Tapi keadaan kewangan sangatlah tidak mengizinkan sebab anak dah 3 orang. Lagipun sekarang kalau ada duit lebih-lebih, mesti nak usya ssc dulu. Hihihi penyakit betul la. Tapi Insya Allah dah nak stop kot penyakit ni...
Tetiba saya teringat kat sorang sis ni. If tak salah dulu selalu gak nampak dia dalam group Fareeda (time gila tudung Fareeda dulu). Masa tu dah tahu sis ni ada handbag spa, tapi saya tak pernah try. So bila tengok handbag yang sudah nampak buruk itu, datang idea nak hantar kat sis ni.
Sorry lupa nak snap gambar sebelum. Ni selepas keluar spa (selepas terima balik melalui pos). Umur beg ni dah nak masuk 3 thn. Sebab beli masa mengandungkan Qai dulu. Memang puas hatilah sebab memang nampak macam baru beli.
Tak caya? Nah...tengok close up pic
Tak caya lagi? Nak tengok bahagian dalam beg. Sebelum hantar ada lah parut-parut marker pen, susu anak, gincu. Selepas hantar yang tinggal adalah kesan marker saja. Tu pun dah pudar cuma tak boleh nak hilang semua. Marker memang payah nak hilang kan...
Tak caya lagi? Nak tengok part bontot handbag. Biasa part ni yang paling kotor kan...
Tak caya lagi??? Nah...Pi hantar sendiri tengok puas hati ke tak...
Harga ikut tahap kekotoran, tapi saya rasa masih murah berbanding korang hantar kat butik (member saya pernah tanya Butik Coach diaorang charge RM200. Saya tak tahu sebab tak pernah hantar)
So selamatlah duit saya sebab lepas ni saya nak hantar spa je. Tak nak beli handbag baru selagi handle handbag tak tertanggal or handbag koyak
No comments:
Post a Comment