Tuesday, 2 October 2018

Alhamdulillah

          Alhamdulillah. Selepas bersawang blog tiba-tiba rasa macam nak serius berblog balik walaupun takde sapa nak baca. Pada 09/07 saya telah selamat seorang bayi perempuan 3.5kg yang diberi nama Nur Damia Auliyah. Papanya yang bagi nama saya ikut saja. Cuma mula-mula confident je saya bagitau namanya Nur Damia Aulya pada kawan. Sekali silap eja...

          Kali ni diberi rezeki bersalin secara cesarean gara-gara kes doktor terlepas pandang. Malas nak cerita panjang-panjang yang penting selamat sudah. Alhamdulillah proses penyembuhan saya taklah teruk sangat seperti yang saya selalu dengar daripada kawan-kawan. Cuma seksa gila nak habiskan suntikan heparin tu. Nak ulang alik ke Klinik 1 Malaysia susah pula sebab Tuan Ihsan balik ke rumah. Abah saya pula baru keluar hospital masa tu jadi option yang ada hanyalah cucuk sendiri. Ngeri juga la. Everytime nak cucuk saya akan amik mood dalam 5-7 minit. Anak-anak nak tengok pun saya halau. Takut teragak-agak

Tido pulak dia...
          Pi mai pi mai dah 3 bulan cuti dan dah naik kerja hari ni. Huhuhu kan best kalau cuti bersalin bergaji sehingga 6 bulan. Today dah 1st day saya naik kerja. Harap-harap tidaklah diberi kerja yang membebankan sebab masih ting tong ni nak tune balik

          Apa-apa pun nak inform saya masih jalankan service rental baby carrier ya.So sesiapa yang berminat terus whatsasap saya 019-5541106 kayh

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...