Random #1 - Aku yang hot
Aduh...Dah 2 minggu aku baik daripada demam. Tapi panas badan aku belum baik la. Aku kerap rasa sejuk (sejuk ni sebab panas daripada dalam badan kan)... Bila panas, aku akan menggigil. Macam semalam, kul 11 pagi menggigil. Kalau dah menggigil tu, memang kena balik rumah la sebab ofis ni sejuk nak mampus.
So balik tu, beli sedozen air cap badak, dan hundred plus. Tapi balik keje semalam still sakit kepala sampai malam. Aku pas Maghrib bantai tido je sebab dah tak tahan. Nasib baik ada ice pack. Ice pack ni asalnya untuk store susu Qai yg dah dipump (sementara nak sampai rumah), tapi sebab dah takde b/milk, aku memang letak dalam freezer spare kut2 ada yang sakit demam.
Bertambah2 sakit pulak aku sebab perangai husband aku ni. Ada ke patut, anak aku minta susu time Maghrib, Isya baru nak bancuh. Puas ler Sofia kuar masuk bilik nak minta susu. Bila aku cakap suruh papa, Sofia bgtau papa cakap nanti. Adoi...Dah la anak aku tu jenis yang tak makan, sian dia nak susu papa dia malas-malas nak bancuh...
Lastnya, aku juga la yang bangun bancuh. Huhu...Betul kan aku kata seorang wanita itu ada kekuatannya.
Random #2 - SMS yang annoying
"Puan, hari ni ada kelas tak???" Adoi, where are the manners??? Aku pelik la dengan perangai students hari ni. Bagi aku,
there should be a thick line between lecturer and students, bukan la bermakna aku ni poyo, tapi memang itu hakikatnya.
Students hari ni bukan macam zaman aku belajar dulu. Zaman aku belajar, student pandai ke...tak pandai ke...semua hormat lecturer. Kalau dia salah pun, kami masih hormat mereka, sebab dia adalah
CIKGU. Berani aku and the gang nak sms tanya ada kelas tak? Rasa-rasa memang tak pernah. So tunggu je la agak-agak 15 minit takde, baru blah. Ini tak, kelas kul 2, kul 11 kau dah tanya.
Bukan takleh tanya. Kut ye pun nak tanya, beradap la sikit. Apa salahnya sms" selamat petang puan. boleh saya tahu kelas AR201 hari ni ada tak?" kan lebih beradab. Aku nak reply pun ikhlas. Tapi aku kan...kalau ada students tanya ala2 kuang ajaq ni, aku senyap je. Tak reply satu pun. Gasak kau datang la kelas kang. Macam tak tau lagi style aku ni, jenis kalau tak buat kelas, aku akan sms bgtau.
Random #3 - Chin Peng
Tetiba Chin Peng. Sebab aku terbaca dalam
mforum.cari.com.my discussion pasal Chin Peng. Adoi...Pelik la ada juga anak2 muda yang berpihak pada komunis. Melayu pula tu. Tapi discussion memang hebat sampai aku pun terpikir "alamak, aku belajar sejarah salah ke selama ni". Tapi ada je orang mengaggungkan Chin Peng tu.
Bodok bertingkek-tingkek
Rasa-rasa la kan...kalau la komunis tetiba hidup balik di Malaysia, ramai anak anak muda yang jadi talibarut komunis kot...Aku tak tau depa ni belajar sejarah daripada sumber lain (keje Red Bean Army kot), sumber yang mengatakan komunis la yang perjuangkan kemerdekaan. Tak layak nak komen lebih lebih sebab sejarah aku dapat credit5 je. Tapi aku masih percaya dengan sejarah Malaysia yang aku pernah belajar (kecuali teori paleolitik, mesolitik dan neolitik tu).
#4 - Mulut kata syukur, hati kata tak
" SYUKUR, MALAYSIA MASIH AMAN"
Aku ni takde pandai sangat dalam agama. Setakat yang wajib tu, insyaallah. Tapi kan, so annoying la bila ada beberapa rakan fb yang suka sangat guna ayat di atas dengan niat nak perli2...Ni aku google from
http://abimpahang.blogspot.com
"Syukur (Ar:asy-syukr = ucapan, perbuatan, dan sikap terima kasih atau al-hamd; pujian). Dalam ilmu tasawuf : ucapan, sikap dan perbuatan terima kasih kepada Allah SWT dan pengakuan yang tulus atas nikmat dan kurnia yang diberikan-Nya"
* credit to Sdr Drs Mohd Salleh Albakri,M.A Bin Haji Mohd Tahir
Ni la pun yang aku belajar masa Pendidikan Islam dulu. Sepatutnya bila kita kata syukur, kita kena kata dengan niat, bukannya mulut kata syukur, tapi dalam hati kau sikit pun kau takde niat nak syukur, tapi more to sarcastic. Masalahnya, aku sedih bila ada kawan2 aku di kalangan orang berpendidikan tak boleh pikir benda ni. Dalam kelas kau tau pulak nak marah student kalau student perli-perli kau, tapi kau sendiri tunjuk teladan macam mana kat fb. Dan maaf nak cakap la, kebanyakkan yang selalu kata macam ni adalah golongan pembangkang (kawan-kawan aku la)
Kalau takde perkataan syukur kat depan tu, aku boleh terima lagi kot. Walaupun aku ni tak baik sangat, Insyaallah benda-benda basic ni, aku tau la. In fact semua orang Islam belajar kot...
Boleh tak kau buka sikit minda kau??? Semua negara ada jenayah, Mekah pun masih ada orang mencuri, merogol...Negara lain tak payah cakap la...Yang kata Malaysia masih aman tu, sebab kadar jenayah kita masih terkawal. Kalau tak, jadi macam US tu, dengan serial killer la...yang mengamuk main tembak2 kat sekolah. Jepun - negara paling ramai penduduk bunuh diri. Kau sindir-sindir, Allah turunkan bala macam kat selatan Thai baru kau tau...
I bukan blogger femes so tak ramai komen. Ngeh3x...