Dengan kenaikan ni maka sis dah kategori overweight kayh. Huhuhu so kenalah bekerja keras untuk dapatkan balik berat badan nak bagi jangan overweight. Nak dapatkan berat ideal memang x dapatlah kot melainkan tido selama 3 bulan x makan maybe boleh dapatkan balik berat sihat (untuk tinggi 151cm, berat ideal ialah 42.2kg). Gila lah (sis suspek kalkulator dia silap kira kot)
Lagi satu kalau boleh nak juga inch loss. Lemak degil melata-lata kat badan sis ni ha. So skang sis tgh istiqamah nak kurangakan air manis dan nak kawal pemakanan. Target by birthday sis kot boleh pakai balik baju saiz S (please...sis nak beli baju Minaz nih)
Ok. Last week sis beli Jamu Tun Teja sebab baca testimoni dia sangat best boleh bakar lemak. Tapi betul ke jamu boleh bakar lemak? Harap betul lah ye. Beli 3 kotak terus. Baru 3 hari makan so still too soon nak bagitau kesan dia. Harap lepas sekotak ni turunlah sekilo. Hahaha 3 kotak 3 kilo konon
Okayh. Lagi satu ada produk tak yang boleh ku sapu2 untuk bakar lemak nih? Dulu pernah guna Losyen Ibu Halimah from Mak Dara. Ok memang la susut nampak inch loss tapi tak tau juga sebab guna masa pantang kan. So masa tu bf sama jadi tak tau berat turun sebab bf or sebab losyen tu. Tapi panas yang amat. Hahaha panas dia tu sampai lepas mandi pon rasa lagi panas...Ni terasa macam nak pakai blk la. Panas pon panaslah kalau lemak cair apa salahnya kan
Semlm dah start balik exercise. Kayuh beskal je. Konon nak sejam tapi dapat 40 minit je. Jadilah kan semlm kira nak warm up je. FAKTA -
Berbasikal (Membakar 600 kalori sejam). Lagipun ni je senaman yang aku rasa senang nak buat sebab boleh buat depan tv. Kalau istiqamah, seminggu dah buang 4200 kalori. Banyak tu. Kalau sebulan buat x tinggal boleh la kot ek nak buang lemak...
Allah. Target nak 52 kg je. Kikiki susahnya la hai. Nak jaga makan memang susah mulut asyik nak kunyah je. Sis nak kurus bukan sebab nak pakai baju ketat metat. Tak gemor pakai baju sendat, cuma ada sesetengah cutting baju (macam peplum/kebaya) memang la ada saiz sampai xl pun, tapi akan nampak pelik kalau pakai sebab x sesuai tau. Sebab tu nak juga kuruskan badan balik. Paling tidak dapat sarung balik semua Trench Coat Habibi by Al-Kenali yang sangkut dalam almari menunggu masa nak buang je. Hahaha...
Ok kalau uols ada suggestion nak makan apa, share sini ye.
No comments:
Post a Comment