Kesian pula saya tengok wife Alang yang bersalin ceaser. Walaupun adik saya pernah juga bersalin secara ceaser, tapi masa tu saya tak perasan sangat macam mana kepayahan dia. Maybe sebab masa melawat adik tu dia dah kuat kot. Wife Alang baru keluar hospital 3 hari bila saya melawat. Memang nampak kesakitan dan kepayahan dia.
Pastu kan...masa nak tidur tetiba terfikir betapa bernasib baiknya saya ni dapat bersalinkan ketiga-tiga puteri saya secara normal. Memang la sakit masa contraction, tapi lepas 2-3 hari dah ok...takde la sakit walaupun ngilu kat miss v tu masih terasa. Dan mungkin Allah tahu tiada siapa nak jaga saya sebaik mungkin (except my mom la kan), sebab tu Allah izinkan saya beranak secara normal supaya saya boleh jaga diri sendiri dan anak-anak selepas bersalin.
Tak dapat nak bayangkan kalau saya bersalin secara ceaser. Mesti saya tensen bila saya nak kena kejutkan suami untuk bantu saya tukar pampers dan buat susu anak-anak (hubby tido mati). Lepas tu hubby saya selalu outstation kerana tuntutan kerja. Kalau saya ceaser, sapa la nak jaga saya kan. Nak stay kampung lama-lama payah pula sebab hubby tak nak jauh ngan saya dan anak (ok...ni tipu sebenarnya hubby tak nak jauh ngan anak dia je lama-lama :) sebab tu saya pantang kat kampung 2 minggu je. Baki tu saya dah stay rumah sendiri.
Kalau dah duduk rumah sendiri, takde maknanya nak pantang lah ka...Tengok baju kat bakul berlonggok-longgok mesti nak basuh, pastu mesti nak kena jemur, dah kering nak kena lipat. Kalau lapar, kena masak sendiri sebab office jauh dengan rumah. Tengok rumah berdebu, kena vaccum. Haish...
Betul lah Allah tak kan jadikan sesuatu tanpa sebab. Perkara paling kecil atau besar mana pun berlaku mesti ada sebab kan...
No comments:
Post a Comment