Monday 5 November 2018

Ulat Politik

          2 minggu lepas, saya buat satu keputusan drastik iaitu left group sekolah menengah. Kikiki. Puncanya apa lagi dah tentulah sebab ada ulat politik dalam group. Ya Allah tolonglah fikir dalam satu group tentu ada ramai yang berbeza pandangan politiknya. Kalau sekali dua tu, kita fahamlah. Ini macam sepanjang masa. Cemuih baq hang

          Saya tak tahulah kat mana fikiran sesetengah orang macam ni. Ye betul untuk kesedaran, tapi pilihanraya dah lepas kot. Boleh tak berhenti dulu sembang pasal politik sebab sekarang ni takde apa kita boleh buat pun. Nak jatuhkan kerajaan sekarang? Tunggulah next election. Ni dok melalak lagi. Sebelum election melalak, lepas election melalak. Masa BN melalak...Masa PH melalak...Masa Najib melalak...Masa Tun Mahathir melalak...Apa yang kau nak buktikan? Come on masing-masing dah dewasa boleh fikir sebenarnya tak payah lah melalak sangat. Cemuih...

          Kan bagus group sekolah menengah ke...sekolah rendah ke...universiti ke...Diwujudkan at least kita alert lah pasal kawan-kawan kita. Kalau ada yang perlukan bantuan ke...Kita alert benda tu. Tapi segelintir ulat politik ni, buat orang meluat tau stay dalam group macam tu. Tak habis-habis politik...Then ada post pasal hak melayu la...apa la. Ye faham hak orang Melayu semua sebab kitaorang pun belajar perlembagaan dan ambil tahu pasal perlembagaan. Tak payah nak post sangat. Nak bagi ada sentimen perkauman ke? Lagipun sekarang semua orang ada access internet pandailah kami baca sendiri.

          Please ya kalau ada ulat politik ni...Tolonglah alert pasal ni. Kadang-kadang orang stay sebab orang nak malas nak left, tapi nak cakap takut sentap. Aku takdenya lah nak sound-sound banyak kali, Sekali dua cakap tak jalan, baik lah aku left...

Biar ku jalan dulu
Puas ku tunggu puas ku tunggu
Biar ku jalan dulu
Lu lambat macam mana
Itu bukan hal aku bukan hal aku itu bukan hal aku

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...