Last week saya telah melalui satu pengalaman yg saya tak pernah minta untuk ditempuhi. Tapi Allah knows best. Saya kan pregnant almost 2 months, tapi atas kehendak-Nya belum rezeki untuk saya menimang cahaya mata ke-4. Saya ok je nak kata sedih sangat tu taklah. Tapi of coz la sedih kan.
Kisahnya start pd mlm Khamis minggu lepas lagi. Selepas guna toilet, masa nak flush saha nampak ada mcm stain dlm toilet bowl. Masa tu ada juga rasa mcm cramp sket. Saya inform kat husband. Dia mcm biasa lah suruh saya rest.
Jumaat pagi tu, saya dah cemas bila nak mandi dan saya dapati ada darah kat panties. Aisey cuak sangat terus ajak husband ke klinik kesihatan untuk scan (klinik ibu dan anak). Masa scan tu diaorg kata still nampak kantung, masa tu rasa lega sgt sebab saya takde rasa sakit melampau. Sakit mcm lenguh² je gitu. Lepas scan saya balik rehat
Dalam pukul 3.30, sy dah ready nak ke ofis. Masa ni dah rasa macam period pain, then waktu berjalan terasa macam air paip je yang turun. Then rasa macam ada "seketul" yang turun. Mujurlah masa tu husband ada so terus ke bahagian emergency kat hospital. Bila sampai je diaorg terus suruh saya baring. Masa ni saya ke tandas nak tengok apa yang turun. Memang berkaca mata saya tengok ada macam kantung warna jernih kat cloth pad saya. Masa ni saya dah tahu saya keguguran. Nurse minta saya masukkan sample tu dalam bekas.
Then ada sorang doktor datang untuk scan. Doktor tu inform dah takde apa² dalam rahim saya. Tapi diaorg tunggu sorang lagi doktor pakar untuk sahkan. Aisey...bila dengar nak ve tu buat saya cuak hokey. Ingatkan nak scan je. Tapi takpelah baring² dan rehat sampailah doktor pakar datang.
Dia scan dan double confirm memang takde apa dah dalam rahim saya. And ve pun dia kata ok takde apa, so tak kena cuci, tapi kena cucuk untuk kuatkan rahim. Rasa macam mimpi je kejadian Jumaat lepas tu sbb semua berlaku dalam masa 24 hours
Then dlm kul 9 saya boleh keluar (mujur tak kena tahan wad). So malam tu saya balik ke rumah dengan "perut kosong". Memanglah saya sedih, tapi bila fikir ada hikmahnya terubat sikit hati saya. Lagipun 2 bulan belum ada "roh"kan (betul ke 😂)
So now saya tengah cuti sakot seminggu. Moh ler kita berpantang...Sorry entry tak best sebab tak tau nak story detail sangat.
**Maafkan mama sebab mama tak jaga diri masa mengandungkan baby. Mama sayang baby dunia akhirat walaupun baby masih belum terbentuk sempurna**
No comments:
Post a Comment