Tuesday, 27 November 2018

Black Friday yang akan dikenang setiap tahun. Al- Fatihah

          23/11/2018 merupakan tarikh Black Friday yang akan saya ingat sampai bila-bila. Kerana pada hari itu, sahabat saya Kak Ezatul Marini kehilangan arwah suami tercinta, Abang Khaizu kerana kemalangan. Bas Politeknik Sandakan yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik. Kejadian tersebut mengorbankan 5 nyawa termasuk arwah Abg Khaizu

          Sejujurnya saya tidaklah mengenali arwah sangat, tetapi saya banyak membaca mengenai arwah apabila Kak Ezat menceritakan tentang arwah suaminya di facebook. Arwah suaminya sangat baik. Betullah orang kata mereka yang baiklah yang akan dijemput Allah dahulu.

          Satu benda yang saya belajar daripada Kak Ezat & Abg Khaizu adalah pengorbanan serta cinta & kasih sayang. Semoga kakak saya tabah dan semoga roh Abg. Khaizu ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman dan beramal soleh













Monday, 12 November 2018

PLANNER MAMA 2019


PLANNER MAMA 2019 Khas buat Ibu2 ❤️ / mama / mommy / bonda / mother / mum / mak / amma πŸ€°πŸ€±πŸ§•πŸ‘©‍πŸ’ΌπŸ‘©‍⚖️πŸ‘©‍πŸ«πŸ‘±‍♀️

Planner RINGKAS, PADAT DAN RINGAN, paling praktikal untuk ibu2 menguruskan masa 24jam sehari selama 365 hari setahun!

Content Planner

PLAN SEPANJANG TAHUN (dan seterusnya)
▶️ Calendar 2019 with Public Holiday For Malaysia, Brunei & Singapore.
▶️ Calendar 2020 and 2021
▶️ 365 Days Planning Chart

SUMMARY EVENT TAHUNAN
▶️ My Important Date / Event - business event, organization event, school holiday, family trip etc etc.

DATA PENTING UNTUK KESELAMATAN KELUARGA (jika berlaku kecemasan, mudah dirujuk oleh orang lain)
▶️ Important Address & Contact Number.
▶️ Important Personal Information - contact of husband, father, mother, kids school info, teacher's contact, insurance policy.

MOTIVASI UNTUK LEBIH BERJAYA TAHUN 2019
▶️ Easy Steps To Setting & Achive Your Goals
▶️ My 2019 Goals

DETAIL PLAN BULANAN
▶️ Monthly Quotes - Khas untuk ibu❤️
▶️ 2-page Daily Planner with Tahun Hijrah date.
▶️ 2-page Weekly Plan ( Focus and Goals to achieve, weekly target/ event, to do list, important dates and notes)
▶️ Weekly Mommy’s List
✔️Grocery shopping list divided to dry food/ frozen food/ canned or jarred item/ cleaners/ home item and others.
✔️Family Weekend Plan - 1 weekend 1 family activity plan to keep family together, united with stronger bond.
▶️ Weekly Special Recipe - cook together husband and wife and the whole family sit and taste weekend special menu, how beautiful is that! Even plan simple menu that kids also can help in cooking together.
▶️ Monthly Expenses - mom keep track of family cash flow, or even hubby can fill up this part. This can also educate our children to manage cash wisely by keeping them aware of the family cashflow.
▶️ Breasfeeding / Pumping Log - record when you need it. 1-page table to note the date, time, which breast (Right/Left) and amount in ml (if pump milk). Beneficial for working mom, or if you on travel, away from baby.
▶️ Monthly Blank Pages for Notes / Diary / Sketches
▶️ Monthly Games/ Info / Positive Vibes Zone

PLAN UNTUK BERCUTI, HOST JAMUAN (maybe jamuan raya, or birthday party etc)
▶️Travel Planner (set destination, travel date, companion, place to visit and budget)
▶️ Party Planner (set date and venue, menu, games/activities, decorations, can include budget also)

JOT DOWN IDEAS, BOLEH REFER BILA X DE IDEA NAK MASAK APAπŸ˜…
▶️ Breakfast, Lunch, Dinner Ideas

FOR MUSLIM MOTHERS,
▶️ 2-page checklist surah for Hafaz Quran
▶️ 2-page info regarding Puasa Sunat, Makruh & Haram.

JOM MASAK MAKANAN YANG LEBIH SIHAT UNTUK KELUARGA
▶️ Healthy Menu list. Create a menu list that can be refer anytime.
▶️ Clean Eating Tips

JADI IBU DAN ISTERI YANG HEALTH CONCIOUS DENGAN PLAN YANG TERATUR
▶️Weight Loss Challenge. Target weight loss, record monthly achievement.
▶️ 30 Days Workout Challenge - follow the tips daily, see the result 🀸‍♀️
▶️ Healthy Activities To Do DAILY

TARGET UNTUK SIMPAN - DAN REALISASIKAN
▶️ Saving Challenge

SELALU LUPA PERIOD/ PERIOD TAK TERATUR? KEEP A RECORD
▶️ Period Tracker

ACKNOWLEDGE PENCAPAIAN DAN AIM FOR BETTER PADA TAHUN2 AKAN DATANG
▶️ 2019 Achievement List


Berminat untuk pre-order ? ETA 16/11/2018

Tuesday, 6 November 2018

Kenapa Saya Tak Guna Essential Oil Dari MLM Company


          Sapa suka essential oils angkat tangan? Me..me..me...Ok kan hari tu ada share keterjebakan terkini. Bahaya betul jadi orang perempuan kan. Lepas satu musim, satu musim lain. Ok yang sebenarnya saya kan sarat mengandung beberapa bulan lepas. Kali ni saya mengandung banyak sangat ujiannya. Antaranya kena UTI, overweight dan suami saya kena Kidney Stone. Jenuh berulang alik ke Hospital Pulau Pinang. 

          Bila macam tu, saya mudah penat dan stress. Ye lah kita dah la keje. Mana nak fikir kena habiskan sylibus lagi, nak marking assessment lagi. Satu hari saya ternampak kawan saya post pasal essential oil dari satu brand MLM. Entah macam mana terbuka hati saya nak cuba Stress Away dan Peace & Calm 11 (seperti yang dicadangkan kepada saya).

          Pertama kali saya cuba Stress Away, memang almost tak nampak kesan. But selepas beberapa kali, saya belajar untuk inhale & exhale scent tu...Wah memang kurang. Macam rileks sikit lah. So saya bawa je and pakai bila perlu, terutamanya masa travel. Kadang-kadang saya urut kat tengkuk husband. Masa ni kurang ilmu jadi saya tak dilute dengan carrier oil. Peace & Calm 11 saya tak pakai sangat sebab kurang suka bau dia (masa ni tak beli diffuser lagi jadi tak dapat diffuse. Bau dia straight from bottle saya tak gemar sangat). Bila diffuse wah ok juga.

          Selepas nampak kesan Stress Away, saya pun nekad nak guna essential oil untuk tujuan lain, tapi harga brand tersebut bagi saya agak tinggi. Jadi saya pun buat research dan jumpa dua brands Edens Garden & Plant Therapy. Kerap kali saya dapat soalan kenapa saya tak guna jenama yang mula-mula saya beli? Jawapan saya, sebab harganya mahal. Dan kalau ada sales reps yang kata harga essential oils diaorang mahal sebab pure and high quality, ok tu betul (selain daripada ianya adalah brand mlm yang saya tahu kena lalu banyak tier sebab tu harganya mahal). 

          TAPI saya juga tahu ada few brands lain yang juga jual pure & high quality oil seperti Aura Casia, Rocky Mountain, Florihana, Mountain Rose Herbs serta dua brands yang saya guna sekarang. Cuma di Malaysia tak ramai orang guna sebab kurang distributor. (Rasanya Oily Pod sahaja seller Plant Therapy/Edens Garden/Rocky Mountain di Malaysia). Essential oil yang dijual adalah pure dan berkualiti tinggi serta jauh lebih murah daripada mana-mana brand MLM sebab kita boleh beli direct takde lalu sales reps. Bukanlah tak bagus ada sales reps ni. Bagus je sebab kalau yang takde masa nak membaca, boleh refer sales reps ni apa-apa hal selepas beli, macam cara nak guna. For me, tak perlu sebab saya suka membaca so banyak perkara saya belajar pasal essential oil ni daripada buku-buku yang saya baca. Saya juga suka baca blog-blog aromatherapist serta follow support group Edens Garden & Plant Therapy jadi banyak ilmu saya dapat daripada essential oil lovers dalam tu.

          Apa bukti essential oil ni pure? Senang je kalau nak tahu essential oil ni pure or tak, check diaorg buat tak 3rd Part Testing. Kalau buat 3rd Party Testing, diaorang akan display GS-MS (Gas Chromatography-Mass Spectrometry) report. Report ni lah yang penting sebab ia akan beritahu samada essential oil ni adulterated atau tak. 

Contoh GS-MS Report Plant Therapy. Boleh tengok kat website ya

Contoh GS-MS Report Edens Garden. Boleh tengok kat website ya

          Kenapa test ni penting sangat? Sebab kat US takde standard pun untuk mengawal kualiti essential oil ni. Contoh paling senang, macam kat Malaysia semua peralatan elektrik mesti melepasi SIRIM. Kat sana takde standard lagi buat masa ni. Jadi semua company bergantung pada testing inilah untuk membuktikan essential oil mereka pure. Terms Sead to Seal & Certified Pure Therapeutic Grade bukan satu standard yang wajib diikuti oleh semua company pengeluar essential oil. Ianya adalah satu marketing terms bagi company-company tersebut sahaja.

          Dan lagi satu, FDA (The Food and Drug Administration) tak regulate essential oil ya. Company yang claim essential oil boleh menyembuhkan/mencegah penyakit, company tersebut boleh dikenakan tindakan oleh FDA.

          Yang penting, banyakkan membaca. Sometimes saya nampak orang share penggunaan essential oil yang tak selamat. Yang ni ramai yang rasa essential oil ni pure jadi mustahil ada apa-apa kesan. Allahhu...Sedangkan nanas tu makan banyak-banyak pun rasa luka kat lidah. Pure juga tu fresh lagi. Just because it's 'natural' doesn't mean it's safe. Sebenarnya bagus juga membaca ni supaya lebih banyak pengetahuan kita terhadap sesuatu. Some people bagi advice yang salah hanya sebab mereka telah lama jual atau guna. It doesn't mean you're an expert or certified tau. Sekali lagi, banyakkan membaca daripada pelbagai sumber baru kita dapat info yang tak biasa. Contohnya dulu saya tak tahu pasal tak boleh apply neat, tak boleh ingest, ada essential oil tak selamat untuk kanak-kanak...Lepas baca, Alhamdulillah bertambah lagi pengetahuan saya.

          I'm not bashing MLM punya brands ya. Just explain apa yang saya baca, yang saya research, jadi kalau ada kawan-kawan yang nak try essential oil dengan harga yang lebih murah, ada pilihan lain. Tapi kalau nak pilih brand MLM pun apa salahnya takde masalah. Gunalah apa-apa brand, asalkan essential oil yang kita guna pure. Saya sendiri suka Stress Away dan mungkin akan beli lagi jika habis sebab saya suka dengan kesan dan bau dia (Ya saya dah ada Worry Free dari Plant Therapy, tapi still suka Stress Away kerana baunya walaupun effect sama

          Hahaha panjang lebar pula penerangan saya. Actually saya selalu ditanya soalan ni jadi lepas ni saya bagi link blog ni aje lah. Mungkin lagi mudah difahami berbanding compare dengan saya explain kat website.

          Lagi satu nak tanya - ingat x kita belajar minyak dan air tak kan bercampur? Basic Chemistry 101 ya :)

XOXO
          
          






Monday, 5 November 2018

Baby Carrier/SSC Rental SCHOOL HOLIDAY PROMO NOV 2018 - DIS 2018


Baby Carrier/SSC Rental

SCHOOL HOLIDAY PROMO IS BACK

Now you can enjoy our School Holiday promotion. For 2 weeks rental period, you will get free 1 week (booking must be made deposit between 07/11 - 31/12). Yes!!!Only RM50 for 3 weeks (tnc applies)

Booking must be made with min RM100 and all payment must be cleared at least 7 days before shipping

1st come 1st served basis. pm/sms/whatssap Maz 019-5541106 or click link http://mazlinamr.wasap.my for futher inquiries

Jangan Sindir Customer



"Sis, nanti saya tanya suami dulu ya"

Baik... Takde masalah 😊

Diberi rezeki bekerja, Alhamdulillah saya berpeluang membeli barang² yang saya mahu tanpa minta suami sponsor (tapi kalau dia offer, mati hidup balik pun saya tak tolakπŸ˜…). Ada isteri yang berbelanja dengan "elaun" daripada suami semata-mata, jadi tentulah perbelanjaan mereka terhad.

Tak perlu sindir² jika mereka survey produk kita then beritahu nak tanya suami dulu. DON'T. Tak perlu kita perli² di wall kita. Kita tak berada di tempat mereka. RM20 mungkin kecil nilai pada kita, tapi mungkin besar pada mereka.

Mungkin juga produk kita jual tu sebenarnya murah or no class pada mata suami mereka... Like wife minta Carlo Rino, tanya husband sekali husband suruh amik LV. Ntah² suami diaorg offer item yang lagi branded daripada yang kita jual. Kita iye iye je perli tak mampu... Padahal kita yang sendu

Ulat Politik

          2 minggu lepas, saya buat satu keputusan drastik iaitu left group sekolah menengah. Kikiki. Puncanya apa lagi dah tentulah sebab ada ulat politik dalam group. Ya Allah tolonglah fikir dalam satu group tentu ada ramai yang berbeza pandangan politiknya. Kalau sekali dua tu, kita fahamlah. Ini macam sepanjang masa. Cemuih baq hang

          Saya tak tahulah kat mana fikiran sesetengah orang macam ni. Ye betul untuk kesedaran, tapi pilihanraya dah lepas kot. Boleh tak berhenti dulu sembang pasal politik sebab sekarang ni takde apa kita boleh buat pun. Nak jatuhkan kerajaan sekarang? Tunggulah next election. Ni dok melalak lagi. Sebelum election melalak, lepas election melalak. Masa BN melalak...Masa PH melalak...Masa Najib melalak...Masa Tun Mahathir melalak...Apa yang kau nak buktikan? Come on masing-masing dah dewasa boleh fikir sebenarnya tak payah lah melalak sangat. Cemuih...

          Kan bagus group sekolah menengah ke...sekolah rendah ke...universiti ke...Diwujudkan at least kita alert lah pasal kawan-kawan kita. Kalau ada yang perlukan bantuan ke...Kita alert benda tu. Tapi segelintir ulat politik ni, buat orang meluat tau stay dalam group macam tu. Tak habis-habis politik...Then ada post pasal hak melayu la...apa la. Ye faham hak orang Melayu semua sebab kitaorang pun belajar perlembagaan dan ambil tahu pasal perlembagaan. Tak payah nak post sangat. Nak bagi ada sentimen perkauman ke? Lagipun sekarang semua orang ada access internet pandailah kami baca sendiri.

          Please ya kalau ada ulat politik ni...Tolonglah alert pasal ni. Kadang-kadang orang stay sebab orang nak malas nak left, tapi nak cakap takut sentap. Aku takdenya lah nak sound-sound banyak kali, Sekali dua cakap tak jalan, baik lah aku left...

Biar ku jalan dulu
Puas ku tunggu puas ku tunggu
Biar ku jalan dulu
Lu lambat macam mana
Itu bukan hal aku bukan hal aku itu bukan hal aku

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...