Lama tak update blog. Update pun bukan ada org baca kan. Muahaha...Sebab utama tak update adalah demam. Saya dan en hubby dijangkiti demam yang agak teruk, kami berdua takleh bangun and badan lemah gila.
Petang rabu lepas saya dah rasa semacam. Masa dalam lab pun memang teringat kat bantal je. Habis lab terus masuk bilik rehat. Masa ni dah gigil. Saya call en hubby inform dia saya nak balik rumah. Dia pun nak balik sekali rupanya sama demam.
Menggigil² la kami berdua petang tu. Malam bertambah teruk, en hubby sampai takleh bangun langsung. Saya nak tak nak kena gagahkan diri juga buat susu salin pampers anak. Malam tu tido dalam kesakitan, sebab dah mula rasa sakit badan, tambah² saya tido atas tilam toto je.
Khamis pagi, saya paksa juga bangun untuk hantar anak ke sekolah dan rumah pengasuh. Plan nak makan panadol lepas tu tido. Saya lenjan tido from 9am sampai 2pm. Tapi demam tak kebah juga.
Malam tu pergi klinik sebab nak cari mc. Tu dia sekali kena sampai RM145. Rasa macam terus baik je demam. Tapi padan la kot sebab ubat yang dia bagi ni nampak lain. Paracetamol dia pun bukan yang selalu saya dapat. Tapi memang power, lepas makan je habis berpeluh² satu badan. Sakit pun boleh tahan la...
Hari ni alhamdulillah dah ok tapi anak² pula kena jangkitan batuk selsema. Sian tengok nana baring je. Yaya pun susah nak tido sebab hidung tersumbat. Tapi bila tido, lama pula maybe dia lemah kot.
Ni nak balik Penang tapi baju pun tak siap kemas lagi... Okeh saya nak sambung kemas dulu. Bubye...