Tuesday, 28 June 2016

Mood raya? Ke laut

          Bapak lama tak update kan. Saya sangat sibuk sebenarnya...Ni dah start semester baru lagi la sibuk sebab dapat 2 subjek baru.

          Uols dah prepare nak raya ke? Saya sebenarnya takde mood sangat nak raya. Mcm2 jadi sampai saya rasa sedih hingga effect mood saya. Tapi sedih pun ada ke yg nak amik tahu? Hahaha...Sebab sekarang saya dah tahu kawan susah dan senang...serta fakta bahawa hanya ibu bapa sendiri yang ambil berat dan sayang kita tanpa berbelah bagi.

          Time saya sakit, minta tolong kawan semua turn me down. Semua kata "tak boleh". Iyelah sapalah saya kan.

          Then suami decide nak raya kampung saya dulu, raya kedua balik ke kampung dia. Sedangkan raya ke-3 family saya buat kenduri kesyukuran. Sedihnya tak dapat nak join...Huhuhu dah la rumah kampung dah jarang buat kenduri.

          Hurm. Baju raya pun takde lagi. Benci tau bila saya request kat husband nak beli awal, macam2 alasan dia. Sudahnya pakai je la apa yg ada...Last week gi Bangi tak leh masuk. Jammed gila kalau dpt masuk pun xtau nak parking celah mana. Bila saya bising dia cakap saya membebel tapi kadang² kaum isteri ni membebel benda yg betul.

          Allah. Tak tau nak cakap. Serius takde mood. Meh la lipat baju kut mood datang

         

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...