Showing posts with label Essential Oil. Show all posts
Showing posts with label Essential Oil. Show all posts

Tuesday, 2 April 2019

Lucky Me - I won Complete KidSafe Set from Plant Therapy

Alhamdulillah....


          Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah seronok sangat hari ni sebab semalam hadiah saya dah sampai. Hadiah apa ya? Hahaha... Jom

          Last month Plant Therapy ada buat lucky draw dalam bentuk scratch card. So setiap pembelian Lucky or Luckier synergy blend (seasonal blend) akan dapat satu scratch di mana dalam card ni semua orang akan dapat satu gift/card. Samada diskaun, voucher or mana2 set essential oil. So saya pun beli la bundle Lucky + Luckier ni dan dapat 3 scratch card


Shamrock  Bundle

         So...Bila dapat je benda 1st of coz la nak gores dan menang kan. Hahaha...So terus je buka package tu and ambil kad. Kad pertama tu saya dapat diskaun 10%. I was like...ok...Pastu amik la kad yang ke-2 tu scratch. Still nampak kepala 1 tu so dah agak mesti diskaun 10% lagi

          Disebabkan frust so saya pun singgahlah minum. Masa ni tak teringat nak bawa kad tu dan sebab frust saya main campak je dalam dashboard. Masa minum tu teringat nak scratch last card tu. Cari-cari tak jumpa kalut la masuk balik kereta punggah dashboard tu. Ok jumpa. Saya pun kembali ke tempat duduk dan mulakan operasi gores dan menang.

          Oh my...scratch je nampak kepala bukan 1 tapi K. Masa ni memang saya dah boleh agak dapat apa sebab saya tau salah satu hadiahnya ialah Kidsafe Complete Set. Laju-laju saya scratch dan tengok memang itulah hadiahnya. Ya Allah saya punya gigil tu lain macam tau. Maklumlah bukan jenis orang yang lucky ni so bila dapat tu rasa macam mimpi

Piala Kemenangan 


KidSafe Complete Set worth 179.95USD

          So apa lagi terus tebus coupon tu. After 13 days which is yesterday, sampailah setnya. Ya Allah best sangat. Ada 20 botol 10ml essential oil semuanya - 10 mL each of A+ Attention, Better Than Kisses, Calming The Child, Germ Destroyer, Grow Ease, Immune Boom, Itch Away, Nighty Night, No More Warts, and Odor Zapper, Shield Me, Silky Soft, Skin Soother, Sneezy Stop, Sniffle Stopper, Sore No More, Sweet Dreams, Sweet Slumber, Tension Tamer, and Tummy All Better



         Alhamdulillah. Kalau nak beli set ni memang tak lah nak beli sebab dah dekat RM800. So memang rasa bertuah sangat dapat ni. Terima kasih Plant Therapy

         If uols nak membawang pasal essential oil can always roger me ya 019-5541106 . Nak kata expert tu idaklah tapi nak share sikit2 tu bolehla

Friday, 15 February 2019

Pre-Diluted Essential Oil (made upon request)

          Alright...Lama kan tak update blog. Lagipun my haters dah move on so tak bestlah takde orang dah nak baca. Kikiki

          Ok sis nak inform mulai today sis ada buat pre-diluted essential oil in roll on of 10ml ya. Sebab koleksi eo dah banyak jadi bolehlah buatkan kalau ada yang nak cuba.

Oils Collection

My lab tempat dilute eo

          Pre-diluted ni maksudnya sis akan diluted essential oil dalam carrier oil (sis guna fractionated coconut oil ya)


Pre-diluted essential oil. Boleh pilih function ya


*Pre - diluted essential oil roll on 10ml*
(diluted with fractionated coconut oil)

Single blend starting RM13 
Synergy blend starting RM15

- 10ml roll on of your choice
- safe dilution 2% —5 % for adult
- safe dilution 1% - 2 % for kids above 2 yo
- diluted in fractionated coconut oil
- brand : Edens Garden & Plant Therapy (both brands are pure oil) Tested by 3rd party and provide GCMS report for each batch

pm/wa 019-5541106 or click mazlinamr.wasap.my 










Tuesday, 6 November 2018

Kenapa Saya Tak Guna Essential Oil Dari MLM Company


          Sapa suka essential oils angkat tangan? Me..me..me...Ok kan hari tu ada share keterjebakan terkini. Bahaya betul jadi orang perempuan kan. Lepas satu musim, satu musim lain. Ok yang sebenarnya saya kan sarat mengandung beberapa bulan lepas. Kali ni saya mengandung banyak sangat ujiannya. Antaranya kena UTI, overweight dan suami saya kena Kidney Stone. Jenuh berulang alik ke Hospital Pulau Pinang. 

          Bila macam tu, saya mudah penat dan stress. Ye lah kita dah la keje. Mana nak fikir kena habiskan sylibus lagi, nak marking assessment lagi. Satu hari saya ternampak kawan saya post pasal essential oil dari satu brand MLM. Entah macam mana terbuka hati saya nak cuba Stress Away dan Peace & Calm 11 (seperti yang dicadangkan kepada saya).

          Pertama kali saya cuba Stress Away, memang almost tak nampak kesan. But selepas beberapa kali, saya belajar untuk inhale & exhale scent tu...Wah memang kurang. Macam rileks sikit lah. So saya bawa je and pakai bila perlu, terutamanya masa travel. Kadang-kadang saya urut kat tengkuk husband. Masa ni kurang ilmu jadi saya tak dilute dengan carrier oil. Peace & Calm 11 saya tak pakai sangat sebab kurang suka bau dia (masa ni tak beli diffuser lagi jadi tak dapat diffuse. Bau dia straight from bottle saya tak gemar sangat). Bila diffuse wah ok juga.

          Selepas nampak kesan Stress Away, saya pun nekad nak guna essential oil untuk tujuan lain, tapi harga brand tersebut bagi saya agak tinggi. Jadi saya pun buat research dan jumpa dua brands Edens Garden & Plant Therapy. Kerap kali saya dapat soalan kenapa saya tak guna jenama yang mula-mula saya beli? Jawapan saya, sebab harganya mahal. Dan kalau ada sales reps yang kata harga essential oils diaorang mahal sebab pure and high quality, ok tu betul (selain daripada ianya adalah brand mlm yang saya tahu kena lalu banyak tier sebab tu harganya mahal). 

          TAPI saya juga tahu ada few brands lain yang juga jual pure & high quality oil seperti Aura Casia, Rocky Mountain, Florihana, Mountain Rose Herbs serta dua brands yang saya guna sekarang. Cuma di Malaysia tak ramai orang guna sebab kurang distributor. (Rasanya Oily Pod sahaja seller Plant Therapy/Edens Garden/Rocky Mountain di Malaysia). Essential oil yang dijual adalah pure dan berkualiti tinggi serta jauh lebih murah daripada mana-mana brand MLM sebab kita boleh beli direct takde lalu sales reps. Bukanlah tak bagus ada sales reps ni. Bagus je sebab kalau yang takde masa nak membaca, boleh refer sales reps ni apa-apa hal selepas beli, macam cara nak guna. For me, tak perlu sebab saya suka membaca so banyak perkara saya belajar pasal essential oil ni daripada buku-buku yang saya baca. Saya juga suka baca blog-blog aromatherapist serta follow support group Edens Garden & Plant Therapy jadi banyak ilmu saya dapat daripada essential oil lovers dalam tu.

          Apa bukti essential oil ni pure? Senang je kalau nak tahu essential oil ni pure or tak, check diaorg buat tak 3rd Part Testing. Kalau buat 3rd Party Testing, diaorang akan display GS-MS (Gas Chromatography-Mass Spectrometry) report. Report ni lah yang penting sebab ia akan beritahu samada essential oil ni adulterated atau tak. 

Contoh GS-MS Report Plant Therapy. Boleh tengok kat website ya

Contoh GS-MS Report Edens Garden. Boleh tengok kat website ya

          Kenapa test ni penting sangat? Sebab kat US takde standard pun untuk mengawal kualiti essential oil ni. Contoh paling senang, macam kat Malaysia semua peralatan elektrik mesti melepasi SIRIM. Kat sana takde standard lagi buat masa ni. Jadi semua company bergantung pada testing inilah untuk membuktikan essential oil mereka pure. Terms Sead to Seal & Certified Pure Therapeutic Grade bukan satu standard yang wajib diikuti oleh semua company pengeluar essential oil. Ianya adalah satu marketing terms bagi company-company tersebut sahaja.

          Dan lagi satu, FDA (The Food and Drug Administration) tak regulate essential oil ya. Company yang claim essential oil boleh menyembuhkan/mencegah penyakit, company tersebut boleh dikenakan tindakan oleh FDA.

          Yang penting, banyakkan membaca. Sometimes saya nampak orang share penggunaan essential oil yang tak selamat. Yang ni ramai yang rasa essential oil ni pure jadi mustahil ada apa-apa kesan. Allahhu...Sedangkan nanas tu makan banyak-banyak pun rasa luka kat lidah. Pure juga tu fresh lagi. Just because it's 'natural' doesn't mean it's safe. Sebenarnya bagus juga membaca ni supaya lebih banyak pengetahuan kita terhadap sesuatu. Some people bagi advice yang salah hanya sebab mereka telah lama jual atau guna. It doesn't mean you're an expert or certified tau. Sekali lagi, banyakkan membaca daripada pelbagai sumber baru kita dapat info yang tak biasa. Contohnya dulu saya tak tahu pasal tak boleh apply neat, tak boleh ingest, ada essential oil tak selamat untuk kanak-kanak...Lepas baca, Alhamdulillah bertambah lagi pengetahuan saya.

          I'm not bashing MLM punya brands ya. Just explain apa yang saya baca, yang saya research, jadi kalau ada kawan-kawan yang nak try essential oil dengan harga yang lebih murah, ada pilihan lain. Tapi kalau nak pilih brand MLM pun apa salahnya takde masalah. Gunalah apa-apa brand, asalkan essential oil yang kita guna pure. Saya sendiri suka Stress Away dan mungkin akan beli lagi jika habis sebab saya suka dengan kesan dan bau dia (Ya saya dah ada Worry Free dari Plant Therapy, tapi still suka Stress Away kerana baunya walaupun effect sama

          Hahaha panjang lebar pula penerangan saya. Actually saya selalu ditanya soalan ni jadi lepas ni saya bagi link blog ni aje lah. Mungkin lagi mudah difahami berbanding compare dengan saya explain kat website.

          Lagi satu nak tanya - ingat x kita belajar minyak dan air tak kan bercampur? Basic Chemistry 101 ya :)

XOXO
          
          






Friday, 26 October 2018

Plant Therapy Blues Buster Synergy review

Blues Buster
          One of my favorite essential oil from Plant Therapy is Blues Buster (another favorite are Honeybell and Tranquil). It's so refreshing and uplifting. It has flowery scent because of the Geranium Bourbon in it

          The Geranium could be overpowering the Tangerine & Pink Grapefruit in this blend. I'm thinking about adding some Grapefruit into it to 'cut' the Geranium scent

          This blend keeps me happy while working. Just 2 drops in my 100ml usb diffuser to keep my small working area smell really nice
          Bonus, this blend is also kid's safe, so I diffuse in the morning while my children are getting ready for school. They love the scent too.

          I definitely will buy this again. 

#newpassion #essentialoils #planttherapy #planttherapyessentialoils #planttherapyoils #essentialoilsmalaysia #iloveplanttherapy




Friday, 5 October 2018

Keterjebakan Terkini - Essential Oil

          Baiklah...Lepas je saya habiskan study tu, bermulalah pencarian saya untuk mencari essential oil yang berkuali dengan harga yang berpatutan. I know two brands yg famous tetapi harga nya boleh tahan. Hahaha so sebab dah tahu apa yang patut perlu jadi slash terus brand tu.

          

          Then satu hari masa terjumpalah this brand Edens Garden. So 3 hari jugalah study pasal brand ni. Price pun ok yang penting result GC-MS tu kena ada baru lah kuyakin oil tu not adulterated. Alhamdulillah ku yakin dengan brand ni terus ngorder stater kit dari Edens Garden macam pic kat bawah. Price 114.95USD. Shipping tak ingat
         
         I amik lagi satu set (create your own 12 set) sebab alang-alang shipping sekali kan. Lepas tu order amber glass bottle tu dari Shopee je. Koser nak beli brand ni punya bottle. Dasar kedekut

Tada...My first kit dari Edens Garden

          1st time unboxing, I was like 'aik apsal x wangi pon'. Lepas tu semangat lah try diffsuer. Wah bila diffuse bau dia ok la not bad. Yang penting essential oil tu sesuai dengan saya. Saya tunggu masa je nak diffuse then one day tengah lipat baju stress pulak dengan penat dengan rumah semak. Apa lagi amik peluang diffuse. 

         Selepas seminggu guna, terasa macam nak tambah diffuser. Konon nak letak kat ruang lain. Selepas buat research, saya jumpa satu brand Plant Therapy Dan seperti Edens Garden, Plant Therapy pun hantar essential oil diaorang untuk 3rd party testing. 


7 & 7 Aromafuse Set

          Kalau compare dua brands ni, saya suka dua-dua. Hahaha saya suka Edens Garden sebab dia macam ada sweet scent gitu. Plant Therapy bau ni agak kuat pada saya, tapi kalau daripada segi keberkesanan dia, sama je saya rasa. Sebab saya dah guna yang kids punya untuk both brands jadi saya boleh kata kesan dia sama pada anak-anak.

          Punyalah gila tau tau...
          
Latest collection. Huhuhu...

          Yang depan tu roll ons. Pre-made so boleh terus guna saja. Nanti saya cerita dalam next entry







Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...