Kenapa eh, bila ada musibah baru kita berpaling kepada Allah (cakap orang...aku la tu). Sebab bila kita ditimpa musibah baru la kita sedar bahawa dunia ni semua milik Allah. Kita ni macam berlakon kat dunia ni. Setiap kita ada peranan masing-masing. Contoh : ibu yang kematian anak. Sebab sudah tertulis oleh Allah itu bahagian dia. Dan jangan risau, semua orang akan mendapat bayaran lumayan kat "sana" selepas je habis drama di pentas dunia ni dengan syarat kita redha dengan watak kita.
Dan aku malu sebenarnya bila aku ada masalah, baru aku ingat lebih pada Dia. Sebab masa tu, aku rasa hanya Dia yang mampu mengubah peranan aku dalam drama ni. Aku harap apa yang aku lalui ni hanya ujian bahawa sebenarnya aku telah lama lalai. Aku leka sebab aku sangka perjalanan drama ni lancar je. Tapi aku lupa drama ni special sebab kita tak tau ending dia, kecuali hanya selepas sesuatu babak tu habis.
Babak aku belum habis, dan selagi ia belum habis, selagi tu la aku akan terus berdoa kepada Allah. Just like kau nak fight sakit teruk, selagi ada ikhtiar, kau kena buat. Jangan serahkan terus kepada Allah. Sebab Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, melainkan dia berusaha. Lagipun sifat putus asa tu adalah bukan sifat seorang Islam.
Selalu kan...bila susah sikit, kita cakap "aku give up la....apa nak jadi lantak la" (ni pun bukan orang lain....aku juga la) Ish...Banyak perangai buruk rupanya aku ni, sebab tu Allah bagi ujian nak sedarkan perangai-perangai aku ni. Sepatutnya instead of cakap give up dulu, aku kena buat semua ikhtiar yang ada, pastu baru cakap "ini yang terbaik aku boleh or mampu buat". Nampak beza kan...
Kata-kata juga suatu doa. Kadang-kadang kita ni tak sihat dah cakap "ish...aku rasa macam nak demam la". See...ada word NAK. Sepatutnya kita cakap "kenapa rasa tak sedap badan ni?". Maknanya kau jangan guna perkataan doa tu. Ni yang selalu jadi kat aku juga. Baru rasa sakit sikit dah kuar word NAK demam tu.
Dan paling best, semua musibah tu didatatangkan dengan hikmah. Best kan....Sebab tu kita kena sabar dan terus berdoa sambil berusaha. Pernah dengan D.U.I.T? Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal.
Sesapa yang accidentally terbaca entry ni, sekali lagi titipkan doa untuk aku ya. Dan semoga semua yang aku hajatkan dimakbulkan Allah. Thanks...Wassalam
Blog untuk meluahkan perasaan dan perasan. I'm a Bokitta Lover. Saya juga menawarkan : - Service sewa SSC / baby carrier - Milk Booster Cookies 12 Ounces - Meiko (100% Original daripada Jepun) - Tokyo Organic Rose Serum #serrose - NEW! Bokitta Hijab & Pre-diluted Essential Oil whatssap saya 019-5541106
Friday, 21 February 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Supercube Drinks
Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...
-
Datin Ayu Roslan, Managing Partner at Bokitta Alamanda Aniza Shahadan, Managing Partner at Bokitta Alamanda Pada 0...
-
La hai...Hari ni saya ambil keputusan untuk cuti sambil berehat. Memang berehat betul langsung tak buat kerja rumah (mati la kena ...
No comments:
Post a Comment