Babywearing is not a new thing for me...
Saya mula
babywearing selepas mendapat anak pertama.
Babywearing gear saya yang pertama adalah hadiah daripada ibu saudara saya. Saya mula menggendong bayi saya seawal umur 4 bulan.
Selepas mendapat anak ke-2 iaitu Qairina 4 tahun kemudian, saya terdetik untuk membeli
baby carrier yang baru, dan saya telah menjalankan sedikit kajian mengenainya. Kemudian barulah saya tahu bahawa
baby carrier saya yang pertama adalah bukan ergonomik baby carrier tetapi adalah
crotch carrier (cc) yang tidak digalakkan penggunaannya.
Saya membeli Boba3G kerana ketika itu yang saya tahu hanyalah jenama Boba dan Ergo. Pertama kali menggunakan Boba3G, saya dapat rasakan perbezaan sangat ketara iaitu kurangnya beban yang dirasa ketika menggendong anak saya.
Anak saya juga sangat suka berada dalam
carrier. Alhamdulillah selepas setahun melahirkan Qai, saya disahkan mengandung. Saya tidak lagi menggunakan
carrier dan menyerahkan tugas
babywearing anak ketika berjalan-jalan kepada En. Hubby
Selepas melahirkan anak ke-3 (Aliyah) saya memutuskan untuk menjual Boba3G, cuba menggunakan
wrap.
Wrap saya yang pertama ialah daripada Jumpsac (kini bersama sahabat saya) dan
wrap saya yang ke-2 adalah Daiesu. Saya mula
wrap Aliyah pada umur 2 bulan.
Saya dapati bahawa saya bulanlah seorang yang sabar menggunakan
wrap kerana
imho penggunaan
wrap memerlukan skill tertentu supaya wrap nampak kemas dan versatile (sebaliknya saya kelihatan sangat selekeh dengan
wrap yang dililitkan pada badan), oleh itu saya memutuskan untuk menjual ke-2
wrap saya dan membeli Mei Tai.
Mei Tai saya yang pertama adalah Diva Essenza in Libellula, yang ditempah melalui Baby Pot Babywearing. Saya mula menggunakannya ketika Aliyah berumur 3 bulan dan saya sangat menyukainya walaupun saya mendapat banyak komen -ve (bayi rimas, terkepit, lemas, sakit, dll) ketika menggunakannya. Sedangkan Aliyah hanya menangis sebab "cranky" ketika mengantuk. Jika dia tertidur dalam MT tersebut dia akan tidur nyenyak. Saya abaikan semua komen tersebut kerana pada akhirnya, bukan mereka yang perlu mengendong bayi saya, TETAPI saya.
Ketika Aliyah berusia 5 bulan, saya mula "gatal" nak mencuba
soft structure carrier atau
ssc. Selepas sedikit
online survey, saya terus mendapatkan Snuggbaby dan
little did I know, I end up with Jumpsac, Lenny Lamb, Tula, Neezaneedle, Tugeda, Kokadi Flip, Kinderpack, Madame GooGoo.
Some stay and some went to new mama...
Saya akan terus
babywearing bayi saya selama mana dia mahu digendong, kerana selepas ini, semua hanya akan tinggal kenangan. Saat² ini tak akan berulang lagi dan sudah tentu saya akan merindui setiap anak saya ketika mengendong mereka.
Saya hanya ada satu penyesalan, iaitu tidak cuba menggali ilmu
babywearing ketika anak pertama. Jika boleh diulang saat itu, saya juga akan mengendong Sofia, puteri saya yang pertama selama mana yang mungkin...
Inilah kisah saya dan pengalaman saya dalam
babywearing. Tiada yang menarik, cuma ingin berkongsi kisah saya
#keepcalmandcarrydamia