Wednesday, 29 July 2015

Jumpsac Orbit Carrier Vivid Series


          Korang...Cer tengok ni ha. Sungguh drool, tapi gaji lambat lagi la pula. Dah la baru beli Snuggbaby dan Kinderpack.

          Cantik kan. Ni Vivid Series from Jumpsac. Rasanya baru lagi no coz sebelum ni Jumpsac takde Vivid Series.

          Honestly, bagi saya Jumpsac adalah satu jenama ssc yang berbaloi nak beli. Selesa ok. Dan rasa firm bila pakai. Kurang panas berbanding Boba dan Tugeda Air

          Print Jumpsac pun cun² kan. Yg Vivid Series ni lagi cun. Cer tengok

Perplex Honeycomb

Toro Nagashi
Idaman Hatiku - Direction

Announcement

          Hi. All soft structure carriers will be available for rental starting next week (31/07 onwards).
         
          We also have new addition for our collection. Kinderpack, snuggbaby & tugeda air. All sscs are in standard.

          Feel free to text/whatssap Maz 012-4359125. For any inquiries




Thursday, 23 July 2015

Car seat baru...



Hari tu masa tengah main FB, tetiba ternampak la car seat yang sungguh menggoda kalbu. Rupanya from Cossato. Actually dah lama juga saya tau pasal brand ni, tapi sebab dah ada 2 car seat kan so takdela fikir nak beli lagi. Tapi memandangkan carseat yang baby Yayah gunakan tu adalah kepunyaan Kak Long, nak tak nak mak pejam mata je la beli lagi satu. Serius kesian Yayah sebab carseat tu memang dah teruk sangat




         Saya beli Cossato Moova Zoomi tu sebab according to sis Sakinah Baraq, Moova ni boleh guna from age 9mon-4yo. Anak gegirl mesti nak pink kan.

          Baru je ambil hari ni lepas gi breakfast tadi. Excited punya pasal so saya terus pasang. Salah satu sebab saya beli cossato ni adalah sebab design yang cun-cun tu. Memang geram je tengok dia punya print. Serius memang cun. Tapi apa-apa pun berbalik pada tujuan asal iaitu keselamatan anak. Sebab sekarang saya lebih suka drive sendiri ke tempat kerja (so that kalau nak gi mana-mana, saya boleh gi terus tak payah tunggu hubby)


          Tak sabar nak testing petang ni. Haish memang kalau tak banyak kerja, nak je saya balik rumah pengasuh ambil Yayah. Sure Qai is jeles. Takpelah dapat durian runtuh ni, Insya Allah saya belikan Qai lagi satu.

 Yayah ngan carseat baru
   

          Persedian awal sebelum beli Exora. Cewah perasan :P


5 Reasons to buy Moova

Meet Cosatto’s Moova Group 1 car seat. This chunk of snug is tough, responsive and committed to your cutie. Go shop the adjustable dream machine…

Move on Up - When the tiny traveller’s ready the bodyguard will appear. Move over Group 0 pod, enter Moova Group 1 car seat, offering sturdy support and a higher seating position for your growing sightseer.

Where? Front-facing for front or back seat, Moova’s easy-fitting and compatible with 3 point seatbelts.

Padded Protector – Moova is seriously tuff stuff wearing plush soft stuff with tummy and chest pads plus comfy reversible seat liner. Removable washable covers maintain that Moova magic.

Snug Security - With 3 position recline for 3 stages of dozy plus quick-release harness buckle for home-time hugs, Moova’s possessive but polite.

Stunning Sit-Nav – Who knew that top notch safety kit at the peak of its powers could also look like that?

Moova is a Group 1 car seat:
Group 1 – Suitable from 9kg – 18kg (9 months - 4 years approx.)
Never put a child in a passenger seat fitted with an active front airbag. Airbags are designed to protect adults but can have the opposite effect on children.

  • Suitable from 9kg to 18kg (Group 1)
  • Easy to install
  • Forward facing
  • Higher sitting position to give a better view, helping to relieve travel sickness
  • Fits front and rear seats
  • Compatible with standard 3 point seat belt
  • 5 point safety harness with quick release buckle
  • 3 position recline for snoozing
  • Comfy padded armrests
  • Reversible seat liner
  • Removable and washable covers
  • FREE tummy & chest pads
  • FREE 4 Year guarantee (UK & Ireland only)
  • Conforms to ECE R44/04 

for review click HERE

Friday, 17 July 2015

Aku tak maafkan

          Memang sumpah aku tak maafkan semua ketidakadilan. Esok kau jawablah semua ketidakadilan tu kat SANA

Thursday, 16 July 2015

Tolong tengok cermin kalau nak cakap pasal tanggungjawab

Kadang-kadang lawak ngan sesetengah orang yang dok cakap aku ni tak bertanggungjawab walaupun sebenarnya bukan tanggungjawab aku pun.

Tapi tak cermin pula diri sendiri bila mana kau tak sempurnakan tanggungjawab kau.

Tolong tengok cermin sebelum nak kondem orang, boleh?

Friday, 10 July 2015

New addition to my collection

          Saya tak minat langsung bola sepak. Tak kisah la mana -mana team pun. Baik local mahupun oversea. Tapi sebab saya berkahwin dengan die hard Liverpool fan, so saya tau la sikit-sikit pasal Liverpool. Sikit tu sikit gila lah...

          Tapi semlm saya happy sangat...Sebab carrier ni akhirnya sampai kat tangan saya. Mana la tau kot en suami nak pakai. Tapi saya rasa team ni dah tak power kan. Muahaha marah peminat Liverpool.

          Ok, utk harga RM350, saya rasa agak mahal la. Memang selesa pada badan, tapi finishing tu buat saya rasa sedikit mcm "why oh why". Saya ingatkan part yang bercorak tu adalah cotton. Rupanya canvas yang dicetak. So kat situ mcm ada rasa keras sikit.

          Then saya rasa material kat dalam tu agak panas kalau nak compare dengan local macam snuggbaby atau jumpsac.

          But, saya suka ssc ni sebab bila pakai, kita rasa firm kat badan. Honestly sesetengah ssc ni walaupun dah jenuh kita adjust,  tapi still ada yg rasa tak selesa kat badan (macam kkd flip saya). Tapi yang ni memang best, kalau backcarry lagi best. Semalam saya test masa masak utk berbuka. Dlm 1 jam saya up baby, tapi bila saya passing baby kat papa dia, saya tak rasa sakit belakang langsung.

          Tapi ni cuma pendapat saya je la. Berdasarkan pengalaman tau. Tapi overall still berbaloi untuk dimiliki sebab harga yang berpatutan utk ssc yang firm.





Nak sewa carrier? Klik SINI

Wednesday, 8 July 2015

Tak boleh bergurau...pi dok surau

          KALAU TAK BOLEH BERGURAU, SORRY LEPAS NI AKU TEGUR PUN TAK YE... TAK PAYAH NAK BERAMAH MESRA DENGAN AKU LAGI.

          SOMBONG. ORANG NAK MERAIKAN KAU DAPAT JAWATAN BARU. YANG KAU NAK GI SOUND2 APAHAL???

p/s - nak rant pagi-pagi ni. abaikan je...pi buat keje masing-masing

Tuesday, 7 July 2015

There's always a start

          Semalam semasa tengah jemur baju, saya terfikir tentang planning saya 3-4 tahun yang lepas. Sejak saya mula-mula blogging, memang saya ada cita-cita untuk menjalankan perniagaan sendiri. Tapi saya tak pasti nak berniaga apa. Plus, I always think that I'm more to a buyer than a seller. Bila seorang sahabat saya mencadangkan saya jual barang-barang tropika baby yang saya guna, saya pun cuba-cuba la jual

          Alhamdulillah walaupun belum tahap laku keras, tapi ada la permintaan terhadap barang-barang tu. Lagipun saya berniaga suka-suka. Belum tahap nak serius. Kemudian beberapa bulan kebelakangan ni saya mula start dengan business rental soft structure carrier atau baby carrier.

          Alhamdulillah ada permintaan terhadap business ni. Sekali lagi saya tekankan saya buat untuk suka-suka, belum lagi tahap nak serius. Tapi saya terfikir macam mana la saya boleh start untuk mulakan sesuatu yang takde. Sebenarnya ia hanya perlukan keberanian dan satu point di mana saya beritahu diri sendiri yang saya akan START berbusiness. Saya terfikir kalau saya asyik fikir je tapi saya tak ambil tindakan, sampai sudah saya tak akan buat.

          Seronok rupanya berniaga. Kadang-kadang orang pm/whatssap sebab nak tanya tentang sesuatu. Tak semestinya orang tu nak beli/sewa produk saya. Tapi bila kita buat sesuatu yang kita suka, kita akan jadi tak kisah tentang keuntungan. Yang penting tak rugi dan kita enjoy.

          Sejak start business ssc rental ni, banyak pm/whatssap yang tanya pasal ssc. Kadang-kadang diaorang minta pandangan. I'm so happy bila dapat bagi advice pada orang yang bertanya. Kadang-kadang newbie memang banyak tanya dan takde tempat nak bertanya. Setakat nak royan pasal ssc, no hal lah I'm more than happy to share what I know...

         Kadang-kadang lepas saya advice, tak lama lepas tu diaorang pm dan inform dah beli ssc. Bila dapat ucapan terima kasih tu, aduhai rasa happy sangat tau. Padahal takde apa pun tapi seronok dapat tolong orang especially newbie.

          So kalau ada yang nak tanya pasal ssc ni, just pm/whatssap Maz 012-4359125. Insya Allah saya reply. Tak semestinya nak kena rent daripada saya, tapi kalau rasa-rasa nak rent tu boleh click SINI ya. Kut-kut la nak test drive 1-2 minggu sebelum beli. Ngeee

          Insya Allah in future memang saya nak kembangkan lagi business ssc rental ni. Tapi sebelum tu saya nak kena tambah stock ssc dulu. Muahaha alasan je nak beli ssc baru.

          Siapa yang rasa nak start business tu, just start with something that you like. Kalau suka masak, start ambil order masak. Kalau suka fesyen, boleh start jadi ejen dropship untuk baju. Start with small investment. Yang penting kena START jangan dok berangan je tapi tak buat-buat...

          Ok...Nak pi stalk MBW FSOT jap




         

Sunday, 5 July 2015

Baby Carriers for rental

          These are already booked for raya. Thanks



          If you're interested in renting an ssc form us, please click HERE for full listing. Thanks :)

Friday, 3 July 2015

Matematik tambahan & sebuah kehidupan

          Dulu saya belajar dlm science stream, di mana subjek elektif saya adalah Biologi, Fizik, Matematik Tambahan  & Kimia. Huhuhu susahnya nak study. Saya bukanlah termasuk dalam golongan pelajar cemerlang, so memang sangat struggle nak memahamkan subjek-subjek ni terutamanya Add Math tu.

          Saya masih ingat salah satu punca saya tak continue percintaan ala monyet saya dengan salah seorang best student dalam kelas masa tu adalah sebab saya kecil hati dengan seorang guru yang seolah-olah memandang rendah terhadap saya. Ye la sebab saya tak pandai math, si dia tu scorer kot subjek add math ni. Lama-lama saya rasa tak confident nak terus berkawan dengan si dia so saya undur diri (apa khabar lah si dia sekarang ya...muahahaha)

          Bila saya berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Engineering selepas SPM, saya confuse macam mana la saya boleh struggle dengan semua formula Math yang tak masuk akal. Serius saya tak tahu pun apa kegunaan semua formula tu bila dah kerja nanti. Tapi since subjek ni subjek wajib, so memang kena pulun la juga nak lulus kan...

          Lama-lama, saya rasa math ni tak susah mana pun. In fact saya lebih rela berjam-jam cuba selesaikan soalan matematik daripada membaca sesuatu teori. Bila dah kuasa Math Engineering, saya rasa "kenapa la aku bodoh sangat masa sekolah". Bila saya pulang bercuti, saya dapat tolong adik saya selesaikan soalan Add Math yang kebanyakkannya saya tak boleh buat dulu.

         Saya rasa hidup seperti subjek Add Math. Hidup ini penuh cabaran dan kita kena lalui cabaran tu supaya in future kita boleh terima cabaran tu. Kalau kita tak tempuh, sampai bila-bila pun kita tak tahu kemampuan kita, TAPI kalau kita pernah lalui, Insya Allah next time kalau jumpa balik, kita takde masalah nak selesaikan

          Semakin mana soalan Add Math, sebanyak itu jugalah cabaran yang kita akan lalui sepanjang kehidupan kita. Kalau kita lari from selesaikan soalan, next time jumpa soalan yang sama, dah tak tahu nak buat apa...Semakin banyak soalan kita selesaikan, semakin kita kuasa subjek tu dan semakin mudah jika in future kita jumpa lagi subjek yang sama...

          So moralnya, janganlah benci Add Math. Selesaikanlah kerja rumah Add Math tu. Add Math umpama sebuah kehidupan...

          Bubye...








Untuk ssc rental, klik SINI
         

Wednesday, 1 July 2015

New Snuggbaby Stork in the house...



Sebenarnya saya dah 2 kali pernah beli Snuggbaby (2 kali beli = 4 snuggbaby), tapi semuanya saya jual sebab masa tu nak cari fund untuk Tula wcssc. So skang dah lapang, saya pun meneruskan misi mencari Snuggbaby.

Puas juga cari sebab kat website Snuggaby dah habis. Huhuhu...Kat MBW FSOT pula takde yang berkenan kat mata. Kebetulan Snuggbaby update status yang kini Snuggbaby stork boleh dibeli from dotbabyandkids.com, terus saya beli (tapi skang dah tak boleh buka la website tu...I wonder why)

Yeay...Dah lama berkenan design ni. Alhamdulillah ada rezeki nak dapat. 





stock photo

          Ok...Can't wait for my fallen durian. Insya Allah kalau ada rezeki...Mudah-mudahan :)

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...