Wahaha...Pg ni dpt whatssap from seorang kawan mengenai satu isu yg takde isu pon sebenarnya. Tapi sumpah sy tak sangka akan dijadikan isu sehingga dinaikkan dlm mensyuarat jabatan.
Ok ceritanya mcm ni. Sy ada sharing satu subjek dengan seorang kawan. So utk final kami dah bahagikan part masing2 utk ditandakan. Bila my part dah habis, sy pass kat kwn sy tu. Then lepas habis paper sy dan habis final exam, sy ambil cuti 2 hari nak blk kph melawat abah. Abah saya accident bulan lepas. Dlm ramai2 anak menantu, kami je yg tak blk lagi melawat abah. Since awal Nov ada cuti Keputeraan Sultan Perak, kami pon apply la cuti nak balik kpg. So sy minta kwn tu tolong matching & moderasi (process utk markah final paper student), dan sy minta if dia ada masa. So settlelah kononnya kan.
Bila sy naik from cuti, mmg ada 2 sampul kosong ,so sy ingat dah siap moderasi, sbb tu sy terus key in markah. sbb sy ingat semua dah settle. Rupanya ada salah faham masa whatssap kwn sy tu. Bila sy minta dia moderasi, dia kata bg je kat another lect, sy ingatkan dia nak bg kat lect tu bg pihak sy. Rupanya dia letak sbb nak sy yg bg. Hahaha...Yelah sy yg silap faham
Tak sangka perkara ni dinaikkan dlm meeeting oleh orang2 yg dekat dgn saya. Kononnya kwn sy yg kebetulan org kuat unit exam tolong sy matching & key in. Sy pulak siap balik kampung. Serius sy x sangka org2 yg sy anggap kawan sanggup buat sy mcm tu. Hey ,tak berani ke nak tanya sy depan2?. Kalau tanya hari tu kan sy tau la sy salah faham ingat benda dah settle. Perlu ke raise this issue dlm meeting? Sumpah sy x kisah kalau yg timbulkan isu ni org yg x berapa baik ngan sy. Ni yg dok bergelak sama2 kat aras saya rupanya baik kat depan je ye. Apa lagi korang ngumpat saya kat belakang ye?
Yg paling sy kecewa bila seseorang yg sy pernah anggap sahabat. Hai masa mula2 dtg takde org nak kwn. Bila org kutuk2 dia, dia mengadu kat saya. Betapa bodohnya aku siap defend dia. Now bila dia baik ngan orang2 ni, dia lupa sy yg banyak dengar dia luahkan perasaan. Sy yg defend dia bila dia ada isu ngan orang lain. Mcm ni ko balas ye. . Ye mmg sy dah tak baik dgn dia, tapi sy x pernah la bercerita pasal dia kat sesiapa pun. Sumpah sy x sangka dia sanggup buat sy mcm ni.
Alhamdulillah sy sempat whatssap bos dan bos call saya. Dia kata dia faham dan dia pun x sangka isu kecil ni diperbesarkan oleh kwn2 sy sendiri. Thanks bos. Takpelah...Thanks la kpd yg terlibat nak burukkan nama sy kat satu jabatan ni. Sy percaya Allah tu adil. Semoga Allah akan membalas perbuatan sesiapa yg terlibat. Sy tak kan maafkan anda
On the other side, baguslah terjadi benda ni sebab sekarang sy tahulah korg ni kwn yg mcm mana 😏...