Monday, 5 November 2018

Jangan Sindir Customer



"Sis, nanti saya tanya suami dulu ya"

Baik... Takde masalah 😊

Diberi rezeki bekerja, Alhamdulillah saya berpeluang membeli barang² yang saya mahu tanpa minta suami sponsor (tapi kalau dia offer, mati hidup balik pun saya tak tolak😅). Ada isteri yang berbelanja dengan "elaun" daripada suami semata-mata, jadi tentulah perbelanjaan mereka terhad.

Tak perlu sindir² jika mereka survey produk kita then beritahu nak tanya suami dulu. DON'T. Tak perlu kita perli² di wall kita. Kita tak berada di tempat mereka. RM20 mungkin kecil nilai pada kita, tapi mungkin besar pada mereka.

Mungkin juga produk kita jual tu sebenarnya murah or no class pada mata suami mereka... Like wife minta Carlo Rino, tanya husband sekali husband suruh amik LV. Ntah² suami diaorg offer item yang lagi branded daripada yang kita jual. Kita iye iye je perli tak mampu... Padahal kita yang sendu

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...