Wednesday, 25 March 2015

Jangan nak sentap sangat boleh tak?


          Ok hari ni saya nak luahkan perasaan saya yang dah lama saya nak luah. Kita ni, dah dewasa kan...masing-masing dah melepasi satu tahap yang "ko tak payah la nak kebudak-budakan sangat". Hangin aku.

          Kalau ada sikit-sikit orang buat silap, jangan la nak sentap sangat. Ini semua nak terasa. Dan tolong la jangan terasa sangat pada sesuatu yang kita tak mahu ada. Contoh - nak ajak suami pergi jalan-jalan, suami kata malas nak pergi. Kita sentap plak sedangkan kita pun dalam hati kita tak nak pun beria-ia sangat.

          So, macam tu juga la kalau kita dengan orang lain. Kalau kita tak nak, jangan tanya ke apa ke...Lepas tu nak sentap-sentap. Rimas tau. Maybe la ada sebab orang tu tak offer kat kita. Saya tak offer sebab saya dah tahu jawapan anda, bukan sebab saya nak menyisihkan anda.

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...