23/11/2018 merupakan tarikh Black Friday yang akan saya ingat sampai bila-bila. Kerana pada hari itu, sahabat saya Kak Ezatul Marini kehilangan arwah suami tercinta, Abang Khaizu kerana kemalangan. Bas Politeknik Sandakan yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik. Kejadian tersebut mengorbankan 5 nyawa termasuk arwah Abg Khaizu
Sejujurnya saya tidaklah mengenali arwah sangat, tetapi saya banyak membaca mengenai arwah apabila Kak Ezat menceritakan tentang arwah suaminya di facebook. Arwah suaminya sangat baik. Betullah orang kata mereka yang baiklah yang akan dijemput Allah dahulu.
Satu benda yang saya belajar daripada Kak Ezat & Abg Khaizu adalah pengorbanan serta cinta & kasih sayang. Semoga kakak saya tabah dan semoga roh Abg. Khaizu ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman dan beramal soleh
No comments:
Post a Comment