Untung kulit muka aku adalah jerawat payah nak naik TAPI jeragat banyak. Aku malas nak pakai sunblock sebab tekstur sunblock yang agak tebal pada aku. Muka aku jadi tak bernafas pastu akan jadi berminyak....
Pas Nivea habis, mula la gatal nak try produk lain. Sebab lama2 aku rasa dah tak berkesan. Mula2 memang kulit jadi lembut, cerah dan bersih, tapi bila dah 2 tahun, aku rasa macam dah takde effect. So aku beralih pada :
ZA Total Hydration |
The New Total Hydration formulated with signature ingredents Amino Mineral Complex, repair damage skin due to stress, UV rays, air-con etc, and optimize healthy skin for smoother, hydrated and poreless look
Baru seminggu aku guna. Alhamdulillah untung muka jarang wat perangai tak sesuai dengan be it produk murah atau produk mahal. Aku suka bau dia. Lembut je macam ada bau rose gitu...Pastu memang ia melembapkan muka aku dan bila aku pakai foundation + bedak, nampak gak la macam ada glow gitu...
Aku beli almost full range sebab prinsip aku, kalau pakai satu brand tu, contohnya kalau untuk muka, biar la daripada pencuci muka ke krim malam tu satu brand, baru kita tau produk tu berkesan atau tak. Sebab tu aku tak nak (sebenarnya tak mampu) nak maintain produk2 mahal2. Sayang duit. Jangan ler nak biar cun tapi poket kosong.
Cara aku :
Moist Foamy Cleanser |
1. Cuci dengan cleanser. Aku guna Moist Foamy Cleaser.
2. Lepas cuci, lapkan kulit muka dan terus pakai toner. Aku dapati untuk kulit aku, kalau tak pakai toner, memang akan nampak kusam. Tak kira la brand apa aku guna, toner kena guna sekali. Lepas tu pakai moisturizer
Day & Night Cream |
3. Lepas tu guna day cream (siang) dan night cream (malam). Tapi buat masa ni malam asyik malas je nak cuci muka, bad habbit sungguh
Amino Refreshing Gel |
4. Aku tak tau apa fungsi benda ni. Tapi aku rasa untuk refresh balik muka kita...Rasanyalah...
Energy Mist |
5. Yang ni aku guna 2 kali, kali 1st aku spray lepas dah siap mekap. Pastu kalau aku rasa macam muka dah letih, aku spray lagi. Tapi selalunya aku guna pas mekap je. Best...bau dia wangi dan menyegarkan
Berbaloi juga aku rasa beli ni sebab macam dia punya moisturizer dia tu, pakai sikit je dah cukup sebab tekstur dia lembut so kita boleh spread kat muka. Masa spread tu urut2 supaya ia meresap. Oh ye...lagi satu petua nak kulit halus mulus ialah gunakan gula bersama facial cleanser. Gula akan bertindak seperti scrub. Petua ni aku dapat masa buat CSR dengan IKBN KKB kat Kampung Balum, Slim River. Cikgu yang mengajar mekap kasi. Tak pernah try insyaallah pas ni nak cuba
Selepas seminggu pakai ni, alhamdulilllah nampak berbeza. Warna masih sama-tanned tapi tekstur muka nampak lain la. Dulu pegang mengerutu je pastu ada bintik2 (bukan jerawat) Skang pegang lembut je. Selalunya kalau kita try produk apa2, kita amik masa 2 bulan kalau tak nampak kesan, bolehla start ngusya jenama lain
Pasni aku nak try apa plak ye...
No comments:
Post a Comment