Jika anda ada ciri-ciri kat atas, maybe inilah masa untuk anda cuba Bokitta
Penah dengar nama ni tak? Sure pernah kan. Skang dah ramai yang tau pasal brand ni, berbanding masa saya mula-mula pakai hujung thn 2013 dulu. Orang cakap macam Indon la apa la...But ada aku kisah? Hahaha saya punya level of confident sangat tinggi. Plus saya tak pakai utk memuaskan hati orang, so apa yang saya pakai, itu yang saya suka bukan sebab nak pujian
1st time dengar adalah masa Neelofar masuk WHI kot (petang2 kul 2 ke kul 3 gitulah). Dia promote tudung ni. Masa ni family dia yang mula-mula bawa masuk Bokitta ni ke sini. Bokitta ni based dia kat Lubnan.
I was like "boleh cuba ni". So bila surf, tengok harga boleh tahan. Huhuhu tapi sebab nak sangat saya belilah juga selai dua
Kagum juga lah sebab memang senang gila nak pakai. Dah tu tak susah nak iron. Tudung ni adalah 2 pcs yang didatangkan dengan matching inner tau. But mula2 dulu inner tu jenis ikat kat belakang. Byk jugalah yang saya beli. Asal gaji aku beli. Masa ni ada 2 saiz je, voila+ & voila maxi
Dlm awal/mid 2014 rasanya Bokitta mula keluarkan inner magic. Senang banyak ni. So saya pun buat ler operasi swap semua inner ikat saya ngan inner magic. Adeh. Actually menyesal gila swap. Hahaha...Sebab korang x kan dapat dah vintage2 balik ni dengan mudah.
But adalah juga yang ku simpan.
Long shawl pun dia ada keluarkan tapi saya tak minat. Hahaha sebab dah lari konsep Bokitta
Material dia ada few types :
- Chiffon
- Chiffon Drape
- Cotton
- Denim
- Georgette & shiny georgette
- Polyester
- Viscose & Viscose Lycra
- Creep
- Satin
- Silk
Saya memang banyak beli onlie je from mybokittahijabfashion dan bokittahijab.
Mahal? Mahal juga kot sebab tu tak beli banyak-banyak. Yg dalam pic tu jadi banyak sebab saya dah kumpul sejak 2014 lagi. ah 3 tahun kan :)
Rasanya demam ni tak kan surut sampai bila-bila kot
No comments:
Post a Comment