PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI YE CIK MAZ...
* entry copypaste from FB Zizan Razak
1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah. Lelaki ni sangat suka melihat benda-benda cantik terutamanya wanita (kalau suka tengok lelaki jgk, ade problem la tuuu). Jadi, berhias la cantik-cantik untuk suami yang sememangnya berhak ke atas isteri. Jangan lak nak keluar kemain meletops melawa bagai tapi kat umah serabai. Malah lebih cantik dan kemas orang gaji yang duk kat dapur tu. Jadi, sentiasa la cantik tuk suami dan selalu maniskan muka, senyum seikhlasnya setiap kali pandang wajah suami. Mesti suami pon seronok dan bahagia...
2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami. Yang ni pun lebih kurang gak macam point no 1 tu...walau ade masalah or selisih faham ke, jangan la tarik muka dan masam macam cuka...ce try klu nak merajuk pun, jangan la masam muka..tapi try gedik-gedik manja ngan suami...lelaki ni mmg xsuke pempuan gedik,tp mereka suka kalau isteri mereka sendiri gedik dengan mereka. contoh: "alaaaa...xmo kawan ngan abg...abg senyum2 pandang pempuan tu tadi...kiah cmburu tau..xsuke..xsuke..." tp gedik dengan suami je la...jangan duk gedik ngan lelaki lain..tuk minta penampo namenye..hehe
3. Suka memberi perhatian kepada suami. Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami merasa nyaman. Isteri kena prihatian pada suami..jangan ingat tanggungjawab suami je yang kena prihatin dan bagi perhatian pada isteri. Isteri pun perlu ambil tahu..bertanya la tentang masalah suami ke..kalau nampak suami balik keje stress, tenangkan suami, urut2 n tanya masalah...ala...senang citer, pandai2 la layan suami...
4. Menerima sekecil apa pun pemberian suami. Dan jangan sekali mengeluhkan atau memperlekehkannya. please babe...kalau suami bagi apa je pun, terima dan gembiralah...sekurang2nya suami ingat pd isteri..jangan pula demand sangat... "ish...ape ni abg? murahnye..." "abg beli kat mane ni? xcantik la..dah la nampak murah" "kasut ni je ke? jiran rumah sebelah suami dia beli kasut kat isteri dia lagi cantik n mahal...baru kelasss...setakat camni ketinggalan zaman, abg.." no no no no no...mohon yea gurl2 kat luar sana..mohon jangan macam ni..tak baik tau...terguris hati Encik suami?? ingat..syurga bawah tapak kaki suami...keredhaan suami pada isterinya...
5. Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum dapat dia penuhi. Yang ni isteri itu sendiri kena faham...jangan suka meminta yang bukan-bukan diluar kemampuan suami...ingat..suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi...dan isteri bukan untuk disanjungi tapi untuk disayangi...
6. Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika berbicara kepada suami. Ni sama je macam mana adab kita bercakap dengan ibu bapa, macam tu jugaklah dengan suami..jangan tengking2...lembutkan suara...kalau masa kapel leh suara lembut manje2, gedik...xkan la bila dah kawin terus hilang manjanye dan tukar mod halilintar terus senah oiiii... *xpasal2 senah yg kena..haha
7. Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami selagi tak melanggar syarak. Maksudnya, wajib taat segala perintah dan larangan suami..kalau nak buat sesuatu perkara, minta izin suami dlu...tapi kena tengok juga la...selagi tak bertentangan dengan agama, memang kena taat dan ikut...
8. Suka menemani suami di saat makan. suami sangat suka kalau isteri teman makan tau..caye tak? Kalau tak caya, mohon pi tanya suami masing2 sekarang...isteri ni, kalau boleh setiap kali suami nak makan, hidangkan lah....layan suami dimeja makan...mesti suami rsa bahgia dan rasa dihargai sangat2...kalau kita xnak makan dah pun, dah kenyang, diet or sebagainya, tetaplah berada di meja makan menemani suami makan...ingat..layan suami xsemestinya masa kat bilik tido je....
9. Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami. Part ni kena beringat la...kadang2 kita xsedar perkara yang kita buat telah membuatkan suami berasa tidak selesa dan juga mungkin tahap "anti"...hoho...contohnya la kan...suami tak suka kita pakai baju blink2 sangat, jd kita jangan pakai la...mst ade sebabnye suami tak suke..kalau nak tahu sngt sebab, try la tnye suami...tp tu contoh je la k....
10. Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Kerana rata-rata seorang suami tidak menyukainya. Orang pempuan, biasa la kan..zaman bujang selalu habiskan waktu terluang dengan berjimba-jimba ngan member2...pergi window shopping (sebab stdent kn, tak de duit sangat)...pergi jalan2 time bosan...pendek kata, ikut suka nak pergi mana2 dan bila2 masa...tp bila dah berdua (bersuami), tabiat tu tak leh la diteruskan dengan sewenang2nye tanpa izin suami.... Orang lelaki ni tak ske isterinya keluar rumah tanpa izin....tapi kalau keluar dengan suami tu lain laaaa.....jd, ingat...sebelum keluar, tanya la suami dulu..minta izin...Kalau dia tak bagi, jangan la keluar...Duk rumah diam2...
11. Suka menghibur hati suami ketika dia sedang bersedih. Menghibur ni tak semestinya menyanyi, berjoget dan seangkatan dengannya. Ia memberi makna yang luas...menghibur hati suami ni ade pelbagai cara..bercakap manja dan lembut dengan suami tu pun dah kira menghibur suami...manjakan suami ke...lelaki ni setegap mana pun mereka, cair bila dimanjakan tau...
12. Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya..,ni tak yah terang lebih2..korang sendiri boleh faham... ★★PERHATIAN[✔] => jom ke page Idea Kahwin
Blog untuk meluahkan perasaan dan perasan. I'm a Bokitta Lover. Saya juga menawarkan : - Service sewa SSC / baby carrier - Milk Booster Cookies 12 Ounces - Meiko (100% Original daripada Jepun) - Tokyo Organic Rose Serum #serrose - NEW! Bokitta Hijab & Pre-diluted Essential Oil whatssap saya 019-5541106
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Supercube Drinks
Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...
-
Datin Ayu Roslan, Managing Partner at Bokitta Alamanda Aniza Shahadan, Managing Partner at Bokitta Alamanda Pada 0...
-
La hai...Hari ni saya ambil keputusan untuk cuti sambil berehat. Memang berehat betul langsung tak buat kerja rumah (mati la kena ...
No comments:
Post a Comment