Tuesday, 8 October 2013

Mystic In My House

          Husband aku adalah seorang yang selalu outsation. Kadang-kadang sampai 2 minggu keluar, kadang-kadang balik tukar beg je. Apa nak buat kan...Makan gaji, kena la ikut arahan (SYMP katanya). Bila beli rumah agak besar, orang selalu tanya aku :

1. Berapa bayar bulan-bulan?
2. Takut tak tingal sorang-sorang?


          Soalan ke-2 tu, honestly alhamdulillah la aku takde la rasa takut sampai tahap rasa nak tidur rumah orang lain. Kalau aku tumpang rumah orang tu, adalah kerana aku takut perompak. Kalau perkara-perkara mistik tu, alhamdulillah tak pernah kena kacau kalau husband outstation. Tapi kan...Bukan ler bermakna aku berani nak mampus, takut-takut gak cuma takdela sampai takleh tido malam.

          Walaupun begitu, aku ada pengalaman tak best mengenai rumah ni. Bila anak aku kena kacau dengan "makhluk" tu. Kisahnya, Sofia ni masa kecil lagi selalu kena usik. Aku masih ingat lagi malam pertama aku bawa dia balik daripada hospital, husband mimpi ada orang tua berpakaian putih tunggu di luar rumah. Masa aku bawa dia berubat 1st time, syeikh tu cakap, ada benda mengikut daripada hospital. Kali ke-2 bawa berubat dengan orang sama, sampai kena pagar tempat tanam uri la (sebab syeikh tu cakap, kadang-kadang benda tu tak ikut anak, tapi ikut uri)

          1st time bawa Sofia ke rumah tu, dia selalu ajak balik rumah kuarters, ingatkan dia tak biasa. Tapi maybe la masa tu dia dah start nampak kot. Sofia ni masa umur dia 2 tahun setengah (kitaorang dah pindah masuk rumah sekarang), dia selalu cakap dia nampak nenek dengan kakak. 1st time dengar, ngeri kot. Aku masih ingat lagi, masa tu aku tengah masak kat dapur. Dia berlari daripada ruang tamu dengan selamba berkata "mama, Pia nampak nenek pastu nenek terbang". Ha...masa tu husband takde, terus takde mood nak masak, aku angkut dia masuk bilik (tapi tido tetap nyenyak)...

          Pastu, aku ngan husband perasan dia tak suka masuk bilik permainan dia. Aku saja wat bilik permainan untuk dia. Senang dia nak main tak semak rumah. Tapi dia selalu menangis nak keluar bila kitaorang ajak masuk bilik tu. So husband panggil syeikh yang sama untuk tengok dia. Syeikh cakap ada nenek bawa cucu dia main dalam bilik tu, so bila Sofia nak main, dia akan marah-marah Sofia. Abang jiran sebelah aku pun pernah cakap dia pernah nampak dua orang budak perempuan jalan-jalan depan rumah kitaorang time maghrib (and sekor Cik Lang yang suka meniti bumbung kitaorang, memang siut kan). Lepas syeikh ubatkan dia dan pagarkan rumah, alhamdulillah hidup aman damai sehinggalah,

          Bila umur Sofia dalam 3 tahun setengah, dia dikunjungi "Ultraman". Ha...Sofia ni petah. Dia bercakap macam budak besar. Mula2 dia selalu cakap dengan Ultraman. Ingatkan member khayalan dia je. Tapi husband aku paling ngeri bila dia beria-ia kalau naik kereta tu, dia beria-ia cakap dengan Ultraman tu. Siap menangis lagi konon-konon Ultraman tak masuk keta lagi. Mak mertua aku pula terkesima bila satu hari, Sofia macam pegang something. Pastu dia cakap " Nenek, ni Ultraman kawan Pia. Nenek jangan bunuh dia tau". 

          Start daripada hari tu la aku paling tak suka dengar dia sikit-sikit Ultraman. Kitaorang dipertemukan dengan Abang Rahim yang pandai mengubat (kawan biras aku). Masa mak mertua aku nak tanya Abang Rahim tu, Abang Rahim tu dah tau masalah ni sebab - mak bapak Ultraman tu dah datang jumpa dulu dia suruh minta izin kat kitaorang supaya benarkan Ultraman tu kawan dengan Sofia. Ha...Masa ni aku dah geram dah. Kenapa nak kawan dengan anak aku plak, sedangkan bangsa dia kan berlapis-lapis. Konfem lagi ramai.

          Pas berubat dengan Abang Rahim tu, lama gak la Sofia ok sampai la dalam 5-6 bulan lepas tu, Ultraman tu datang balik. Tensen betul aku. Kali ni Allah pertemukan kami dengan team Silat Gayong Ghaib melalui Abang N.D, jiran aku. Aku ingat lagi, malam tu husband aku bagitau aku sorang je untuk kemas-kemas rumah sebab lepas Isya, team ni nak datang ubatkan anak aku dan tengok rumah tu. So, sementara tunggu Isya, aku kemas baju kat bilik belakang. Tetiba Sofia datang dan cakap "Mama, kawan Sofia cakap mama jangan bunuh dia tau". Pergh...Berderau darah aku. Maknanya benda tu tau kitaorang nak halau dia. Bila saja husband balik dari masjid dengan team tu, dia cakap " Mama, kawan Pia dah balik dengan mama dia". Tau je benda tu kan.

          Sempat juga aku tengok macam mana ketua dia bersilat secara ghaib dengan benda tu. Degil tu benda tu. Team ni pakai 3 cara. Mula-mula dia akan slow talk, kalau tak jalan, dia bersilat, kalau tak jalan gak, dia guna senjata (rasa macam kayu ke parang ntah...tak ingat sebab sempat tengok setakat silat je). Masa diaorang round satu rumah tu, aku ada dengar macam satu bunyi, macam bunyi burung terbang dalam kumpulan. Terbang daripada tingkat atas, turun ikut tangga dan terus keluar ikut sliding door. Sempat sorang team tu tanya Sofia suka tak main kat fridge, rupa-rupanya benda tu lepak belakang fridge aku.

          Itu last panggil orang berubat, alhamdulillah selepas team ni bersihkan rumah aku, kitaorang takde dah feel tak sedap hati ke...takut-takut ke...dan yang paling penting, anak-anak aku tak kena usik lagi

          


       

3 comments:

  1. Nih btul2 mistik...skrg sofia kata kawan dia nama wawa dgn natasha

    ReplyDelete
  2. Mak Su Ita...Wawa ngan Natasha kawan tadika dia la. Haha

    ReplyDelete
  3. Owh...x mistik la camtuh wawa dgn natasha tu

    ReplyDelete

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...