Sunday, 26 January 2014

Mengidam

          Semalam tetiba aku teringin giler nak melantak prosperity. Mentang2 la McD Kota Warisan ni 5 minit je dari umah mil kan...Kalau kat Tjg Malim, takde pula aku teringin yang bukan-bukan ni.
          Tapi nak dapat tu, siap berdrama la dengan hubby. Semalam aku tido awal sebab siang tu pergi melawat Busu kat Seremban. So bangun tido dah kul 11. Masa tu la mengidam sesangat nak makan. Bila aku minta kat hubby, dia tak nak beli sebab alasan kereta dia kena blok ngan abang ipar. Bila aku suruh pinjam kereta, tak nak plak.
          So aku memang sedih ngan nak marah pun ye juga. Aku rasa para isteri mengandung yang dapat suami sanggup melayan kerenah mengidam ni sangat la beruntung. Tak semua suami faham peel orang mengidam ni
          Actually mengidam ni general je kan. Orang tak peknan pun mengidam juga kadang-kadang kan cuma kalau peknan ni, jadi macam special plak coz orang kata kalau tak dapat, nanti anak meleleh air liur (betul ke?). Masa Sofia, aku tak sempat nak makan ayam Kenny Rogers tapi aku dapat makan ayam golek pasar malam. Maybe sebab tu Sofia takde kes meleleh air liur. Masa Qai, takde plak mengidam apa2 coz masa mengandung tu aku dah melantak macam2.
          Tapi hubby aku adalah seorang yang bukan jenis melayan kerenah aku ni, so aku kena berdrama sikit baru nak dapat. Merajuk lebih kurang baru nak dapat. Sedih betul. Aku rasa la kan, suami patut kena lebih sensitif la time2 macam ni. Apa la salah tunjukkan penghargaan kepada isteri yang dah mengandung zuriat kita. Bayangkan 9 bulan nak bawa baby dalam perut. 4 bulan yang pertama ok lagi. Dah masuk 5 bulan, mula la sakit kaki, sakit tulang belakang, takleh tido. Pastu nak bersalin lagi, sakit woi...Dah bersalin, dia juga le yang nak jaga baby tu siang malam.
          Isteri plak, jangan la mengidam benda-benda pelik sangat. Kalau mengidam rusa putih ke... harusla husband tak melayan kan. Kalau setakat McD yang bersepah2 tu, layan je la. Bukannya aku ajak ngeteh kat mamak kul 3 pagi sebab teringin nak makan roi canai. McD tu drive through je pun...Haish
          Dipendekkan cerita, semalam aku berdrama lebih so dapat gak la prosperity tu tapi kul 3 pagi (aku suspek semalam adik ipar aku ajak dia tengok bola kat mama, disebabkan rasa bersalah - boleh plak kau nak kuar memamak tapi ngan wife kau berkira ye, sebab tu aku dapat gak melunaskan selera mak jin aku)
          Tapi aku takde merajuk sebab dah dapat kira bersyukur la kan

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...