Wah dah lama nak menulis pasal ni tapi tak berkesempatan...Oklah so today sis nak post pasal isu barang kemas Al-Hambra Van Cleef yang dikatakan menyerupai salib, kemudian dikatakan serupa 4 Leaves Clover
Hari tu kecoh pasal ni kan. Kalau nak tulis panjang lebar sangat. Dan ramailah yang jadi ustaz ustazah di Facebook. Tak kurang juga ustaz - ustaz celebrity beri pandangan pasal ni.
|
Van Cleef Al-Hambra
|
Salib? 4 Leaves Clover? Ahahaha jawapan yang paling tepat adalah QUATREFOIL, which is salah satu bentuk geometri ye. Tapi Van Cleef mendapat ilham untuk menjadikan motif ni sebagai salah satu rekaannya based on pattern ni yang terdapat di Istana Al-Hambra. Korang boleh Google ye pasal Al-Hambra Van Cleef ni.
|
Geometry Shape
|
Ok, saya berpendapat bk ni tidak menyerupai salib dan tidak menyerupai 4 leaves clover, ia berbentuk Quatrefoil seperti yang dinyatakan, tetapi ada kawan-kawan FB yang tidak bersetuju dengan saya, lebih-lebih lagi bila ada ustaz celebrity yang mengeluarkan pandangan beliau. Saya tidaklah rasa pandangan beliau salah, cuma dalam konteks ni, kita kena lihat pada keseluruhan kisah di sebalik idea bk tu
So being me, saya emelkan persoalan ini kepada soaljawab@muftiselangor.gov.my. Dan inilah jawapan mereka
So, kepada yang ada barang kemas with this motif, boleh pakai ye. Takde masalah. Kalau ragu - ragu, boleh pos kat kayh 😅
No comments:
Post a Comment