Saya rasa kan...Jadi mak ni memang ada satu kuasa yang nampak macam takde mende, tapi sebenarnya effect sangat besar kat family. Salah satunya ialah kuasa melihat yang tembus ke dimensi lain
Kadang-kadang geram juga dalam rumah saya ada 5 orang (minus sorang baru 3 tahun), so ada 4 lah yang cerdik. Bila nak suruh diaorang mencari sesuatu, alahai...geram sungguh. Depan mata depan hidung pun tak nampak
Kita yang dok kat bawah tu...pandangan leh tembus sampai atas. Dah bagitau kat mana pun still la diaorg ni mencari tak jumpa. Jangan kata Kak Long, husband pun sama kadang-kadang kita stress pula jadinya. Hahaha yelah kalau pagi tu kelam kabut sikit. Tapi semua benda kita kena buat, dah diberitahu kat mana barang tu pon, still last2 kita juga kena cari. Ish...
Power lain ialah kuasa mendengar yang super sensitif. Ko akan dengar je anak ko menguap pun even tengah tidur. Sebab tu kalau adik-beradik ni bergaduh dalam bilik mulalah maknya jadi amukan puaka. Tambahan pula sekarang ni saya memang macam handphone. Lepas Isya memang kena caj (tido) supaya esok bertenaga macam biasa
Jangan main-main ye dengan mak2 ni kitaorang maybe tak power macam Justice League/ Avangers tapi kitaorg punya kuasa ni sukar ditandingi juga...
Btw, uols dah tengok ke Justice League? Best dop?
Blog untuk meluahkan perasaan dan perasan. I'm a Bokitta Lover. Saya juga menawarkan : - Service sewa SSC / baby carrier - Milk Booster Cookies 12 Ounces - Meiko (100% Original daripada Jepun) - Tokyo Organic Rose Serum #serrose - NEW! Bokitta Hijab & Pre-diluted Essential Oil whatssap saya 019-5541106
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Supercube Drinks
Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...
-
Datin Ayu Roslan, Managing Partner at Bokitta Alamanda Aniza Shahadan, Managing Partner at Bokitta Alamanda Pada 0...
-
La hai...Hari ni saya ambil keputusan untuk cuti sambil berehat. Memang berehat betul langsung tak buat kerja rumah (mati la kena ...
No comments:
Post a Comment