Wednesday, 25 January 2017

Mercury Emergency!!!

          Tanggal 24/01/2017 adalah tarikh keramat. Saya akan ingat sangat tarikh ni sebab ada dua peristiwa penting. The 1st is audit lah kan. Yg ke - dua adalah kecemasan merkuri. Kikiki...Cemas campur kelakar.

          Kisahnya tengah student buat lab, tetiba merkuri daripada termometer meleleh. Apa lagi kelam kabutlah kan semua pakat panik. How to handle merkuri? Ok nak habaq 1st sekali jangan panik, then evacuate. Lepas tu call bomba ye. Jangan gatal2 nak lap ke...nak ambik buang dlm tong sampah ke. NO..NO..NO.

          Masa bomba datang, semua student & pensyarah terlibat kena datang balik. Huhuhu...Kami pulak dah suruh budak balik. Apa lagi semua gelabah call and wa student suruh datang bersama apa yg diaorg pakai masa lab. Sementara tunggu student datang, Encik Bomba request :

- Clorox
- Belerang
- Lampu suluh (lampu kuning)
- Plastik hitam (sampah)

          Ingat list ni k kalau uols ada bekerja dengan termometer merkuri. Clorox utk cuci pakaian dan anggota badan yg terdedah (tak pasti la diaorg campur tak ngan air, tapi clorox ni masuk bekas penyembur tu pastu sembur atas bawah). Belerang pula utk ditabur kat tempat merkuri tu so that belerang dapat absorb merkuri. Pastu Encik Bomba handle (time ni tak sempat tengok). Lampu suluh sebab nak tengok jika ada partikel kat udara (erm...something like that la penjelasan dia. Tak sure masa ni kalut ngan student). Plastik hitam untuk buang benda2 yang terdedah pada merkuri tadi. Dan kalau uols kena drive balik sebab nak salin baju plastik hitam ni boleh buat alas k...

          Ok lepas semua siap, bermulalah proses mandi air paip bomba.

pic senyum sebelum mandi

sejurus sebelum kena sembur

selepas mandi. sejuk yang amat

happy plak budak2 ni korang tau tak air tu sejuk gila

ni pic happy2 sebelum kejadian 
          Tapi memang kejadian ni banyak bagi pengajaran sebenarnya.

   

1. Kemalangan tak berbau (so kena extra hati2)

2. Sediakan payung sebelum hujan (clorox, lampu suluh, plastik hitam, belerang are a must kalau termometer merkuri ada)

3. Jangan berani2 nak handle merkuri kang ada yang jadi mutant. Serahkan pada Abam Bomba k. Simpan no telefon bomba berdekatan

4. Jangan tinggalkan tempat pengasingan. Sebab tak mo possibilities bawa merkuri tu ke tempat lain. Tinggalkan tempat kejadian dan mangsa kejadian kena berkumpul kat satu tempat lain.
       

          Ok...And after semua selesai saya memandu selama 10 minit dalam kesejukan aircond + hujan


No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...