Hoho...selepas 2 hari demam tak boleh bangun, petang ni alhamdulillah dah kurang sikit demamnya. Yang wat tak boleh bangun tu sebab sakit kepala. Doktor cakap tekanan darah rendah. Mujur baru lepas period kut tak, mesti terpikir mengandung. Aku ok je tapi husband la siankan Qai.
Kali ni demam teruk sikit. Selalunya setakat setakat selsema, sakit tekat, batuk je. Sakit kepala tu kena mula2 je...Ni sakit kepala all the time. Aku sampai takleh nak berfikir dengan sempurna. Baca sms ngan whatssap pun dah jadi salah. Asal jaga je, pening...nak tido banyak2 sampai mana je nak tido tak nak bangun
Tapi aku bersyukur sebab Allah masih bagi aku kekuatan nak uruskan anak2. Kan minggu ni husband busy dengan preparation konvo PSAS, so weekend lagi dah start keje sampai malam ni pun tak habis lagi. So time aku sakit ni, memang takde harapan la nak bermanja-manja dengan dia. Dia pas Isya dah ke poli sambung keje. Apa2 kat rumah ni, memang aku ler yang buat. Buat susu, tukar pampers, mujur ler dalam pening aku masih kuat,
Tapi kan, aku perasan la seteruk mana pun aku sakit setakat ni, memang ada je kekuatan aku untuk uruskan anak2, sebab husband aku selalu busy dan outstation. Kalau aku melayan sakit pening aku, sapa plak nak buat susu, tidurkan anak2. Kalau husband ada, alhamdulillah tapi time dia takde, memang kena la buat walaupun pening ke apa ke...
Contohnya 2 hari ni, aku terpaksa jadi driver hantar anak2 ke rumah pengasuh. Sebab husband duty seawal pagi, dan memandangkan traffic nak masuk poli dah start jam kul 7.30, so tak kan la dia nak punch dulu baru kuar balik hantar Qai ke rumah pengasuh...jadi aku le yg hantar anak. Plus Sofia siap cuti from tabika sebab memikirkan tengah hari husband duty tak habis lagi dan aku tak larat nak drive.. Aku drive pun siap berhenti muntah2 kat tepi jalan. Kalau drive tu nak cepat sampai je sebab nak basahkan kepala dan tido
Aku terbaca kat mana ntah yang memang Allah anugerahkan kekuatan pada wanita untuk uruskan suami dan anak2 mereka...Sebab tu ramai wanita, walaupun sakit, still kuat untuk uruskan dua benda tu. Sebab tu aku rasa para suami kena la hargai ibu dan isteri mereka. Dan cara nak hargai tu tak semestinya la kena belikan hadiah, cukup dengan menolong isteri sekali sekala. Atau bertolak ansur dengan isteri bukan nak menang je sepanjang masa...
Dalam sakit pening, sempat aku p sambar ni from thepoplook.com. Review sikit - no wonder la orang tergila-gilakan tpl ni. Dress dia cantik2 dan harga dia bagi aku berpatutan la. Yang payah kalau dah terjebak dengan tpl ni, kena spare duit siap2 on selasa and khamis kul 11am, Masa ni dia akan launch collection baru atau restock. Kalau berkenan tu, terus beli sebab kalau tunggu nak beli, jawabnya memang pastu sold out la...
No comments:
Post a Comment