Sapa suka essential oils angkat tangan? Me..me..me...Ok kan hari tu ada share keterjebakan terkini. Bahaya betul jadi orang perempuan kan. Lepas satu musim, satu musim lain. Ok yang sebenarnya saya kan sarat mengandung beberapa bulan lepas. Kali ni saya mengandung banyak sangat ujiannya. Antaranya kena UTI, overweight dan suami saya kena Kidney Stone. Jenuh berulang alik ke Hospital Pulau Pinang.
Bila macam tu, saya mudah penat dan stress. Ye lah kita dah la keje. Mana nak fikir kena habiskan sylibus lagi, nak marking assessment lagi. Satu hari saya ternampak kawan saya post pasal essential oil dari satu brand MLM. Entah macam mana terbuka hati saya nak cuba Stress Away dan Peace & Calm 11 (seperti yang dicadangkan kepada saya).
Pertama kali saya cuba Stress Away, memang almost tak nampak kesan. But selepas beberapa kali, saya belajar untuk inhale & exhale scent tu...Wah memang kurang. Macam rileks sikit lah. So saya bawa je and pakai bila perlu, terutamanya masa travel. Kadang-kadang saya urut kat tengkuk husband. Masa ni kurang ilmu jadi saya tak dilute dengan carrier oil. Peace & Calm 11 saya tak pakai sangat sebab kurang suka bau dia (masa ni tak beli diffuser lagi jadi tak dapat diffuse. Bau dia straight from bottle saya tak gemar sangat). Bila diffuse wah ok juga.
Selepas nampak kesan Stress Away, saya pun nekad nak guna essential oil untuk tujuan lain, tapi harga brand tersebut bagi saya agak tinggi. Jadi saya pun buat research dan jumpa dua brands Edens Garden & Plant Therapy. Kerap kali saya dapat soalan kenapa saya tak guna jenama yang mula-mula saya beli? Jawapan saya, sebab harganya mahal. Dan kalau ada sales reps yang kata harga essential oils diaorang mahal sebab pure and high quality, ok tu betul (selain daripada ianya adalah brand mlm yang saya tahu kena lalu banyak tier sebab tu harganya mahal).
TAPI saya juga tahu ada few brands lain yang juga jual pure & high quality oil seperti Aura Casia, Rocky Mountain, Florihana, Mountain Rose Herbs serta dua brands yang saya guna sekarang. Cuma di Malaysia tak ramai orang guna sebab kurang distributor. (Rasanya Oily Pod sahaja seller Plant Therapy/Edens Garden/Rocky Mountain di Malaysia). Essential oil yang dijual adalah pure dan berkualiti tinggi serta jauh lebih murah daripada mana-mana brand MLM sebab kita boleh beli direct takde lalu sales reps. Bukanlah tak bagus ada sales reps ni. Bagus je sebab kalau yang takde masa nak membaca, boleh refer sales reps ni apa-apa hal selepas beli, macam cara nak guna. For me, tak perlu sebab saya suka membaca so banyak perkara saya belajar pasal essential oil ni daripada buku-buku yang saya baca. Saya juga suka baca blog-blog aromatherapist serta follow support group Edens Garden & Plant Therapy jadi banyak ilmu saya dapat daripada essential oil lovers dalam tu.
Apa bukti essential oil ni pure? Senang je kalau nak tahu essential oil ni pure or tak, check diaorg buat tak 3rd Part Testing. Kalau buat 3rd Party Testing, diaorang akan display GS-MS (Gas Chromatography-Mass Spectrometry) report. Report ni lah yang penting sebab ia akan beritahu samada essential oil ni adulterated atau tak.
Contoh GS-MS Report Plant Therapy. Boleh tengok kat website ya
Contoh GS-MS Report Edens Garden. Boleh tengok kat website ya
Kenapa test ni penting sangat? Sebab kat US takde standard pun untuk mengawal kualiti essential oil ni. Contoh paling senang, macam kat Malaysia semua peralatan elektrik mesti melepasi SIRIM. Kat sana takde standard lagi buat masa ni. Jadi semua company bergantung pada testing inilah untuk membuktikan essential oil mereka pure. Terms Sead to Seal & Certified Pure Therapeutic Grade bukan satu standard yang wajib diikuti oleh semua company pengeluar essential oil. Ianya adalah satu marketing terms bagi company-company tersebut sahaja.
Dan lagi satu, FDA (The Food and Drug Administration) tak regulate essential oil ya. Company yang claim essential oil boleh menyembuhkan/mencegah penyakit, company tersebut boleh dikenakan tindakan oleh FDA.
Yang penting, banyakkan membaca. Sometimes saya nampak orang share penggunaan essential oil yang tak selamat. Yang ni ramai yang rasa essential oil ni pure jadi mustahil ada apa-apa kesan. Allahhu...Sedangkan nanas tu makan banyak-banyak pun rasa luka kat lidah. Pure juga tu fresh lagi. Just because it's 'natural' doesn't mean it's safe. Sebenarnya bagus juga membaca ni supaya lebih banyak pengetahuan kita terhadap sesuatu. Some people bagi advice yang salah hanya sebab mereka telah lama jual atau guna. It doesn't mean you're an expert or certified tau. Sekali lagi, banyakkan membaca daripada pelbagai sumber baru kita dapat info yang tak biasa. Contohnya dulu saya tak tahu pasal tak boleh apply neat, tak boleh ingest, ada essential oil tak selamat untuk kanak-kanak...Lepas baca, Alhamdulillah bertambah lagi pengetahuan saya.
I'm not bashing MLM punya brands ya. Just explain apa yang saya baca, yang saya research, jadi kalau ada kawan-kawan yang nak try essential oil dengan harga yang lebih murah, ada pilihan lain. Tapi kalau nak pilih brand MLM pun apa salahnya takde masalah. Gunalah apa-apa brand, asalkan essential oil yang kita guna pure. Saya sendiri suka Stress Away dan mungkin akan beli lagi jika habis sebab saya suka dengan kesan dan bau dia (Ya saya dah ada Worry Free dari Plant Therapy, tapi still suka Stress Away kerana baunya walaupun effect sama
Hahaha panjang lebar pula penerangan saya. Actually saya selalu ditanya soalan ni jadi lepas ni saya bagi link blog ni aje lah. Mungkin lagi mudah difahami berbanding compare dengan saya explain kat website.
Lagi satu nak tanya - ingat x kita belajar minyak dan air tak kan bercampur? Basic Chemistry 101 ya :)
XOXO
No comments:
Post a Comment