada aset (saham ni aset ke?)

          Insyaallah aku berusaha nak kumpul RM10K dalam masa setahun ni. Gomen...tolong la bagi saya bonus 2 bulan bagi tahun 2013 ni. Senang saja cari lagi dalam 3K sahaja nak genapkan 10K...




     Mana satu idaman kalbu???

Penat

        Alhamdulillah dah 3 minggu kita berposa. Minggu depan dah raya. Aku dah tak larat nak bangun tiap2 pagi seawal 4.15am. Bukannya apa...sebab aku tak akan tido balik. Tido-tido kang bangun matahari dah tinggi mati aku.

          Lagipun penat sebab selalunya aku je yang bersiap nak kerja. Skang kena menyiapkan anak aku plak. Sofia dah almost 2 bulan bersekolah tadika. Dekat je...Dalam kawasan tempat kerja je. Senang aku or husband amik terus hantar rumah Nek Yam.

          Semalam aku rasa dah penat tahap maksimum sebab kaki bekas accident cramp semalam. Giler takut aku sbb aku dah pernah kena cramp ni sampai terjatuh masa berdiri. Mujur semalam aku tak dukung Qai. Kalau tak, tak tau la mungkin dengan anak2 aku sekali jatuh

          Maybe aku rasa penat sebab aku tensen giler semalam. Kecik hati dengan husband aku. That's another story tapi bila jadi macam tu, serius aku rasa down. Mula la rasa husband aku tak sensitif dengan permintaan aku.

         Kul 11 ada kelas..Siap2 apa yang patut esok aku sambung

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...