Wednesday, 5 March 2014

Tak sabar...


Alahai...sweetnya nampak montot. Serius aku kan tetiba rasa tak sabar nak menyambut newborn kali ni. Pdhal Qai baru nak masuk 2 tahun. Hihi...Tetiba rasa rindu sangat nak bau newborn. Kan baby baru lahir ada bau kan. Wangi-wangi masam. Aku suka sangat bau ni. 

Alhamdulillah kali ni aku takde alahan langsung kecuali 2 bulan pertama aku memang penat gila la. Tapi bila masuk 3 bulan, penat tu hilang. Oh sangat best. Ye la penat keje tu dah semestinya ada. So bila takde alahan and letih-letih yang disebabkan oleh mengandung ni, aku rasa bertenaga dan bersemangat.

Dan kali ni banyak benda tak perlu nak beli. Beli baju and toiletries and diapers je kot. Macam bedding set, bedung, cloth diapers boleh rembat Qai punya je. Qai pun dah tak pakai. And cloth pad untuk aku pun dah tak payah beli. Beli confinement set je la kot. Hihi banyak jimat ni.

Bukan la nak kedekut kan tapi mana-mana yang boleh nak dijimatkan, aku cuba la. Nanti-nanti boleh guna untuk benda lain. Kali ni nak berpantang 3 bulan kat kampung. Husband pun dah bagi green lite. Sebelum ni paling lama leh berenggang ngan anak-anak setakat 2 minggu je (ngan mama dia tak kisah punya)...Tapi disebabkan Qai kecil lagi, dia risau Qai akan banyak kacau aku ngan baby. Kak Long dulu takpela dah nak masuk 4 tahun kalau kacau gak memang aku sebat je.

Semua orang expect sangat bb ni boy. Aku? of coz la kan...Tapi aku tak kisah sangat. Yang penting bb dan aku selamat. Lagipun anak-anak aku juga, takde aku nak beza-beza kasih sayang. So apa de hal ngan boy or girl. Selamat je dah cukup

Hihi kali ni raya dalam keadaan sarat nau. Harap2 sempat la raya...

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...