Monday, 29 February 2016

New Product At Little Damia SSC Rental Services

          Jeng...jeng...jeng...Alhamdulillah Litte Damia akan memasarkan 2 produk mulai Mac 2016. Lepas kejadian Jumaat lepas, makin bersemangat nak cuba produk ni. Katanya bagus so marilah kita cuba. Semoga ada perubahan untuk my Sofia. Aamiin

Jus Caliph 350 ml
Jus Caliph 350 ml
 Harga pasaran RM80
Harga kami RM65  
Please add RM6 for shipping. Sabah Sarawak add RM9
COD Area Proton City/Tanjong Malim

          Selain daripada Jus Caliph, Little Damia juga akan memasarkan milkbooster cookies. Bukan bf mom je tau boleh makan cookies ni. Pregnant mom pun boleh. Kalau nak makan saja-saja as energy booster pun boleh. Nyum2 sedap ni

12 Ounces Milk booster Cookies      
12 Ounces Milk booster Cookies
1 jar (15-16 pcs) for 1 week RM35 
4 jar (1 month) RM135 (save RM5)
Please add RM6 for shipping. Sabah Sarawak add RM9
COD Area Proton City/Tanjong Malim

Berminat? pm/sms/whatssap Maz 012-4359125 / 019-5541106

Friday, 26 February 2016

Amukan Puaka

          Panas je hati saya petang tadi. Tengah sedap duduk dalam Dewan Serbaguna, saya dapat whatssap from En. Suami - Kak Long minta duit daripada kawan dia di sekolah agama. Argh,,,Rasa macam nak fetch dia cepat-cepat then nak lempang sedas dua. Ok2 rasional jap. Kes macam ni kena minta En. Hubby handle je.

          Ustazah Kak Long call En. Hubby dan inform Kak Long selalu minta duit daripada kawan dia sampaikan mak budak tu datang mengadu kat ustazah. So ustazah panggil dia mengadap dan tanya dia kenapa. Jawapan dia "sebab takde duit". Mengamuk la En Hubby sebab saya memang bekalkan duit RM4 untuk dia (RM3 untuk pagi dan RM1 untuk petang, sebab sebelum ke sekolah agama dia dah makan kat transit so RM1 tu saja je la bagi)

          Petang tu juga En. Hubby singgah kedai beli rotan 4 ketul (sorang seketul termasuk mama dia kot. ahaks...) Saya malas nak masuk campur kali ni. So bermula la sesi soal siasat. Dan setiap soalan disusuli dengan sedas rotan. Memang kesian, tapi Kak Long kena belajar bahawa benda ni salah dan harap dia ingat denda ni sampai bila-bila.

          Kak Long ni jenis boros, Dia main beli je apa-apa yang dia suka. Dah makan and minum kat sekolah, time balik kang dibelinya Vitagen...ais krim. Sebab tu duit untuk sekolah petang tak cukup. Berani pulak dia minta duit daripada kawan dia. Rasanya ada la dalam 50 kali kena rotan (rotan manja je). Hopefully dia ingat sampai bila-bila. Lepas habis sesi merotan, ajak dia ke rumah kawan dia tu untuk jumpa dengan mak dia dan minta maaf. Kebetulan takde pula kat rumah. Nampaknya kena ulanglah Isnin nanti

          Tapi, saya rasa kurang puas hati dengan tindakan mak budak tu. Ye, saya tahu Kak Long salah, tapi rumah dia selang 3-4 biji je from rumah saya, dan suami dia kawan kepada En. Hubby. Kenapalah dia tak maklumkan kepada saya atau suami terus. Bukan apa, bila kes dipanjangkan kepada guru sekolah agama Kak Long, tentu dia akan ada pandangan serong kat Kak Long. Kak Long bukan nakal. Dia cuma tak tahu benda tu salah. Saya tak menangkan Kak Long, tapi alangkah baiknya kalau jiran saya bawa anak dia jumpa saya dan bercerita dengan saya and suami. Kami bukan jenis menangkan anak. Ntahla...Rasa ralat pula kat situ. Saya harap ustazah Kak Long tak pandang serong pada Kak Long selepas ni

          Saya rasa saya bukan mak yang baik :(

         

         

Sunday, 31 January 2016

My New Obsession

          Cuba teka apa ni? Kalau ada yg kata baju, sah anda bukan seorang hijabista.

          Hihihi...Ni la koleksi Bokitta kesayangan saya. Selepas tambah tolak memang ni je la yg ada (35 pcs). Banyak? Taklah...Ada yg lagi banyak daripada saya

          Masalah saya ialah bila hilang suatu ketagihan, akan ada ketagihan lain. Ni dah lama tak beli ssc, dok pulun Bokitta lak.

          Payment yg dijanjikan from projek lama masih pending. Huh kalau la release, maybe sebahagian kecil akan spend untuk Bokitta kot. Cukup lah carrier yg ada.

          Tapi lately susah pula nak beli Bokitta. Sebab sejak awal Jan 2016, kami diberitahu bahawa all collections are limited, so tak banyak. Bila tak banyak, semua berebut nak beli. Yg sakit hati, bila ada yg saja mark up. Tak baik tau...

           Rindu zaman mula² pakai Bokitta. Siap kena kutuk hokey... Tapi disebabkan confident level saya yang tinggi itu, saya lantakkan je apa org nak kutuk. Indon ke...Siam ke...Janji haku beli tak guna duit kau. Dulu stok sampai seller whatssap lagi. Now seller pon tak menang tangan nak layan.

          Konon nak beralih ke Fareeda & Naelofar la yang menyebabkan saya jual dalam 10-15 pcs gak Bokitta saya. Mostly yang inner ikat. Menyesal gila. Sekarang yang prelove pun dah mahal sampai berkali ganda, yang baru payah nak beli.

          Maybe haku boleh pertimbangkan untuk pakai tudung saji lak. Okeh...tak lawak

Saturday, 30 January 2016

Bokitta For Sale

           Nak jual bokitta macam kat dlm pic ni. Semua item nwt saiz chic. Harga termasuk pos. Berminat pm/sms/whatssap Maz 019-5541106

My Note 2

          Tu dia bersawang dah blog saya. Sejak awal semester hari tu saya sibuk sangat dengan kerja, sebab tu jarang update blog. Padahal azam tahun baru saya salah satunya ialah nak buat entry at least 1/day. Nampaknya tinggal harapan je la...

          Takpelah try dulu tengok macam mana. Insya Allah akan cuba buat entry setiap hari. Blog sendiri so suka hatilah nak citer pasal apa kan.

          Wargh...Saya masih dalam tempoh berkabung sebab Honor 6 saya rosak. Sayang sangat dalam banyak² hp middle class yg saya pakai, Honor 6 is the best setakat ni. 2nd falls to S11. Serius kalau uols cari hp, cuba Honor 7, sure uols puas hati.

          Dengan berat hati terpaksa merelakan diri beralih from Honor to Xiomi. Sebab tak dak duit nak beli Honor 7. Belum ada chenta mati setakat ni dengan Red Mi Note 2 ni, except screen yg besar sesuai untuk tangan I yg gedabak ni. Jadilah kan nak beli Samsung Note 5 boleh botak...

Redmi Note 2 Key Features :
 - 5.5" IPS display of 1080p resolution;   
   401ppi
- MediaTek MT6795 Helio X10 chipset;
  octa-core 2.0 GHz Cortex-A53 (16GB
  model) or octa-core 2.2 GHz Cortex-A53
  (32GB model); PowerVR G6200 (Rogue)
  GPU; 2GB of RAM
- 13MP main camera with LED flash,
  phase detection autofocus
- 1080p video capture at 30fps
- 5MP front-facing camera, 720p at 30fps
  video recording
- MIUI v.7 based on Android 5.0.1 Lollipop
  or MIUI v.6 on Android 5.0.1 Lollipop (market dependent)
- 16GB or 32GB of built-in storage;
  microSD expansion up to 32GB
- 4G LTE Cat.4 (150Mbps); Dual SIM; Wi-Fi
  a/b/g/n/ac; Bluetooth 4.0; microUSB 2.0
  (OTG); GPS with A-GPS, GLONASS and     Beidou; FM radio
- IR portDual-microphone active noise
  canceling
- Competitive price
- 3,060mAh removable battery, fast
  charging
Main Disadvantages :
- No screen protection officially quoted
- No MIUI 7 at launch
- No NFC

          Pd harga RM798, rasanya dah ok sgt kot performance dia. Tapi rasanya hp ni tak sesuai untuk heavy user. Kalau uols kaki gaming and internet surfing, memang tak sesuai sebab bateri dia cepat habis. Saya pakai ni mmg utk call/sms/WhatsApp then utk fb dan internet sikit². Games semua dalam Z1.

          Wargh...Tensen macam mana nak masuk COC nih...

Friday, 15 January 2016

Wednesday, 6 January 2016

Please contact this number

           Assalam and hi mama. Please use this number to contact me 0195541106. Hp satu lagi masuk workshop. Hahaha...

          Ada mama yg rent Tula Toddler from me please contact me ASAP ya. Thanks mama...

Tuesday, 5 January 2016

Sorry for no updates

          Update (01/03/2016) for full listing 


          Ceh...Macam ada je yang baca blog saya kan. Sebenarnya saya cuti almost 2 minggu, tu yang malas nak update, memang cuti betul-betul cuti kat Penang

          Oklah. Nak habaq Little Damia akan start beroperasi kembali starting this week. Jangan lupa like page saya Little Damia SSC Rental Services
STANDARD SIZE

STANDARD SIZE

TODDLER SIZE

SPECIAL - TODDLES SIZE WCSSC

pm/sms/whatssap Maz 012-4359125 / 019-5541106

       





Wednesday, 16 December 2015

Fluffy Mail

Fluffy Mail


          Each time I promise to not buy a new carrier, I will end up with 2 carriers.

          Akhirnya my Lenny Lamb Colors of Rain is here. Yay... Order from Happy Fluffy (yeah, my 1st customer was me) Punya la excited dapat parcel. Habis je kelas terus berlari ke admin sebab admin tutup pukul 4.25 pm.

          A bit dissapointed sebab warnanya tak seperti yang ku bayangkan...I am expecting warna tu lebih cantik in real, tapi rupanya a bit dull from stock photo. Tapi dah beli dan rasanya tak kan masuk fsot lah kot buat masa ni. But this one lagi sturdy kot from Bubo Owls saya.
My Colors Of Life
Nampak kan perbezaan warna tu
          Pd masa yg sama, lagi satu parcel datangnya from IJ Studio, tempat yang saya hantar customize Tula Polka Dance saya tu.

          Sebenarnya saya diso print Katniss tu, tapi disebabkan tak dapat score masa stocking kat momsmilkboutique so saya hantarlah Tula Polka Dance tu ke IJ Studio untuk customize. Jadilah kan.

          So from 15/12/15, Tula Toddler will be available for rental again. But LL tu, nanti dulu la bagi mak jemah rasmi dulu...

Sebelum customize
Selepas customized
kiri : Katniss jadi-jadian, kanan : Katniss tulen


                     Okeh. Nak pi rendam maggi jap. Mujur esok gaji...

Tuesday, 15 December 2015

Makan dalam diapers? Kau ni dah kenapa?

          Semalam saya dok scroll newsfeed, tetiba terbaca salah seorang teman muka buku post pasal individu yang makan dalam diapers di majlis baby shower nya




          Saya baca 2-3 kali pasal ni. Sebab mata yang rabun plus otak yang lembap tak dapat nak tangkap isu apa. Lepas tu barulah nampak pic ke-2 tu. Mengucap panjang saya. Like WTF?
Kau ni dah kenapa nak makan dalam diapers? Honestly saya tak tahu kat mana pemikiran level diaorang ni. Walaupun diapers tu bersih, tapi kat sini ada 3 isu yang utama

1.   Baby shower ni budaya mana eh? Kenapa budaya ni jadi ikut-ikutan kita pula sekarang?

2.  Fungsi diapers adalah sebagai ____________________( ni tanya Yayah pun dia tahu k. And dia 
     baru setahun 3 bulan)

3. Diapers tu mahal k...Sesetengah keluarga mempunyai tight budget dan selalu berkira-kira nak beli 
    diapers, but korang seolah-olah menghina dengan menunjukkan kemewahan tak bertempat tu.

          Isu 1 and 3 tu oklah kalau korang rasa dah banyak sangat duit nak perabis, Tapi most people tak boleh terima isu ke-2. Seolah-olah menghina makanan..Please la tak payah nak bajet hipster sangat. 

          Call me old school, but I can not brain this (imagine gaya bercakap Pazurah)...

Monday, 14 December 2015

It's A Matter Of Choice

          Tetiba rasa nak menulis pasal isu ni. Huhuhu macam mana nak cerita eh. Oklah lebih kurang macam ni lah kot.

          Saya kan now tengah gila mengumpul Bokitta. Takde la nak hunting those old, rare design. Hajat hati cuma nak cari balik design lama² yang pernah ada (tapi dah let go sebab kesengalan sendiri). Rupa-rupanya few design ni ada harga yang tersendiri, sebab dah jadi rare item so ramai yang hunting.

          Yang tak bestnya, bila ramai yang suka bash seller yang jual item ni mahal. Ye la betul benda tu prelove, tapi bila ramai yang hunt, sure la akan naik harga kan. Konsep asas je kot. "Supply vs demand".

          I personally think kalau u rasa tak berbaloi nak beli tudung prelove sampai RM500, then u duduk je diam². Tak payah nak komen dengan kata² yang kurang enak like " tudung mahal kalis neraka". Mcm u tau je orang tu nak ke mana. Apa kita ni confirm ke syurga ke?

          Saya sendiri pun tak sanggup nak spend more than RM200 utk sehelai tudung, tapi disebabkan saya tak sanggup, tak boleh la nak pukul rata assume semua orang tak sanggup. Benda ni simple je, u rasa u tak mampu or tak sanggup, u duduk je diam² tak payah nak sindir sana sini. Bak kata Farah Ann "empty can makes the moist noise" (apsal, jeles sbb u takde hot item nak dijual ke?). Haish...

          I always think price comment in public is a big no no. It's rude ya. So if u think it's not worth to buy, just let it go lah. But selalunya orang yang bst tu (seller and buyer) takde apa² tapi kau plak yang berbunyi lebih-lebih...

          Oklah. Nak pi bfast jap. Meh nak belanja pic sekeping

         
        

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...