Panas je hati saya petang tadi. Tengah sedap duduk dalam Dewan Serbaguna, saya dapat whatssap from En. Suami - Kak Long minta duit daripada kawan dia di sekolah agama. Argh,,,Rasa macam nak fetch dia cepat-cepat then nak lempang sedas dua. Ok2 rasional jap. Kes macam ni kena minta En. Hubby handle je.
Ustazah Kak Long call En. Hubby dan inform Kak Long selalu minta duit daripada kawan dia sampaikan mak budak tu datang mengadu kat ustazah. So ustazah panggil dia mengadap dan tanya dia kenapa. Jawapan dia "sebab takde duit". Mengamuk la En Hubby sebab saya memang bekalkan duit RM4 untuk dia (RM3 untuk pagi dan RM1 untuk petang, sebab sebelum ke sekolah agama dia dah makan kat transit so RM1 tu saja je la bagi)
Petang tu juga En. Hubby singgah kedai beli rotan 4 ketul (sorang seketul termasuk mama dia kot. ahaks...) Saya malas nak masuk campur kali ni. So bermula la sesi soal siasat. Dan setiap soalan disusuli dengan sedas rotan. Memang kesian, tapi Kak Long kena belajar bahawa benda ni salah dan harap dia ingat denda ni sampai bila-bila.
Kak Long ni jenis boros, Dia main beli je apa-apa yang dia suka. Dah makan and minum kat sekolah, time balik kang dibelinya Vitagen...ais krim. Sebab tu duit untuk sekolah petang tak cukup. Berani pulak dia minta duit daripada kawan dia. Rasanya ada la dalam 50 kali kena rotan (rotan manja je). Hopefully dia ingat sampai bila-bila. Lepas habis sesi merotan, ajak dia ke rumah kawan dia tu untuk jumpa dengan mak dia dan minta maaf. Kebetulan takde pula kat rumah. Nampaknya kena ulanglah Isnin nanti
Tapi, saya rasa kurang puas hati dengan tindakan mak budak tu. Ye, saya tahu Kak Long salah, tapi rumah dia selang 3-4 biji je from rumah saya, dan suami dia kawan kepada En. Hubby. Kenapalah dia tak maklumkan kepada saya atau suami terus. Bukan apa, bila kes dipanjangkan kepada guru sekolah agama Kak Long, tentu dia akan ada pandangan serong kat Kak Long. Kak Long bukan nakal. Dia cuma tak tahu benda tu salah. Saya tak menangkan Kak Long, tapi alangkah baiknya kalau jiran saya bawa anak dia jumpa saya dan bercerita dengan saya and suami. Kami bukan jenis menangkan anak. Ntahla...Rasa ralat pula kat situ. Saya harap ustazah Kak Long tak pandang serong pada Kak Long selepas ni
Saya rasa saya bukan mak yang baik :(
Blog untuk meluahkan perasaan dan perasan. I'm a Bokitta Lover. Saya juga menawarkan : - Service sewa SSC / baby carrier - Milk Booster Cookies 12 Ounces - Meiko (100% Original daripada Jepun) - Tokyo Organic Rose Serum #serrose - NEW! Bokitta Hijab & Pre-diluted Essential Oil whatssap saya 019-5541106
Friday, 26 February 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Supercube Drinks
Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...
-
Datin Ayu Roslan, Managing Partner at Bokitta Alamanda Aniza Shahadan, Managing Partner at Bokitta Alamanda Pada 0...
-
La hai...Hari ni saya ambil keputusan untuk cuti sambil berehat. Memang berehat betul langsung tak buat kerja rumah (mati la kena ...
No comments:
Post a Comment