Wah kah...kah...kah...Lawak sungguh la. Ok, 1st aku tak sangka la blog picisan macam blog aku ni pun ada juga yang baca. Baca dan ambil concern plak tu. Lawak...lawak... Tapi takpela kan. Maybe orang tu dah tak tau nak buat mende kut. Habis la blog-blog yang ilmiah pun kau nak baca
Haish...ada juga yang nasihatkan aku jaga mulut. Kat blog sendiri. Aku rasa tak pernah lagi aku memaki hamun sesedap rasa. Kalau ada luahan perasaan pun, bahasa aku maybe agak keras la. Ada ke aku cakap memaki guna perkataan yang tak baik? This is my blog, my life journal. Aku punya luahan perasaan. So sukahati aku la kan nak tulis apa. Aku pun tau la nak jaga ayat-ayat aku macam mana. Yang kau apahal nak nasihatkan aku? Dah la tak berani guna nama sendiri. Apsal, takut aku jengah blog kau (aku tau la kau from "the group")
Aku komen pasal homebirth daripada aku punya point of view. Kalau kau rasa mak-mak yang nak unassisted birth kat rumah ni konon-konon nak jaga aurat ke...trauma ke..., aku punya point of view ialah mak-mak ni selfish. Itu pandangan aku. Tak payah ler nak nasihatkan aku jaga mulut ke apa ke...tanya suami ke...tak perlu kut. Suami dia lantak dia la. Kalau suami aku, memang a big no no la...
Jangan ler nak explain atau nak minta aku explain kenapa aku tak nak homebirth. Aku pun nak kalau aku boleh angkut medical equpment kat rumah aku dan ada at least sorang doktor dan sorang bidan. Tapi tak dapek la kan. So aku opt bersalin kat hospital. Yang penting masa ni baby aku selamat. Kalau Allah takdirkan masa bersalin tu ada komplikasi dan hubby kena pilih aku or baby, memang aku harap hubby pilih baby (ni pesanan aku tiap-tiap kali masuk labour room). Kalau kau and the group nak bersalin kat rumah ke...dalam pool ke...dalam sawah ke...bawah pokok ke...lantak la. Aku tak perlu dengar (dan tak nak dengar) explaination orang-orang yang takde background dalam medic (kalau ada pun maybe tak ramai), yang bila berhujah mengalahkan ada phD dalam bidang perubatan.
Aku tak boleh la nak berhujah pasal perubatan dan agama mengenai unassisted birth ni sebab aku bukan pakar dalam bidang ni. Sedangkan yang pakar pun korang langgar je kan...Sebab matlamat menghalalkan cara. Ni kan aku. Tapi aku cuma tahu, kalau bersalin, in the end, aku nak baby aku selamat.
Again, this is my blog. Go meroyan in your group la wei...Oh ye...lagi satu, kalau berani, sila la taruk nama betul. Senang aku nak bawa geng-geng forum aku berperang
Blog untuk meluahkan perasaan dan perasan. I'm a Bokitta Lover. Saya juga menawarkan : - Service sewa SSC / baby carrier - Milk Booster Cookies 12 Ounces - Meiko (100% Original daripada Jepun) - Tokyo Organic Rose Serum #serrose - NEW! Bokitta Hijab & Pre-diluted Essential Oil whatssap saya 019-5541106
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Supercube Drinks
Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...
-
Datin Ayu Roslan, Managing Partner at Bokitta Alamanda Aniza Shahadan, Managing Partner at Bokitta Alamanda Pada 0...
-
La hai...Hari ni saya ambil keputusan untuk cuti sambil berehat. Memang berehat betul langsung tak buat kerja rumah (mati la kena ...
No comments:
Post a Comment