Wednesday 3 October 2018

Keterjebakan Terkini - Essential Oil

          Korang...Orang lain dah berkurun kan guna essential oil ni aku baru nak guna. Kikiki...Ketinggalan zaman betul kan. Kisahnya masa pregnant kan banyak sangat masalah. Stress tau stress. Rasa macam nak tidoq saja. Bila dah makin sarat tu memang rasa nak baring saja kalau boleh nak makan pun atas katil

          Ntah macam mana boleh terfikir nak cuba eo untuk kurangkan stress ni. Lepas tu terfikir juga lepas bersalin mesti kena berjaga malam. So nekad lah nak cuba essential oil ni. Apa lagi ku terus pm kawan yang jual eo YL. So ku sambarlah Stress Away dan Peace & Calm 11. Honestly lebih banyak guna Stress Away sebab bau dia best sangat. Mula-mula beli ku main pakai je straight. Ha lepas join group fb and buat research kat internet, baru tau kena dilute baru pakai. Adeh. Seller kata boleh pakai terus. Nasib baik takde apa-apa...

          Stress away ni bau dia kan macam kulit asam yang selalu saya makan masa sekolah. Wangi-wangi masam gitu. Dia memang buat rileks. Kalau Peace & Calm tu, bau dia susah nak describe tapi taklah fancy sangat. 1st time pakai eo saya taklah rasa apa-apa perbezaan. Tapi lepas beberapa waktu dah ada skill nak pakai baru rasa "eh, best juga eo ni"

          Sebab best maka saya pun studylah pasal essential oil ni. Saya sejenis species yang akan study habis-habisan sebelum saya start invest dalam satu-satu benda. So adalah beberapa perkara yang saya saya belajar mengenai essential oil ni. Antaranya ialah :

1. Tiada Piawaian Atau Standard Untuk Menentukan Kualiti Atau Purity Of Essential Oil

          Setakat ni di US takde piawaian lagi untuk menentukan kualiti essential oil ni. Jadi macam mana nak tahu essential oil yang kita guna tu 100% pure? Sila pastikan company yang kita beli ada buat 3rd Party Testing. 3rd Party Testing ni maksudnya company tu akan hantar batch by batch oil tu untuk menjalani ujian Gas Chromatography & Mass Spectrometry atau juga dikenali sebagai GC-MS. Keputusan ujian akan menunjukkan samada sample yang diuji samada adulterated atau tidak

          So pilih company yang buat testing ni ya. Biasanya result testing ni diaorg akan letak di website diaorg. Kalau rajin, boleh emel je tanya...

2. Tiada Istilah "Therapeutic Grade" Untuk Essential Oil

          Tiada mana-mana badan/agensi yang iktiraf essential oil ni ada grade therapeutic so basically ni marketing terms oleh company-company ni sahaja. As long as essential oil yang kita guna lepas 3rd party testing tu kira dah ok

3. FDA (Foods & Drugs Administration Doesn't Regulate Essential Oils

          Menurut FDA apa-apa yang claim boleh mencegah & menyembuhkan adalah "drugs", dan semua "drugs"ni must be approved by FDA. Jadi semua company essential oil tidak boleh memasarkan produk mereka dengan mempromosikan boleh mencegah, menyembuhkan atau merawat. Kalau ada dikira illegal

4. WAJIB Dilute
       
        Wajib dilute essential oil sebelum apply topically sebab eo ni pekat. Walaupun ia natural tapi tak semua bahan natural tu tak merbahaya. So always dilute dengan carrier oil sebelum pakai. Antara risiko yang boleh dialami jika guna eo tak dilute ni ialah sensitazion (allergic reaction). Antara tanda-tanda ialah ruam, kesakitan,burning sensation, rasa ketat kat dada, sesak nafas.

          Huhuhu... Saya dah alami sensitazion ni akibat guna Tea Tree direct tanpa dilute. Nasib bukan di muka

5. Tidak Boleh Diminum/Dimakan/Taken internally

          Walaupun essential oil tu pure 100%, essential oil tidak boleh diminum TANPA PENGAWASAN daripada QUALIFIED PERSON (aromatherapist). Ini kerana sebelum prescription diberi, aromatherapist ni akan tengok beberapa faktor seperti umur, berat, alahan...Baru diaorang akan suggest essential oil untuk ingestion

          Dan saya berpendapat seller bukan qualified aromatherapist walaupun dah lama jual essential oil, melainkan betul-betul ada certification yang diiktiraf

6. Penggunaan Pada Kanak-Kanak Perlu Mengambil Kira Usia Mereka (Tidak Semua Essential Oil Sesuai Untuk Kanak-Kanak
       
          Setelah membaca daripada beberapa buku dan sumber, saya simpulkan eo tidak boleh digunakan untuk bayi di bawah 3 bulan. Walaupun ada sumber kata selamat untuk digunakan selepas 3 bulan, tapi saya personally akan elakkan sehingga umut mereka 2 tahun.

          So sekarang memang saya pakai personal inhaler saja dalam bilik tidur sebab dah ada Baby Auliyah kan. Tapi saya masih diffuse di ruang tamu mengikut mood dan kesihatan saya. Kalau saya demam batuk selsema saya diffuse blend untuk kurangkan sintom. Kalau saya tengah stress, of coz diffuse Stress Away or yang seumpanya

7. Tak Boleh Diffuse Di Public Space 

          Sedih kan. Saya dah beli diffuser untuk diffuse di office. Tapi lepas saya buat beberapa rujukan, rupanya tak boleh diffuse di public space. Ini kerana dikhuatiri ada orang yang mempunyai alahan kepada particle dalam eo.

          Jadi pilihan yang ada ialah berbincang samada semua yg menggunakan sesuatu ruang itu samada boleh diffuse atau tidak. Takut juga kang tetiba ada kawan saya pengsan ke kan. Matik...

          Tapi kalau pakai usb diffuser yang kecil ok eh...Any thoughts?


8. Tidak Semua Orang Mempunyai Tindak Balas Yang Sama Kepada Sesuatu Essential Oil

          Ok yang ni memang saya baru tau. Kikiki. Rupanya tahap penerimaan seseorang terhadap eo ni berbeza-beza. Contohnya Lavender sepatutnya menenangkan, tapi ada orang yang jadi moody bila guna Lavender

          Begitu juga ada orang bila guna eo untuk sleeping mood, dia jadi lagi berjegil mata. Jadi kesan eo ni berbeza-beza. Sebab tu susah nak explain. Senang cakap "cuba dulu baru tahu".

9. Essential Oils Merupakan Salah Satu Bahan Dalam Bidang Aromatherapy Untuk Holistic Therapy

          Yang ni kena tengok youtube englisharomatherapist untuk lebih faham. Lebih kurang macam ni la...Untuk membantu penggunaan eo yang lebih efektif, kena tengok faktor-faktor lain juga. Contohnya macam headache. Kalau selalu kena, kita kena temgok apa puncanya. Stress, gastric. Supaya bila kita guna eo, kita dapat mengelakkan masalalah ni daripada berulang

          Selagi puncanya kita tak tahu, mungkin penggunaan eo ni kurang memberi kesan positif

10. Essential Oils Bukan Ubat Dan Tidak Dapat Menggantikan Ubat

          Ni penting sekali. Jangan sesekali menggantikan ubat dengan essential oil untuk penyakit. Malah sesetengah penyakit mungkin perlu elakkan essential oil ketika menerima rawatan

          Ok apa lagi? Cukup 10 dulu. Hihihi.,Sebenarnya bagus untuk terus cari ilmu bila gunakan essential oil ni. Dan seboleh-bolehnya daripada sumber yang boleh dipercayai sebab ada sesetengah practices yang sejujurnya saya rasa tak selamat. Hihihi masih baru juga ni tapi saya suka explore pasal essential oil. Tapi masih banyak benda lagi nak kena belajar. 

          10 point ni adalah perkara yang saya pelajari ya, jadi mungkin berbeza-beza pemahaman saya dengan pemahaman anda (ada ke yang baca blog aku?) Kikiki

          Buat masa ni saya tengah pulun nak habiskan buku ni. Bapak tebal ntah bila nak habis. Esok2 saya share koleksi essential oil saya pula

The Complete Book of Essential Oils and Aromatherapy by Valerie Ann Wood
       







No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...