Thursday, 26 September 2013

Minyak nak naik lagi??

          Huh..beberapa status fb hari ni so annoying la dengan isu ni. Cuaks aku betul ke Ron 95 nak naik lagi? Berapa kali nak naik da...Adoi, aku menyampah betul la dengan kenaikan minyak ni. Sebab teorinya kenaikan harga minyak berkadar langsung dengan kenaikan harga barang & perkhidmatan. Ni aku dengar nak naik RM1.00/liter. OMG...Ingat rakyat Malaysia kaya2 sangat ke???

          Aku penyokong kerajaan Barisan Nasional sebab aku rasa semua from PKR dan PAS tak boleh pakai. DAP pun sama. Tapi bila jadi macam ni, frust sungguh la. Rupanya ini hadiah kemenangan pilihanraya hari tu ye...Walaupun aku ni hidup lebih daripada cukup makan, tapi kalau jadi macam ni, marah juga la jadinya kan.

          Kadang2 rasa kerajaan banyak bazirkan untuk benda2 tak perlu, nak bagi contoh wat masa ni tak boleh pikir lagi. Pastu dok la compare dengan harga minyak Indonesia la...Singapura la...Singapura tu pendapatan per kapita dia berapa? Serius la kat Malaysia ni, pendapatan dengan harga barang & perkhidmatan tak seimbang. Macam ni tak guna naik gaji 2 kali tahun ni, sebab minyak pun naik 2 kali, sudah2 tak menyimpan juga.

          Menteri2 pula kadang2 bagi alasan yang tahap sekolah rendah kot. Ada ke subsidi gula ditarik sebab nak elakkan diabetes? Ni minyak naik sebab banyak kes penyeludupan. Kalau macam tu, naikkan harga kain kapan untuk elakkan kemalangan, boleh kot macam ni? Dulu ada satu menteri cadangkan makan ubi kayu la...makan nasi segenggam sehari la...Amboi senang cakap. Menteri2 ni elaun besar2, tak pernah rasa susah pastu suka suki nak suggest orang makan ubi kayu, Jangan senang cakap je, tapi tak buat.

           Sebenarnya baik kerajaan atau pembangkang, aku rasa sama je. Jangan harap la kalau pembangkang naik, kita boleh aman. Nak ke kita dikuasai oleh kerajaan sekular, aku tak rasa PKR akan perintah, Nampak macam Lim Guan Eng je yg akan jadi PM kalau pembangkang perintah. Kang semua murah tapi orang Melayu takde hak, macam mana pula? Adoi, pening sungguh. Aku harap akan ada la pihak yang akan perjuangkan bangsa Melayu dan penduduk Malaysia sekaligus. Yang tak de pikir poket ko anak beranak je.

          Dah...Siap entry luahkan perasaan hari ni. P kelas kul 11 plak

       

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...