Wednesday 30 September 2015

Restock Tropika Baby Produk

          Alhamdulillah... Restock lagi produk Tropika Baby. Sambil guna, sambil jual :) Meh2 order dengan saya...

Baby Herbal Cream 50g
RM 39.90
Tropika Baby Lavender & Oil Lavender 20ml
RM 20.00

Head to Toe Tropika Natural Bubble Wash Sweet 230ml
RM 49.90

Head To Toe Tropika Natural Bubble Wash Lavender 230ml
RM 49.90
Baby Hair & Body Oil Roses 100ml
RM 60.00

sila tambah RM6.00 untuk pos

 sms/whatssap Maz 012-4359125 / 019-5541106
COD area Tanjong Malim & Proton City



          



Announcement pasal ssc rental services

          Hi peeps...Chewah bajet good good sapa je nak baca blog saya kan. Alhamdulillah my small ssc rental services business dah mula dikenali sikit-sikit. Dan banyak juga dapat whatssap from mummy yang berminat nak sewa or just nak royan pasal baby carrier.

          Ok, actually saya ada beberapa perkara yang nak ditulis kat sini. 1st sekali saya mohon maaf kalau saya lewat balas whatssap anda. Ini disebabkan tab saya ada masalah bateri. Baterinya cepat sangat drain. But if nak cepat reply, boleh contact saya pakai nombor celcom saya 019-5541106.

          Lagi satu kan..saya dah sediakan satu page kat FB iaitu Little Damia SSC Rental Services. So please like ye...Mana la tau kalau rezeki saya dah bertambah, saya nak buat giveaway free satu ssc ke.

          Ok...Ada mummy yang confuse kenapa saya tidak mencadangkan sesuatu jenis ssc pada mereka. Biasanya soalan pertama yang saya akan tanya adalah umur anak. Bila tahu umur anak, baru la saya boleh mencadangkan ssc yang sesuai (ni base on pengalaman saya dengan anak-anak saya).

          Then, saya akan cadangkan ssc dengan deposit paling rendah untuk newbies (snuggbaby & Jumpsac). Lagipun ssc ni agak senang nak dibeli selalunya ada ready stock kat website. Jika mummy ada keperluan khas, contohnya nak travel kat negara yang panas ke...tak nak yang bulky ke...sila inform ya sebab saya akan cadangkan ssc yang sesuai dengan keadaan ni.

          Ada mummy yang consider pasal hygiene. Don't worry sebab setiap ssc akan dibersihkan sebelum out for rental. Saya guna sabun RGD, which is popular among cloth diaper user sebab sabun ni environment friendly.

          Jika mummy perlukan ssc untuk tempoh-tempoh tertentu, sila booking awal sebab saya akan utamakan customer yang telah membayar deposit sahaja. Oh ye...lagi satu pasal deposit, please note that 1 ssc = 1 amount of deposit so if nak sewa 2 ssc, mummy kena bayar deposit untuk kedua-dua ssc. Dan deposit adalah firm. Ini disebabkan jika berlaku kerosakan pd ssc, saya akan tolak kos baik pulih from deposit.

          Dan deposit bergantung kepada harga ssc. Kalau ssc yang lebih murah, deposit pun rendah tapi kalau ssc macam Kinderpack, saya terpaksalah tinggikan harga deposit. Sebab Kinderpack punya custom tax saja pun dah boleh dapat satu Snuggbaby/Jumpsac.

          Berkenaan rental period  - katakan mummy sewa 2 weeks (14 hari), saya akan kira hari 1st tu hari ssc sampai pd mummy, and mummy pos balik ssc ps saya pd hari ke-15, katakan pos laju ada masalah lewat, mumy tak perlu risau ye saya tak caj pada mummy tau rm5/day late return penalty tu.

          Hurm...apa lagi ye. Setakat ni terpikir yang ni je. Oklah if mummy ada problem, boleh whatssap saya yer Mazlina 012-4359125 / 019-5541106.

          Thanks for reading mummy. Happy Babywearing

         

         


   

Tetiba berminat...

          I write my blog as my diary and business platform. Some people don't even bother to read it, but in certain circumstances, they will read only to dig about something...

          Alhamdulillah...I hope you will absorb the +ve energy only and leave the negativity behind

Tuesday 29 September 2015

Peluang? Nak ubah angin

          Hari ni dalam dok kalut² kelas dan marking, petang saya dapat satu tawaran menarik yang pada saya adalah satu peluang untuk ubah angin.

          Masalahnya, tanggungjawab tu agak besar. Saya takut tak mampu nak pikul pula. Tapi kalau nak cari pengalaman lain di tempat lain, sangatlah bagus kan. Ye la dah  11 tahun saya dalam comfort zone, nak juga try benda lain.

          Tengoklah mcm mana. Nak kena solat istikarah ni...

Monday 28 September 2015

Bila kena hidung sendiri

          Ok hari ni nak buat entry jahat sikit. Saya kan selalu kena sound dengan orang kalau saya tak sengaja buat sesuatu, contohnya tertinggal barang, atau tetiba kereta bercalar ke apa ke... As saya sengaja pula nak buat.

          Dulu saya selalu juga bising² kalau orang sound saya. Ye la dah la kita tak sengaja, pastu kena marah memang la saya nak marah juga. Tapi kang ada pula yang cakap saya melawan, so saya pilih diam je skang. In fact, sekarang saya lebih banyak diam je drp bersuara, tapi dlm hati memang saya berdoa semoga Allah balas perbuatan tu.

          Nak dijadikan cerita, petang semlm telah berlaku kejadian yang sama, tapi orang yang lain kena. Straight plak tu. 2 kejadian dalam satu hari. Masa saya tau cerita tu, memang terlintas kat kepala otak saya - kan dah mendapat.

          Moral of this story, hidup jangan la sombong dan ego sangat. Kalau orang tak sengaja, tak payahla nak sound/marah lebih² macam kita ni tak pernah buat salah. Peringatan untuk saya juga

          Oh ye. Hari ni sekolah area Tanjung Malim ditutup sebab jerebu...

Saturday 26 September 2015

Why I love my Kinderpack

          Ssc paling best yang saya pernah beli ialah Tula wc (wrap conversion) & Kinderpack. Serius memang berbaloi dan rasanya saya akan pakai sampai lebam kot.

          Hari ni nak review pasal Kinderpack or KP sikit. Ok brand ni bukan brand local but brand from US. Dan kalau tak salah saya ianya adalah handmade, sebab tu kuantiti yang dihasilkan adalah terhad.

     

          KP ada 4 saiz - infant, standard, toddler dan preschool. Dan saizing KP bagi saya adalah besar, maybe sebab ia from US (kan mama salleh lagi tinggi dan besar from mama asia kan)... Ia ada 2 strap - standard atau toddler. Saya punya strap adalah jenis standard sebab saya punya body frame sedang² saja. If mama yang agak besar, maybe lebih selesa dengan plus strap kot.

Kinderpack Sparrow Song with koolnit
adjustable strap

          Yang best pasal KP ni bagi saya adalah padded strap dia. So comfort ok... Dan kelebaran dia sangat membantu menggagihkan berat baby saya. Serius, dulu saya rasa Tula WC is the best, now I have to agree with KP lovers yang KP lagi best. Strap dia juga adjustable, so so takde masalah baby tak snugg.

          KP ada 2 jenis body panel - full panel dan koolnit. Macam saya punya Sparrow Song tu jenis koolnit, manakala yang Mint Julep tu jenis full panel. Koolnit is better for outdoor sebab nit tu tak memerangkap haba. But full panel pun ok je bagi saya. Material KP tak panas dan sesuai untuk outdoor.
Kinderpack Mint Julep full panel
          Macam juga ssc lain, KP pun ada hood, but since my baby doesn't like to use the hood, so saya tak pernah lagi try hood KP. Saya cuma pasangkan hood lepas anak saya dah tidur je. Maybe dia rimas kot bila kepala dia tertutup.

design hood - stuff and snap

                

Hood is detachable tapi design stuf and snap ni memudahkan nak sumbat hood if tak nak pakai

          Bila guna KP, saya suka backcarry. Sangat best rasa macam backpack beg labtop je. Overall brand ni sangat berbaloi untuk dimiliki. Mahal sikit, tapi memang alah membeli menang memakai lah...

  

          Since KP ni kita kena score sendiri kat website dia bila stocking, chances nak dapat is almost 0, sebab kelajuan internet Malaysia lebih perlahan from siput sedut. So kalau nak beli, boleh la beli kat group :




         
          But, dengan currency rate exchange yang tak stabil sekarang, nasihat saya ialah buy local. Plus tak payah fikir pasal tax dah :)
         
         

Our Customer

          Antara mama² yg menggunakan perkhidmatan kami. Thanks mama
p/s - Carrier saya dah sampai ke Indonesia, Australia, Korea, Vietnam. Saya je belun

Berminat nak sewa ssc? klik HERE untuk tnc & full listing

Saturday 19 September 2015

Out for rental

          Alhamdulillah...  Rezeki anak ada mama nak sewa ssc untuk anak² diaorg.
          Thanks mama. This time both mama pilih untuk try jumpsac

Berminat nak sewa ssc? klik HERE untuk tnc & full listing

Friday 18 September 2015

Sold - Goodbye love

          Argh...I hate when I have to sell one of my baby carrier. Tapi life goes on kan tak payah la nak berdrama sangat.

          Disebabkan tengah pokai dan malas nak korek saving, saya terpaksa jual ssc untuk cari fund beli mesin basuh baru. Masa ni la pun mesin basuh saya rosak. Tapi memang dah tahap kena tukar baru pun sebab dah almost 8 tahun kami pakai.

          Saya sayang ssc ni sebab ia adalah limited edition. Means takde dah produced kat website LL. Dah la saya jual dengan harga terjun lombong. Memang rezeki la mama tu. Saya beli RM720, saya lego RM500 je. Huhuhu...Sebab sekarang pun market tengah slow kan. Mama² kurang membeli ssc ni.

          Tengok je website Jumpsac & Snuggbaby. Selalunya stocking memang asyik sold je. But sejak 4-5 bulan ni, saya tengok mama ² takde nak berebut utk score sangat.

          Takpelah...Tunggu duit masuk nanti boleh beli lain. Insya Allah. Ni pun satu hal la. Asyik tertangguh je pay out saya.

          To the mama, please take a good care of my beloved ssc (cheh... mcm ler dia baca blog aku)

         
         

Wednesday 16 September 2015

KKD FLIP

Kokadi Flip Toddler Size Mr-Wunderland - Booked by Akma Alias. Will be shipped tomorrow.
          Thanks mama

Berminat nak sewa ssc? Klik HERE for tnc and full listing

Salah Orang

Dialog antara 2 insan pepagi kul 7.20am Hari Malaysia

Saya : Hello

Caller : Akak, kenapa saya whatssap x reply?

Saya : Err...jap sapa ni ye rasa takde whatssap

Caller : Lain kali akak reply la cepat². Menyusahkan saya betul la. Kalau nak order, dah bank in duit ke belum ke inform la (lebih kurang mcm ni la dia bebel...x ingat details sangat)

Saya : Hello ( dah tinggi suara). Adik ni dah salah orang ni. Cuba check balik nombor ke apa ke...

Caller : (letak telefon)

10 min kemudian dapat whatssap

"kak, sorry ye salah orang"

          Haish...kalau pg tadi tanya elok² kan bagus. So moralnya please la jangan kerek sangat bila ko nak tanya orang atau bila orang tanya. Jawab je elok². Kan dah termalu pepagi ni

          Apa² pun Selamat Hari Malaysia semua

Sunday 13 September 2015

Pre-Order Baby Tropika

          Saya nak buka pre-order barang Tropika Baby ni...
          Siapa berminat boleh sms/whatssap Maz 012-4359125/019-5541106
          COD area Tanjong Malim & Proton City

Saya pening balik

          Bila gajah dengan gajah bergaduh, kami pelanduk mati kat tengah-tengah.

          Ya Allah, berikan kami jalan untuk menyelesaikan masalah yang mana kami secara tak langsung terlibat...

     Amin

Saturday 12 September 2015

1st customer for Madame GooGoo

         Hari ni mama Nurul self pickup kat rumah mil. Ok kan jimat RM10 shipping.
          According to this mama, dia nak travel dengan flite, dan ssc yang ada dah tak muat dengan anak dia. Nak guna kay airport je so dia malas nak beli or bawa stroller.
          Thanks mama...

Berminat nak sewa ssc? Klik HEREHERE for tnc and full listing

Which one is better

          Mana satu lebih baik eh? mengumpat kat belakang seseorang dengan org lain sambil mention nama OR bercerita kat blog/fb without mention nama...

          Saya rasa yang 1st tu lagi teruk sebab dah sah2 bila kita bercerita dengan orang pasal orang lain tu dah dikira mengumpat. Dan orang pun tahu sapa yang dimaksudkan sebab kita bercerita pasal orang yang diumpat

          Saya kurang suka nak bercerita pasal orang yang saya kenal kat orang lain. So saya lebih suka meluahkan semuanya dalam blog. Dan blog saya cuma blog picisan ke. Takde sapa nak baca pun.

          Serius, saya selalu jadi orang yg last tahu pasal sesuatu sebab saya jarang nak korek-korek rahsia. Kalau yg saya tahu, Insya Allah saya simpan paling2 kalau nak cerita, saya cerita sesama orang yang dah tahu.

          Insya Allah, blog ni akan terus jadi tempat saya meluahkan perasaan saya tentang semua perkara. Saya rasa lagi baik from nak buka cerita kat orang lain. At least, nama baik orang tu tak tercemar...Saya pun bukan baik sangat, tapi Insya Allah saya tahu benda2 yang sepatutnya saya buat...

          Salam Sabtu...

SSC for Rental

          Booked. Thanks mama  

Nak sewa ssc? Klik HERE for tnc & full listing

Thursday 10 September 2015

Lega

          Alhamdulillah. Settle masalah. Mujur ada yg membantu. Kalau harap idea bangang saya rasanya sampai taun depan pun tak settle

          Haish...Susah juga kalau terperangkap kat tengah² antara dua kawan. Tambahan pula kita kenal kedua² nya. Tapi kesian juga la kat depa ni sebab jadi mangsa keadaan.

          Tapi saya amik pengajaran jer daripada kejadian ni... Antaranya

1.   Bila ada pihak mengadu kat kita, kita kena dengar juga kisah pihak yang diadu. Baru kita tau apa yg berlaku. Elakkan mengadu domba

2.   Jangan cepat buat andaian terhadap sesuatu perkara. Sometimes benda yg kita sangka ngan benda yg jadi lain sangat kisahnya.

3.   Kaum suami tolong la jadi sensitif jangan ler buat perangai. Isteri ni ada 6th sense. Dia tau bila suami dia buat perangai.

4.   Jauhilah perkara-perkara syirik. Apa pun masalah kita, yakinlah Allah tu akan memakbulkan doa orang² yang dizalimi

5.   Ntah...Ada 4 je kot.

          Apa² pun syukur Alhamdulillah...

Tuesday 8 September 2015

Disclaimer

          My blog is my place to write about almost anything I want to write...

          Please do not make any accusation about my writing as it has something to do with you or people you know, because I have many friends, enemies, a few customers, and I never mention any name. So do not simply accuse on something that's not true.

          And I am sorry if you think it's about you...I can't do anything about it. Only Allah know what I write about...

          Salam Selasa...

It's so funny

          So lawak bila you're not talking about them, yet they think you're...

          Lantaklah...

Monday 7 September 2015

Tak leh nak cakap elok-elok dah ke

          Aku nak berbaik-baik ko berlagak sangat kan...Aku cakap benda betul pun kau bercakap ngan nada sombong apahal pula...

          So mmg lepas ni kau buat la hal ko...Aku buat hal aku. Aku mmg malas nak layan tetiba nak  menyombong

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...