Friday, 30 August 2013

Menyesalnya!!!


   Di saat ini, aku rasa menyesal sangat. Ya Allah maafkanlah kekhilafan aku. Dan pada suamiku,  papa...mama minta maaf. Menyesal sangat gaduh2 manja dalam whatssap. Pasal hadiah birthday pun nak gaduh apa da...

          Husband adalah someone yang sangat tak romantik. Dia tak pandai nak tunjuk dia sayang atau care pada aku. Tapi aku rasa dia sayang kot ( insyaallah) cuma dia tak tau nak tunjuk. Dia tak pandai2 nak beli hadiah ke apa ke sebab dia tak tau nak beli apa. So dia lebih suka tanya aku nak apa, dia bagi duit dan aku beli. Bagi aku, memang la tak romantik sebab aku lagi suka dia belikan. Dia jenis yang kena minta, kalau ada duit lebih, insyaallah dia akan carikan

         Actually tak kisah ler nak beli apa. Aku plak jenis yang bukan suka perabis duit husband sebab aku nak dia utamakan keperluan anak-anak. Contohnya, time raya aku akan make sure (read : paksa) dia belikan persalinan anak-anak. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bila dia tanya aku nak apa, aku jarang2 minta.

          Bila aku minta dia belikan gelang ala pandora tu, dia cakap dia dah belikan something. Aku pun confuse la kan. Terus aku whatssap "selalu papa kena minta baru bagi". Dia marah aku apahal plak ni...Aku pun dah kena marah tak puas hati la kan. Terus merajuk (see...benda kecik je). Malam tu masa nak tidokan Qai, aku dengar bunyi hp. Tapi sebab konon2 nak merajuk, aku tak angkat pun. Dalam hati macam gasak kau la...

         Esoknya masa nak bersiap g kerja, husband call sekali lagi. Bila dia cakap dia kat hospital, melompat la aku kan. Dan2 tu rasa menyesal sebab dia cakap dia call nak bgtau semalm tapi aku tak angkat. Husband kena batu karang. Kencing dia dah berdarah dan dalam badan ada kuman. Masa dia cakap tu, menggigil je aku tahan marah kat diri sendiri. Aku nak g Hospital Klang tu tapi dia suh g keje sebab dia cakap dia ok

          Kat ofis plak, aku jadi tak senang duduk. Kejap2 call dia tanya dah discharge lum. Bila dia cakap dia dah ada kat hotel tunggu nak checkout. Aku rasa lega sikit. Petang tu dia balik, aku salam dia. Nak minta maaf tapi aku tak tau nak cakap apa so aku salam cium tangan je la. Tapi dalam hati menyesal sangat

          Aku harap pasni aku tak buat perangai lagi. Sebab, aku takut katakan la malam tu sebenarnya dia call sebab nak minta maaf ke...let's say last call dan aku tak angkat, pastu esok pagi tu orang lain yang call bgtau apa2 jadi kat dia, mau sampai mati aku menyesal. I've learned something and I won't do it again...

Pandora oh Pandora

          Selasa hari tu aku berpeluang ke KLCC. Sebenarnya bawa student ke utk 16th Conference & Exhibition On Occupational Safety And Health (COSH 2013). Dah sampai tu alang2 apa lagi window je la kan. Sesungguhnya aku tak layak nak shopping kat KLCC. Maybe boleh la nak makan Mekdi and masuk Body Shop.
        
          Sementelah dah sampai, saja wat2 gediks g tengok PANDORA.


         Umang aii...Satu gelang pun boleh cecah RM1.8K. Dalam hati mcm "baik beli emas je" tapi bagi aku la kan, sapa mampu beli pandora ni sebenarnya mampu sangat beli emas, cuma dia dah bosan dengan emas sebab tu dia beli PANDORA plak.

          Bestnya kalau husband nak bagi ni. Konpem setahun aku jadi baik tak melawan cakap.






          Balik aku pun google la gelang tangan ala pandora. So terjumpa this FB page Hazelynn. Adoi. Lawa2 la charmed bracelet dia. Dah macam pandora cuma takde bead yang tulis Pandora je. Aku dah usha2 dah 2-3 pattern dan mengasut member aku si Mila untuk beli.



 Lebih kurang la kan.


         Untuk rakyat marhein macam aku ni je yang layak aku pakai. Harga pun not bad dalam RM120-170. Boleh beli 4 untuk nilai 1 charmed bracelet Pandora. Tak banyak citer aku pun whatssap gambar yang pink tu konon2 nak minta husband beli untuk birthday. Sekali dia cakap dia dah beli hadiah birthday aku.

          Kat facebook Gelang Cantik AlaPador4 pun ada juga charmed bracelet ni. Harga dia dalam RM240. Yang ni best sebab dia ada beads bertulis PANDORA. Lagi la nampak ala-ala pandoranya...



Wednesday, 28 August 2013

Kenapa aku rasa tak patut???

          Ok. This is more to geram. Al-kisah office aku nak buat jamuan raya dan berkonsep portluck. So, setiap kumpulan (around 4-5 people) kena sediakan satu menu lengkap. Contoh menu lengkap, lemang + rendang. Aku suka je sebab banyak sikit menu. Kalau nak guna duit kelab, maybe tak boleh nak sediakan menu banyak2.

          Tapi...Aku sangat tak suka la konsep memaksa ni...Kenapa nak tolak2 menu orang sebab bagi aku, kita  minta orang bawa, so jangan paksa orang nak bawa apa. Mula2 meeting lagi this one person dah nak suh agihkan menu. Aku agak tak suka la kan sebab pandai2 kita nak decide orang nak bawa apa.

          Kesian kumpulan yang satu ni, diaorang nak sponsor air, dapat e-mel lak kena tukar menu. Hurm...Tak paham la aku ni...Pandai2 nak suh orang bawa, pastu cantas lak...yang ni tak boleh...yang tu tak boleh

Sunday, 25 August 2013

Kemunculannya macam tau2 je aku dok survey

          Mula2 kemunculannya aku wat derk je. Biasala aku pun macam sesetengah orang gak skeptical keta Malaysia (pdhal 1st car ngan keta skang buatan Malaysia je pun). Tapi sebab aku tak tau nak wat pe time rehat jumaat lepas so aku pun menggedikkan diri ngan Mila ke Proton Edar. OMG...Suprima S ni mmg super supreme la. Lawa gilos...


















Model adalah Pn Normila iaitu kawan aku














         Model Suprima S ni didatangkan dalam 2 varian (5 warna - solid dan metalic). Boleh refer jadual di bawah :



* sumber : http://www.arenakereta.com/2013/08/19/berbaloikah-membeli-proton-suprima-s/


  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638
          Adoi, aku rasa menyesal tak kumpul duit siap2...Tu la dulu dalam pantang shopping tak hengat. Skang rasa macam nak hantuk kepala kat dinding pun ya... Aku sangat lah payah nak kata ok kat keta Malaysia (walaupun aku penah pakai Kembara dan husband drive Iswara je) tapi kali ni memang dikecualikan. Lawa sangat. Aku suka sebab but dia luas, walaupun space utk letak kaki penumpang agak kecil. Tapi ok la. Dengan leather seat dia (if tak salah untuk premium je ada leather seat kot).

          Pastu dah tak payah pikir2 nak pasang gps dah. Siap reverse camera lagi. Huh...Serius tak tido malam dibuatnya. Nak2 pas dapat google pic ni :



          Ni takde dalam katalog warna tapi camna ada pic ni aku confuse. Tapi kalau ada yang ni, insyaallah dapat keputusan kenaikan (kalau dapatla), konpem kuar sejibik

Thursday, 22 August 2013

Nak bisnes tapi tak tau nak bisnes apa

          Aku teringin nak bisness. Bukan la bisness yang riban2, aku cuma teringin nak wat bisness on9. Selalu aku beli je. Ni nak juga aku rasa nak run bisness sendiri. Tapi tu la...aku ni jenis yang takut nak ambil risiko. Soklan yang aku selalu pikir ialah :

1.          Nak jual apa?
2.          Sapa yang nak beli?
3.          Modal

          Lagipun blog aku bukan ada reader pon. Sapa lak yang nak beli barang aku. Huhu... Antara barang2 yang aku plan nak jual ialah

1.          Produk tropika vco


2.          Dropship produk makanan berkhasiat Qaseh



3.          Jual pinggan2 (aku kan ejen pinggan mangkuk akojaya) 




          Tapi yang pasti aku x akan jual  :






Jual Pompuan


          Husband cakap nak cepat kaya jual pompuan...Sabo je la...

Sapa la yang tak de keje ni???

Sapa la yang tak de keje ni???


          Semlm masa aku tengah memasak, member whatssap geng online buyer memaklumkan benda ni. Hui...mujur tak kena pisau masa potong bawang. 20% muka for 7 years? Mampuih tak pakai keta la aku sampai tahun 2020. Let's say la nak beli vios yang lowest spec tu kena ada dalam RM14K untuk downpayment. Sebelum ni 10% dalam RM7K++ je kan...Hui...Tu keta import yg paling biasa la kot. So nak sambaq Mazda3, berapa nak kumpul muka? RM26K? Mampuih la.....
     
          Aku pun rasa macam rumor gak tapi mulut aku dok pot pet pot pet kat husband (sorry dear). Aku macam 50-50 la kalau betul sebab aku pasti jika langkah ini dilaksanakan, kadar hutang isi rumah akan terkawal. Orang akan beli kereta betul2 ikut kemampuan (maknanya akan ambil kereta yang betul2 mampu dibayar, bukan yang agak2 boleh nak bayar).

          Gila ko...Kerani pun pakai grand livina, vios...Aku ngan husband dok pakai lagi proton tahun 1999 (dah itu je yang aku mampu).  Mil penah citer kat tempat keje dia kerani baru2 keje pun beli vios kat tempat dia keje. Aku yang dah keje 8 tahun pun pikir 80 kali nak beli vios. Tapi duit dia lantak p dia la kan...

          Err berbalik pada isu tadi, so pasni orang akan berpikir la kan nak beli keta. Kalau orang yang kaya-kaya sikit, takde masalah just kumpul 20% and pi la beli. Tapi kalau interest rate sama, aku rasa x adil la. Kalau interest rate turun sampai jadi 1%, baru la best kan.

         Ni aku amik kat fb ya quote " kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang)." unquote. Menurut BNM 64% hutang isi rumah melibatkan rumah dan kereta.

          53 orang bankrap sehari? Takutnya. Apa2 pun aku bersyukur la isu keta ni hanya khabar angin saja. Biasa la orang Msia kan suka je khabar angin ni. Share kat fb pastu yang like pakat2 ler tambah saham kat SANA kan...

Wednesday, 21 August 2013

Yeay!!!


          Yeay! Score for me. Alhamdulillah bulan ni nama aku naik sebagai salah seorang hit CIDOS di JKA.

Sunday, 18 August 2013

Entry bosan

          Adoi. Giler bosan aku ni. Sangat tensen bila husband ajak balik lagi umah mil. Don't get me wrong. Aku suka je balik rumah mil tapi agak2 la kan. Asyik travel je penat sangat wei. Dengan baju yang tak berlipat. Walaupun aku tak rajin sangat tapi bab baju, memang aku akan make sure kalau nak balik tu, semua dah siap sidai. Yang dah kering harus siap berlipat. Xsusun dalam almari lagi pun xpe janji dah siap lipat. So that bila balik aku tenang je. Bila aku bagi alasan, dia cakap xpe nak balik sorang. Xkan la nak bagi dia balik sorang apa kata mil aku.
        
          Terpaksa la balik juga. A bit geram la. Dia bising if baju x organize tapi bila aku bagi alasan, muncung plak. Sebenarnya seorang isteri pun nak rehat kat umah sendiri. Walaupun kat umah mil aku xbuat apa even masak pun, tapi segan la kan...xkan nak landing je dalam bilik. Harusla kena tunjuk muka gak kat depan. Pdhal kalau kat umah ni, sure aku usung Qai masuk pas maghrib. Langsung tido tu yang Isya kul 2,3 pagi.

          Hari ni mil suh g open house selang 2 umah. Mil balik kpg ngan K Long. Settle satu bab (bawa Qai sekali pun bagus juga kan) so pagi tu lepak umah je jaga Qai. Petang ada2 jemputan open house kawan lama, tapi husband maas nak g lagipun kitaorg kena jaga umah. So sempat kuar jap je makan asam pedas kat Bandar Baru Bangi (xingat kedai apa). Sempat juga ke Fareeda dan sambar lagi selai

          Candy crush for me...

     

          Mlm after mil balik, busu and the family datang. Suka hati la K Long dapat jumpa anak2 busu. Tapi aku rasa x sihat semalam. Tetiba kat tulang pinggul sebelah kiri aku sakit. Aku rasa kena minum susu la skang ni. Tulan aku ni salah2 jalan sure macam terkehel. Kadang2 siap bunyi berderap. Aku ghisau patah je kang.

          Tido awal sebab ada kebengangan dengan husband. Daripada aku sakit hati baik aku layan tido. Tapi bangun pagi dah ok sebab aku malas nak masam2 muka baru salam minggu lepas. Tunggula sebulan dua lagi sebelum aku start wat perangai. Semalam tido dalam kepanasan sbb mil renovate dapur so aircond kena cabut. Sian Qai la berpeluh2 padahal x cukup kipas syiling, husband dah bawa masuk kipas stand lagi. Siap merengek2. Panas agaknya ngada2 betul la budak2 skang ni. Aku dulu tido xpakai kipas pun tapi umah kampung satu kelebihan dia adalah natural aircond. Buka sikit tingkap naco tu, dan start ler melayari malam dengan mimpi indah. Best x best, kadang2 kalau hujan tempias baru aku jaga. Masa tu x takut plak hantu ke apa ke. Cuba skang aku lagi sanggup panas daripada buka tingkap umah. Nanti aku citer naper dalam next entry...

Saturday, 17 August 2013

Takde entry raya

           Habis dah raya tahun ni. Alhamdulillah berpeluang lagi nak beraya dengan suami, anak2 dan mak abah. Mudah2 an tahun depan masih berpeluang nak raya lagi
  
          Aku xde gambar raya tahun ni. Jangan kata dengan family, dengan husband pun takde. Aku pun xtau kenapa kitaorang laki bini memang tak suka bergambar. Husband aku xbawa balik pun dlsr dia sebab cabel charger hilang. So tahun ni memang xde gambar family la... Yang dengan famili mil, amik kat studio je tapi sbb dah kelam kabut nak balik, memang kitaorg xde pun ambil gambar sekali. Xpela. Kang free angkut je anak beranak g studio je kan...         
    
          Petang semalam kawan husband datang...Disebabkan keje so aku xdela plan nak masak ke apa ke...Mujur ada kuih raya (kalau ikut cakap husband, xpayah bukan ada orang nak datang pun). Orang rumah dia xde (oh...sudah bagus sebab aku xperlu melayan sama). So aku buat air je pastu main ngan anak2

          Pas kawan dia balik, ke dapur kung kang bersilat nak masak pula. Harusla masak coz duit dah tinggal sisa2 je ni sementara nak tunggu gaji minggu depan. Dalam pada takde duit tu, sempat lagi aku sambau :


          fareeda leopard pink dan booking fareeda ribbon. Cis...Habis duit raya husband kasi. Xpela kira aci coz dia x beli aku tudung raya hari tu. Muka aku sangat sememeh hari ni so aku malu nak letak muka. Lagipun aku sangat tidak suka bergambar.....

Friday, 16 August 2013

Decent Dress

          10 tahun yang lepas, umur aku 22. So sweet je kan aku pakai blouse kecil muat2 badan aku je. Now dengan badan dah naik satu saiz (atau 2), dengan dah ada suami dan 2 orang anak, aku memerlukan koleksi pakaian yang sesuai dengan status aku. Wahh bajet baik kan. Bukan apa, husband aku sangat tak berkenan dah tengok aku pakai blouse pendek2 ni sejak kitaorang bertunang lagi.

          So skang, selepas 10 tahun, aku pun dah ada kesedaran la kan nak berubah jadi baik sikit. Baju pun xboleh la yang kecik2 lagi. Sebab tu aku banyak beli baju masa dalam pantang dan selepas pantang hari tu. Dan baju aku semua ala2 muslimah. Tu pun terselit gak 3-4 helai blouse kecik2 wat stok g pasar. Haha...

          Dalam pada browse fb tadi, aku menjerit omg...

Blouse Cotton in Emerald
          Sangat sweet la kan. Menutup aurat dan bergaya at the same time. . Insyaallah gaji minggu depan aku beli.











Blouse Cotton in Brown
          Oh...Kuatkan semangat sampai minggu depan. Actually selain koleksi Salsabeela dan kznabihah, aku teringin juga nak ada koleksi Habibi by Alkenali ni. Harga dia bagi aku agak mahal, tapi bukan ler kau nak beli semua koleksi dia kot. Kau beli baju tiap2 bulan ke? Err...tu aku dulu. Skang aku dah nginsaf. Lawa2 kot baju dia ni.






  
           Tapi the best thing is aku daripada 4 bulan lepas dok ngusya dia punya 3Q design (ala2 trench coat tapi lebih pendek). Cuma aku rasa xsesuai nak pakai g ofis. Masuk kelas panas kot mau berlengas je la aku. Daripada nak bergaya, terus nak marah2 je sebab rimas. Sian budak2 aku. Aku tunggu je kalau husband ajak g Cameron Highland, konpem aku beli....

3Q Design Habibi

Tuesday, 6 August 2013

Entry ISA

  Alhamdulillah. Dah nak masuk penghujung Ramadan. Sedih setiap kali Ramadan nak pergi ntah dapat tak jumpa lagi tahun depan. Tahun ni persiapan ala kadar je. Sedih kot gomen bagi RM500 je sebagai bantuan. Ish....Tak baik tau tu pun duit juga. Sapa murah hari kan nak bagi duit kat ko.
     Pecah rekod aku tak beli baju raya, kasut raya dan tudung raya. Walaupun husband aku nak belikan, aku cakap tak payah beli tahun ni sebab aku ada berhelai-helai lagi baju yang aku beli tak berpakai. Kasut pun aku dah siap beli tahun lepas. Tudung boleh rotate yang ada je. Tahun ni husband pun tak shopping baju dia. Dia beli kat anak2 je.    

Sunday, 4 August 2013

Bahasa Blog

          Camwhore??? Menatang apa ni? 1st time dengar dari blog greenapple aku macam confuse. Mula2 aku fikir cam = macam, whore = jalang. Confuse naper blogger ni mengaku whore. Rupanya camwhore tu camerawhore stands for orang yang suka giler bergambar.  Sungguh ketinggalan zaman aku ni kan.

          Lagi satu the word anon. Aku follow blog asyik ler jumpa anon tu...anon ni...anon komen...Aku like...anon ni semua blog aku baca dia pun baca. Rupanya anon is anonymous.
           Oh ye....doc to be dah bayar yuran tertunggak sambil berkata "ni aku sedekah je ni". Doc2 ko nak juga cakap ko betul yel. Ko hanya layak jd doc mcstuffin je. Aku hanya mampu menahan dari berkata "wak lu"            

Kenapa eh.....

Aku confuse kenapa sesetengah orang semakin belajar tinggi, semakin berfikiran sempit. Ntahla...maybe orang kata aku pun macam tu. Tapi bukan aku kot. Aku takde masters macam kebanyakkan orang di sini. Konpem...Bukan aku.
    
     Like this doc to be. Kesengalan tahap cipan. Memang semua orang kat sini dah tahu perangai dia macam mana. Tapi semalam memang menduga kesabaran aku sungguh la. Sebelum ni takde isu resit pun dah bertahun kitaorang collect duit (tapi sebelum ni aku bukan bendahari). Time aku bendahari, ada aje la isu resit ni. Nak sangat pasni aku suggest korang la jadi bendahari. Korang tulis resit. Saja nak menambah kerja aku je.

     Ada pula yang tanya ada penyata tak...Ye, aku dapat tugas daripada orang memang tak pernah ada penyata sebelum ni. So kalau nak buat, aku pun tak tau nak start kat mana. Tapi yang syok, yang menanya tu, tak nak bayar pula untuk bulan2 yang dia cuti bersalin. Aku macam 'ni punya orang pun ada ke'. Serius dia pakai mazhab mana eh kalau kita cuti, kita tak kena bayar yuran bulanan? Bagi aku not fair sebab kata la bulan ke-empat tu (cuti bersalin 3 bulan kan) ada makan2, kau melantak sama macam orang lain. Tapi orang lain bayar je masa kau cuti tu.

     Itu satu la, this staf pula mengeluarkan pernyataan yang bagi aku sangat bodoh untuk seorang masters. Ingat tak isu blackout yang polis kena tumbuk tu. Mula2 akhbar cakap patah hidung. So paper esoknya, ada ler gambar polis tu cedera. Bila dia tengok gambar tu, dia boleh cakap "ala, ni sikit je belum patah hidung". Mujur la aku takde situ (kawan aku ada dan dia yang bagitau), kot tak aku nak cakap "akak, kalau husband akak kena tampar tapi tak berdarah, akak marah tak". Ye la tak kena kat somi ko, bleh la ko cakap kan...

     Sometimes  kita tidak berfikir dengan akal tapi dengan hati. Sebab tu kita menunjukkan ke"pandaian" kita (pesanan kepada diri sendiri juga)

Otak engineer konon...Hampas la sengsorang

Saturday, 3 August 2013

Kronologi Doc To Be Yang Sengal

Untuk makluman yang bold hitam aku...Yang biru si ban halia aka doc to be

Assalam. Untuk makluman pihak tuan/puan mempunyai tunggakan yuran sehingga bulan Jun 2013 RM5 x 6 bulan. Terima kasih

Maz ko ingat tak aku ada bagi duit RM 30 hari tu?

Kau bagi tu sem lepas punya. Kau bagi kat mila kan

Aku pun tak berapa ingat nak kena xcheck ngan mila tahun lepas punya aku ada bayar sekaligus RM 30. Tahun ni aku ada bayar dekat mila ke hang antara tu RM 30. Cuba check balik la. Tu yang aku ingat

Aku dah double triple multiple check…Mmg yang sem ni punya kau x bayar lagi. Yang Mila collect hari tu sem lepas punya

Susah juga bila x de resit ni main ingat je. Tu yg aku konfius sem lps and sem ni aku aku buat dua kali payment RM60.selalunya any payment aku byr je tk pernah hutang ngan mana mana pun. Ke untuk sem lps tu kena byr RM120 ? kalo ada documentation yg jelas aku akan jelaskan byrn tu esok.  

Macam nila…Kalau kau nak bayar, kau bayar…Kalau kau x nak bayar pun ikut suka kau la. Aku ni mmg tanda kat kertas je kalau orang bayar. Xpernah x tanda. Sebab dokumentasi bertanda je. Kalau nak resit, maybe aku boleh propose kau jadi bendahari plak nanti kau boleh tulis resit kat orang bayar

Nanti check blk mcm mana lps aku byr ada wat catatan ke.kalo aku tersilap or terlupa ka bg tahu. Don’t worry 

KO PAHAM TAK AKU KATA AKU DAH CHECK KAT KERTAS???KO INGAT AKU COLLECT DUIT NI, AKU INGAT KE SAPA BAYAR SAPA X BAYAR KALAU AKU X REFER KERTAS. KO NI KAN…MAKIN TINGGI BELAJAR MAKIN TAK PAHAM AKU CAKAP BAHASA MUDAH.

Tak yah la ckp kasar kasar bln puasa. Aku cakap berdasarkan yang aku ingat tu aku tanya balik. So tak pe la aku bayar je esok tu.

Betul bulan puasa tapi aku dah ckp banyak kali yang rekod aku ni mmg kau x bayar lagi. Aku dah confirm dengan Mila dan berdasarkan rekod memang kau x bayar lagi. Aku pun tak tau dah nak check rekod apa lagi kat aku. So skang ko dah faham x ni?

Kalau dah ko check tak pe la aku bayar je la esok. Dalam senarai check aku tak bayar lagi? So yang aku bayar pada sem ni hari tu utk tahun lepas. Yang sem lepas tu utk 6 bln sebelumnya so patutnya aku kena bayar RM 60 setahun untuk tahun lepas. Betul ke? Kan senang statement macam tu.

Lagi payah statement tu…Sebab aku ckp mula2 kau kena bayar sehingga June 2013 je RM5 X 6. Ko paham x? Maknanya tunggakan ko RM30 je…Paham?



p/s : Boleh tak aku kuk kepala dia??? Quote Nanti check blk mcm mana lps aku byr ada wat catatan ke.kalo aku tersilap or terlupa ka bg tahu. Don’t worryUnquote . Hello doc to be, ayat aku yang 1st tu bukan untuk makluman ke???

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...