Monday, 13 April 2015

Kenapa awak boleh buat saya tak boleh...

         Hai la...Tiba-tiba rasa bengang pula bila dapat tahu saya dipinggirkan. Bukan main lagi kalau saya buat apa-apa tak ajak awak...awak...dan awak..., awak masam-masam muka, Tapi boleh pula awak buat macam ni kat saya.

          Tu la kan. Lain kali bila kita terasa hati dengan tindakan orang, tengok dulu kita ada tak buat benda yang sama. Kalau ada, maknanya kita tak layak nak terasa...

Friday, 10 April 2015

My DISO SSC


Kinderpack Mint Julep Limited Edition

          Alhamdulillah. Finally saya jumpa juga dengan my diso ssc ni. My first and true love (along with my Tula, Lenny Lamb and Snuggbaby). Semalam tengah-tengah ber fb, ternampak status kat MBW FSOT utk ni. Saiz toddler plak. Huhu...Saya pun pejam mata je la pm sis Yin Zaim ni. Saya minta hold dulu sampai tengah hari ni sebab nak cari duit. Mula-mula ingat nak up mana-mana ssc yg saya ada skang utk jual dah. Tapi lepas stalk duit kat buku asb, rasa macam ok tak payah up dulu mana-mana for sale. Kita beli dulu yang ni.


          Kenapa saya nak sangat kp ni? Sebab mula-mula saya kenal kp, design ni yang ada dalam stocking. Nak score kp time stocking memang harapan sangat la kan...Sapa kaki kp memang tau sangat dah macam mana susahnya nak score kp tiap-tiap pagi Jumaat kul 1 am. 5 SAAT je sold out. Gila pantas kan...

          So bila ini up for sale, saya pejam mata je la kan. Ok...Settle satu hal. Satu hal lagi adalah apa yang saya nak detash ni? LL, Tula or Snuggbaby? Or Jumpsac, Flip atau MGG yang coming soon ni? Haish...Kenapala saya dah build the love dengan semua ssc saya? Memang pening nak let go yang mana satu. Dah la semalam saya buat keje gila saya "ter"beli Tula Toddler plak...


Polka Dance
          Ok. Lepas ni memang taubat nasuha dah. Tak mo dah stalking mana-mana page b/s/t... Cukup apa yang ada ni. Insaf-insaf lepas ni memang kena detash nak baja balik pokok duit...

          Kalau saya nak jual, ada yang nak ke?

Wednesday, 1 April 2015

Berminat nak set up hometsay tak?

          If ada sapa-sapa nak set up bisness homestay boleh dapatkan e-book from owner Casa Laiqa Homestay ya. Maklumat lanjut klik sini Casa Laiqa Homestay

Wednesday, 25 March 2015

Jangan nak sentap sangat boleh tak?


          Ok hari ni saya nak luahkan perasaan saya yang dah lama saya nak luah. Kita ni, dah dewasa kan...masing-masing dah melepasi satu tahap yang "ko tak payah la nak kebudak-budakan sangat". Hangin aku.

          Kalau ada sikit-sikit orang buat silap, jangan la nak sentap sangat. Ini semua nak terasa. Dan tolong la jangan terasa sangat pada sesuatu yang kita tak mahu ada. Contoh - nak ajak suami pergi jalan-jalan, suami kata malas nak pergi. Kita sentap plak sedangkan kita pun dalam hati kita tak nak pun beria-ia sangat.

          So, macam tu juga la kalau kita dengan orang lain. Kalau kita tak nak, jangan tanya ke apa ke...Lepas tu nak sentap-sentap. Rimas tau. Maybe la ada sebab orang tu tak offer kat kita. Saya tak offer sebab saya dah tahu jawapan anda, bukan sebab saya nak menyisihkan anda.

Tuesday, 17 March 2015

Sampai hati



          Allahu Akbar. Sedih dan terasa hati kaum isteri kalau terkena macam ni. Kenapa la seorang lelaki sanggup tinggalkan anak/isteri pergi makan angin? Ok...Nampak macam takde benda pun kan. Tapi ni common sense je. Kalau dah kahwin, jadi la suami yang berhati perut dan kalau dan ada anak-anak, jadi la ayah yang bertimbang rasa. Bukan masalah benda remeh diperbesarkan tapi tergamak ke nak pergi makan angin suka hati at the same time tinggalkan anak isteri kat rumah?


          Aku kan...kalau nak pergi kursus je pun, dah rasa beban sangat nak tinggalkan anak-anak dan suami kat rumah. Terfikir sapa nak uruskan pakai suami, anak-anak, Sanggup aku bagi surat tunjuk sebab tak hadir kursus daripada tinggalkan rumah. Tapi aku sentap la ada lelaki yang takde common sense dengan suka hati nak pergi makan angin at the same time tak bawa anak-anak dan isteri.


          Ok, maybe suami tu ada orang nak sponsor kan. Biasanya family la akan sponsor percutian tu kan. Bukannya wife tu minta disponsor sekali pun. Wife tu pun segan nak harap orang sponsor, tapi sebagai lelaki yang bertimbang rasa pun, at least ada la sikit perasaan simpati nak tinggalkan anak isteri untuk benda yang tak penting pun. Lain la kalau nak pergi kursus ke...kerja ke...No hal la kan...


          Bayangkan perasaan isteri bila disuruh cari duit kalau nak ikut? Allahu Akbar luluh hati isteri kot. Bukannya tambang dia je nak kena fikir, tambang anak-anak? Dah tu bukan sekadar duit tambang je. Nak juga kena bawa duit poket kan. Aku pelik bila kaum suami tak boleh guna common sense ni. Isteri tu susah-susah korek juga saving dia nak cover fanily expenses. Sampai hati cakap macam tu kat isteri.


            Tak kesian kat isteri? Maybe dah tak sayang, tapi tak kesian kat anak-anak? Semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada kaum lelaki untuk hargai isteri. Amin


          

Friday, 27 February 2015

Preloved Naelofar Hijab


COMBO ONLY RM99 all in

NW Printed Naelofar Babes and Basic in Coral Rose

EEEUC Chic and Basic in Salmon

whatssap Maz 012-4359125

- SOLD -

Thursday, 26 February 2015

Entry Bengang

         Kalau nak marah, boleh guna ayat elok tak? Allah makbulkan kata2 kau, menyesal tak sudah kang...

Tropika Baby - Set Musim Panas

          Alhamdulillah. Stok baru dah sampai. Hihi...Rasanya sekarang macam tiap-tiap bulan aku ambil stok. Cuma kadang-kadang tak sempat update. Dan alhamdulillah aku dah ada regular customer from Taman Sekiah Makmur dan Taman Malim. Tak ramai tapi boleh la kan...

          Ada yang tanya untung ke jual barang ni? Ya...Aku jawab untung, tapi kalau tanya aku untung BANYAK tak jual barang ni? Jawapan aku ialah TAK. TAPI kan...TAPI aku ni jenis yang suka share benda-benda baik yang aku buat, beli dan guna. Be it from beauty products, hijab to baby carrier (under garments je kot aku belum nak share, hehehe...). Pada pendapat aku, produk ni sangat baik untuk anak-anak aku untuk mengatasi masalah kulit kasar, ruam (segala jenis ruam termasuk ruam lampin).

          Skang kan musim panas, elok rasanya kita spare lavender oil 30 ml dan lavender soap 50g ni kat rumah. Kalau anak kena ruam, cer try 2 produk ni. Insya Allah nampak kesannya.

Set Musim Panas harga promosi RM30 sahaja

Tidak termasuk pos

          Baby kan kulitnya sensitif, memang cepat je nak naik ruam kan... So, kalau nampak dia kena ruam tu, mandikan or sabun tempat yg naik ruam tu dgn Lavender Soap ni (RM13.90). Bilas, lap dan sapu Lavender Oil (RM20.00).Semua produk Tropika ni ada vco yang diketahui sangat elok untuk kulit.

          Sekarang aku tengah buat promo set untuk kedua-dua produk ni. Harga asal ialah RM33.90, tapi sempena musim panas ni, harga promo cuma RM30 tak termasuk pos ya. Kalau anda dari Proton City or Pekan Tanjong Malim, boleh cod je. Dah free pos kan.

          Jika berminat whatssap saya 0124359125. Terima kasih

Wednesday, 18 February 2015

PESAN SEORANG MURABBI

Aku dan Tudung

        Being a hijabista (chewah) membuatkan aku sentiasa stalk fashion baru, walaupun aku tak gamak nak pakai. Yg penting tau perkembangan. Takdela kalau orang tanya aku sampai tak tau langsung. Tapi kan, aku rasa aku ni suka juga ikut trend terkini.

          Lepas bersalin kat anak ke-2, aku gila Fareeda. Tapi takdelah gila sampai sanggup spend RM200 for a tudung. Biasa la Fareeda design yang exclusive kan cecah sampai RM300-RM500. Aku beli design yang biasa-biasa je...


          Lepas tu kan...Hurm macam mana nak cakap eh. Aku rasa tak leh blah la ngan sesetengah orang yang terlalu taksub dengan Fareeda sampai nak kecam orang yang pakai fake Fareeda. Walaupun tak semua, tapi buat aku tawar hati plak. Betul la hak cipta terpelihara, tapi kan tudung ni bukan pusing-pusing macam tu je ke...Nasib takde yang pattenkan baju kurung kalau tak ramai la yang kena saman. And then, part tudung fake bukan main lagi diaorang kecam, tapi sendiri pun sarung handbag fake tak kisah plak. Haish

       
           Ok, beralih kepada Sugarscarf. Hihi masa ni gila pakai shawl Sugarscarf  . Ayu je gitu. No issue dengan Sugarscarf, tapi sebab shawl kan...Aku perlu juga something yang aku mudah nak saruk.




          Then comes Bokitta-my favourite of all sampai la ni. Huhu...Suka gila la ngan Bokitta ni. Walaupun aku rasa muka aku tak kena, lantakla janji senang aku sarung. Hubby pun suka aku pakau Bokitta coz dia kata Fareeda walaupun labuh 12 dah tutup dafa, tapi kalau still pada mata dia nampak pendek.

Cik Lopa ni kalau pakai tabble runner pun lawa kot


          Pastu gila instant shawl Naelofar plak. Ni pun mendapat tempat kat hati aku sebab instant shawl kan. Sarung je, belit sikit dah siap. Tapi bagi aku takleh lawan kebolehkerjaan Bokitta la, coz kau masih perlukan pin and brooch untuk kemaskan shawl tu.

Cik Lopa lagi



          Skang? Haha...Aku terjebak dengan AJ plak...Honestly...Aku beli untuk pakai bukan sebab taksub. Tapi aku tak paham eh how tudung aj boleh jadi investment. Haha...Kau beli design hot-hot skang, nanti lagi 2-3 tahun boleh up for sale. Insya Allah kalau kena gaya, boleh dapat untuk 200%. Tapi leceh la coz ada limit kalau kau pi concept store dia. Aku buat masa ni dah jumpa supplier kat fb dan kat pasar malam. Cuma lambat sikitla. Tak kisahla janji dia sebab aku beli nak pakai, bukan nak kumpul macam sesetengah orang.

Ni lagi sorang kalau pakai kain batik lilit kat kepala pun lawa kot


          Tapi the legend is :
-

-

-

-

-

-





Tak dak tudung kat dunia yang boleh celen tudung saji. Ok...Tak lawak

Friday, 13 February 2015

My Carriers

         Semalam ada sorang hamba Allah whatssap aku tanya pasal carrier LL yg aku order tu. Hurm...Sedih nak habaq carrier aku hilang dalam perjalanan. Aku place order bulan 12 tahun lepas. Dalam 2 minggu lepas tunggu punya tunggu, seller pm dan beritahu parcel hilang so dia suruh aku pilih lain. Alhamdulillah. Perancangan Allah sangat sempurna

          Kenapa aku kata sempurna? Ok, aku sebenarnya order wcssc Lenny Lamb mcm kat bawah ni


                          

manakala Madame Goo Goo punya carrier aku order macam kat sebelah ni. Tapi bila masuk design yang cantik-cantik, aku dah gigil. Rasa macam menyesal beli pun ada, tapi seller dah order so terima sajalah kan. Tunggu punya tunggu, Alhamdulillah aku dapat peluang untuk tukar kedua-duanya kepada design yang aku rasa lebih cun
 Jeng...jeng...jeng. Aku gantikan LL aku ngan Red Owl. Suka sangat rasa macam menyerlah je.























Untuk MGG pula aku ambil yang ni. So girly lah kan. Pastu semalam aku royan dengan officemate aku. Teracun la pula dengan kata-kata dia yang MGG ni so girly. Aku like "hurm betul juga". Segan pula husband aku nak pakai (huh...do I care?). Mulalah gatal nak tambah order lagi




















          Hehe...Ini Wompat Encik Husband yang punya. Tetiba lak kan. Tapi aku ada reason nak beli. 1st memang aku nak beli untuk suami aku dan 2nd, sebab wompat ni body panel dia from girasol wrap. Aku kan memang nak rasa wrap girasol ni. Alang-alang beli ni, aku dapat 2 in 1 lah kan...

          Dan aku sebenarnya berjaya score untuk orbit carrier from Jumpsac dan Stork Carrier from Snuggbaby. Hehe...Ni pun rezeki lah dan berbulan-bulan aku try score tak dapat. 4 hari lepas, lepas solat Maghrib, aku saja la buka fb. Tetiba nampak onebabyworld up status available stork dan nampak seorang teman fb post pasal ada a few pcs orbit carrier kat Jumpsac yang masih ada. Huhu...Terus score.


Stork Carrier Snuggbaby

Black Paisley Jumpsac


          Aku dapat score both. Yang Stork is on d way, manakala Jumpsac aku adalah pre-order basis. So lagi 4 minggu baru dapat.

          Nanti sampai aku review ya...

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...