Monday, 14 December 2020

Corningware Vintage - Spice Of Life





          Kalau korang kenal pattern ni, confirm korang dah masuk usia "emas" macam saya. LOL. Inilah Spice Of Life. Pattern ni famous kat Corningware jaman mak mak kita dulu kan. Lately macam ada kegilaan terhadap design ni untuk vintage Corningware, selain design Corn Flower Blue.

          Kalau tengok harga kat Lazada/Shopee...Amboi tak agak-agak kan. Just wondering ada ke yang nak beli ya? Kalau ada, roger la sebab my mom aka Cikgu Sadiah ada satu set 5 beradik. Harga buka 5K. Sapa nak roger. Ahaks...

    
My mom punya set


          Saya kan puas juga pujuk my mom untuk "hadiahkan" set ni kat saya. Masa saya kawin dulu, ada mak bagi tapi set lain pula. Pandai mak bajet in future set ni laku keras. Saya offer nak swap dengan design baru pun beliau kata"NO". Maka mehla kita hunting. Tengok harga kat Malaysia ni berpeluh ketiak na...Apa kata kita tengok kat oversea. 

          Sekali masuk eBay, wah banyak je kat sana, cuma postage mahal lah. Tapi still murah daripada harga ko beli sini. So saya cari combo 2-3 size, sebab alang-alang postage + duty import dia kan lebih kurang je.


My first purchase from eBay


          Total damage tak sampai RM550 untuk size 3qt, 2.5qt dan 2qt. Yang 2 tu takde lid. Takpe kang beli kat Parkson je. So slowly beli and finally cukup lengkap 5 beradik, with extra kecik2 tu nak letak condiment ke.

          Total damage tak sampai RM1.4K. Kalau beli sini, ntahlah maybe tak dapat kot


My Corningware Spice Of Life

          So far, risiko pecah tu minimum to almost takde la. Tak pernah pecah lagi setakat ni. Rasanya 5 kali juga beli nak cukupkan macam ni. Semua sampai dengan selamat. 

          Tetiba rasa nak jadi orang tengah jual bendalah ni. Ada ke yang nak beli eh? 😂




Thursday, 10 December 2020

Overclaimed?

          






          Err...Gais, as a Norwex Independent Consultant myself, it kills me to see other consultant promo macam ni... The Baclock Technology tu untuk self purify saja. One can not claim it will sanitize your house or you things. Ok dalam bahasa mudah, cerita dia macam ni ye...

          Microfibre Norwex ni halus tau malah lebih halus daripada rambut manusia (1/200 human hair). Maksudnya "kau ambillah sehelai rambutnya dan belahlah 200 bahagian". So dia akan wipe all dust, dirt and debris, including bacteria sebab mf dia halus. So the trapped bacteria kan kain tu akan dilemahkan oleh Baclock (Backlock ni anti-bacterial agent untuk self cleansing purpose only). 

          Sebab tu kita tak digalakkan cuci kain Norwex kita dengan strong detergent and yang tiada fillers, softeners, dyes or harsh detergent. Sebab kita tak nak clog microfiber tu. Saya galakkan customers guna Norwex punya detergent iaitu Ultra Power Plus atau kalau takde budget nak beli, boleh gunakan any plant based soap like Sunlight Aloe Vera, Glo Aloe Vera or sabun basuh botol susu anak ye...

          Penting ye korang cari consultant yang bukan nak kejar sales je, tapi provide education untuk korang sebagai pengguna. So pilih saya ya. Insya Allah saya guide korang 
tanpa overclaimed kayh...

Mazlina Binti Mat Rabi
ID : 2047602
Norwex Independent Sales Consultant
#teamclothium



Friday, 4 December 2020

Gadget PKP/MCO - Air Fryer Oven

          Boleh la pulak air fryer buat hal masa mco hari tu. Ntah macam mana la soket dia tercabut. So memang tak boleh pakai unless kena cari sapa pandai repair benda tu. Of coz la option nak bawa pi service centre macam merepek je time-time lockdown kan

          Bila kau work from home, ada aje la idea kau nak membeli. Eh takpe untuk kegunaan family. Survey punya survey, terjumpa lah air fryer oven ni. Wah...Apsal saya tak tau benda ni wujud. 

          Memandangkan duit lebihan pendapatan ada, so 'terbeli' jua benda ni 

Zenne Air Fryer Oven

          Kenapa saya beli af oven instead of af? Well, fungsi dia sama je, cuma mudah saya nak baking cake dalam ni, sebab cara guna dia macam oven je. Mudah dibersihkan

Model KAV-AD1202-S
Control Panel : Digital
Rated Voltage : (V) 220- 240
Rated Frequency : (Hz) 50 - 60
Power (W) : 1600
Capacity (L) :  12
No. of Preset Menu : 16
Temperature (°C) : 50-220
Product Size (mm) :  315 (W) x 334 (D) x 370 (H)
Carton Box (mm) : 407 (W) x 372 (D) x 417 (H)
Product Weight (kg) : 8.42
Accessories :
- 1 pc Rotisserie Cage
- 1 pc Cake Pan
- 1 pc Mesh Basket
- 1 pc Cage Tong
- 1 pc Rotisserie Fork
- 1 pc Drip Tray
- 1 pc Roasting Rack
Warranty (year) :  1


          Actually ada dua brand yang seakan sama iaitu Riino & Khind. Aku tak tau la maybe rebranding je kot. Kalau Riino tu sama dah semua kecuali berat & dimensi je berbeza

          So far, Alhamdulillah sangat membantu aku especially bila kena goreng ayam ikan untuk buat sambal. Cara aku, sambal tu aku masak dalam RM6. Nanti curah je kat ayam/ikan. Sementara masak tu, sempat la nak tanda-tanda assessment students.

          Ni kisah masa MCO la sekarang mostly balik goreng atas stove macam biasa, kecuali time tak larat dan time minyak habis je. Ye la af kan tak guna minyak banyak...

          Aku beli di Shopee dalam RM570 sekali postage. Rasanya ada voucher seller kot. If tak macam RM6++ juga harga dia. Kalau beli terus kat website pun ok click sini  

Thursday, 3 December 2020

I is sentap

          Ok, nak rant sikit pagi - pagi ni and op coz saya rasa takde sapa di kalangan kawan-kawan saya yang tau blog saya ni (but haters tau), maybe haters dah stop skodeng kot. But this is not about them. Ini pasal kawan saya

          Ok macam ni, saya ada satu group whatssap bersama kawan - kawan yang share the same interest, and kami memang lah rapat. But one day I found out salah seorang daripada mereka ni, berbual pasal satu kenyataan saya di luar group. Dia screen shot my statement di Group A (we both in this group), and bawa ke Group B (saya tiada dalam tu), but saya ada kawan dalam tu

          Group A adalah group my ps yang saya pernah beli ProCook. And kebetulan ps tu adalah kawan kepada adik sahabat baik saya. Saya suka service dia, so dalam group tu, saya suka "racun" orang untuk beli bila dia up sale. Well actually saya macam nak bantu juga la bila saya beri testimoni sendiri, so orang lain akan rasa benda tu bagus untuk dibeli

          So nak dijadikan cerita, ps up pasal periuk cast iron. And masa ni saya dah guna ci for few months, so memang based on experience, memang bila kita masak certain masakan akan lagi berasa. Like kalau guna garam, gula, asam jawa, kena hati-hati. Ye lah biasanya kita boleh agak kan banyak mana, tapi bila guna ci, saya pernah few times guna dalam kuantiti yg sama, tapi termasin lah...termanis la...so saya beritahu la perbezaan tu

          And my statement kena ss untuk dibawa ke group B. For what? Tak tahu. Maybe la tak semua setuju dengan my statement tu, tapi bila kawan kau yang punya statement, tak payahlah bercerita kat tempat lain...Dah la ss siap terpampang nama dan nombor aku, Group B tu pula semua kenal aku, but aku je tak join. 

          And ada la sis dalam Group A tu tak setuju my statement katanya dia rasa sama je. Fine maybe dia rasa sama and tak setuju. But motif kawan aku pi ss statement aku??? Memang saya terasa sangat sebab saya tak percaya la kawan saya boleh buat benda ss ni bawa ke tempat lain. Kawan saya agree dengan statement sis ni...I don't expect semua orang setuju dengan pernyataan saya, tapi being a friend, kalau tak setuju, tak payah up kat tempat lain. Eh kalau bukan rapat aku tak kisah. Bila acah-acah baik depan, belakang nak bergosip, sumpah aku terasa

          Ntahlah maybe benda ni normal je, saya je yang terasa. Just saying la kan nak mengata aku, make sure tak sampai kat aku. Kalau sampai kat aku, memang aku tak layan dah. Eh tapi aku tak layan pun...Bukan orang kisah. Kikiki...

          And I decided untuk jauhkan diri daripada mereka. Takpelah I pun bukan sapa-sapa kan...From now, I gerak solo je

My Cast Iron Casserole - The Pioneer Woman

           Semalam nama saya naik kat kaunter parcel. Agak confuse sebab rasanya takde beli apa-apa dah. So bila ambil, tengok kotak package berbunga rasa hati, seperti mana berbunganya periuk ku ini

The Pioneer Woman Cast Iron Casserole Dish 5qt Vintage Floral

           Antara alternatif to Le Creuset adalah brand The Pioneer Woman ni la. Lebih murah, kualiti dia padan ler dengan harga dia kan. Jangan bayar harga The Pioneer Woman, expect nak kualiti Le Creuset. Sesah kang...

- Diperbuat daripada besi tuang enamel (enamel cast iron). Kelebihan cast iron ialah  
  ia mengagihkan haba secara sekata
- Knob logam menampilkan pattern flower embossed yang cantik 
- Menampilkan design floral yang cantik
- Self basting spikes pada lid mengagihkan wap sekata ke semua bahagian, memastikan          masakan kekal moist and juicy 
- Selamat digunakan pada dapur gas, elektrik, halogen, vitroceramic dan induksi, dalam          ketuhar.
- Versatile (dari dapur terus ke meja)
- Hand wash (no diswasher)




inner sand ye

     

          Sebenarnya, saya beli 3 beradik. Lagi 2 tu plain size 5qt warna merah & Vintage Floral size 3qt. Kalau x silap 3qt ni size 2.8L around 20-21cm, manakala 5qt tu 4.7L around 24-25cm

          Nak masak apa la hari ni ya?

Gadget PKP/MCO - Cast Iron Casserole

 


         Jeng...jeng...jeng...Part 2 kisah kitchen gadget MCO hari tu. Alhamdulillah. Bertahun-tahun mengidam Le Creuset tu, tahun ni baru ada rezeki nak beli. Tu pun semua bayar ansuran tak lah rasa ralat nak keluar sedebuk...

          Kiri 5 biji warna pink purple tu Le Creuset. Yang merah atas dapur tu ProCook & yg kanan sekali merah tu Staub. Kalau ikut, ProCook tu kira yang pertama saya order, tapi sementara tunggu sampai Msia, sempat beli Staub dan Le Creuset Marmite purple tu. Coming soon The Pioneer Woman 3 ketul ni Insya Allah December ni sampai kot (matilanak kena bebel dengan Tuan Ihsan)

          Saya rasa wajib ada satu periuk besi ni. Tak kisahlah brand apa pun yang murah-murah pun takpe, sebab somehow rasa masakan tu "naik" tau, especially yang guna rempah macam kari, asam pedas rempah...Jangan la ayam masak kicap je then komplen takde beza. Hahaha. Takdelah nak kata kena beli Le Creuset. Banyak lagi brand yang mampu milik. Kat Lazada ada satu brand Carote pun ok dah dalam RM189 kot. Tunggu Lazada Sale, dapat la voucher so murah sikit.

          Ok, sapa nak survey this periuks, boleh tengok sini ya :

          Le Creuset - Atie Mokhtar, RNS Branded, ig @LuxuryKitchen4u

          ProCook - Farizah Zin

          The Pioneer Woman - Mazlina (aku la tu) 

            Staub tu boleh tengok these ps pun ada jual Staub


          

Wednesday, 2 December 2020

Siri Seram Maz - Hantu Susuk

Siri Seram Maz #5 Hantu Susuk

Sejak semalam kecoh pasal kes ketum mengetum... eh ketuk mengetuk. Teringat kisah yang aku alami masa kecoh satu Malaya pasal hantu susuk akak hantu purdah (eh sama ke?)
Ada 3 kisah yang berlaku masa ni so aku cerita ni, kisah dia tak lah bersambung cuma berlaku dalam masa yang sama
Masa orang kecoh² pasal hantu susuk ni memang aku rasa macam kena insomnia. Tak boleh tidur la sungguh bila malam takut je. Aku tak ingat excat year, tapi masa ni aku sekolah rendah lagi


Kisah 1

Ada rumors pasal hantu susuk ni konon dia akan datang waktu siang ke rumah tanya ada anak dara ke dalam rumah sebab konon dia nak bagi produk kecantikan untuk test. Katanya dia naik kancil (warna apa aku tak ingat). Dan satu hari, memang ada sorang pompuan naik kancil datang rumah nak bagi sample produk kecantikan (aku rasa macam sabun Lux). Aku tak sure la dia tanya apa kat mak tapi mak macam tak mau la. 

Then few weeks lepas tu, Lux launch produk baru model Erra Fazira. Aku rasa produk tu dah. Hahaha...terus menyesal


Kisah 2

Ada satu hari, ada orang meninggal kat kampung tu, so mak & abah pun pergi ziarah. Diaorang naik motor. Masa tu hanya aku dengan adik je yang ada kat rumah. Mak kata nak pergi sekejap je... Tapi tunggu punya tunggu, mak tak balik sedangkan jam dah dekat 6 lebih. 

Aku ngan adik pun ntah apa sengal kitaorang tunggu tepi jalan konon kalau hantu datang senang nak lari . Then daripada jauh nampak susuk tubuh sorang wanita berjalan...Kitaorang punya la takut rasa berpeluh dah. Aku memang nak nagis dah la. Bayangkan masa ni sekolah rendah lagi apa je yang aku boleh buat kan (pembetulan : bukan sekolah rendah, tapi memang x ingat form berapa) 

Bila susuk tubuh tu makin dekat, barulah nampak MAK. La rupanya dia nak balik dulu tak nak tunggu abah so dia jalan kaki balik. Fuh...Nasib tak pengsan tepi jalan


Siri 3
Yang ni aku rasa paling seram dan misteri aku tak tau apa and sapa sebab kalau logik akal, memang tak logik

Ok ada satu malam tu aku dah tidur dan aku rasa around 2-3 pagi dah masa tu (aku tak sure juga la sebab takde jam dalam bilik). Aku terjaga dan terdengar orang perempuan bagi salam, tapi betul memang dengar hujung je macam "kum" je. Loud and clear.

Aku terdiam dan cuba pasang telinga dan sekali lagi aku dengar "kum" dari laman rumah. Aku punya takut terfikir nak bangun bagitau mak ke or nak buat² tak tau. Aku takut sampai tertidur balik... Maybe aku mimpi je kot. Umpama mimpi dalam mimpi. Sumpah aku rasa macam real dah tapi tak logik sapa datang malam² kan. Kalau jiran, sure dah panggil nama abah kan

Mujur aku tak tanya "Maznah ke tu?" Sorry tak seram. Yang seram kalau kau jumpa hantu tu, which aku bersyukur aku tak jumpa



Gambar sekadar hiasan

Tuesday, 1 December 2020

Gadget PKP/MCO - Thermomix

          Rugi pula rasanya masa PKP tak update blog...Banyak masa terluang bila WFH. Skang ni jangan haraplah nak WFH. Bagi pun macam tak bagi je. So kerja macam biasa je lah. Dah kerja baru rasa nak bagi blog meriah.

          Tahun ni adalah tahun paling banyak saya beli (read invest) in kitchen gadget. Adoi mentang-mentang la bank bagi moratorium 6 bulan kan. Last-last yang saving berapa je. Eh...Tapi ada la

          Bila gov announce je kena MCO, benda pertama yang saya terfikir ialah Thermomix 6. Dah lama mengusya tapi rasa takde keperluan. Bila kena WFH, maka keperluan itu datang. Alhamdulillah. Sangat membantu di dapur

My Thermomix 6

          Harga TM6 masa saya beli ni RM6988. Saya deposit RM3000, selebihnya saya bayar secara ansuran selama 6 bulan. Alhamdulillah dah habis bayar. Lega sangat bila ada TM6 di dapur sebab saya tak kalut nak masak-masak. Plus sekarang pun bila penat kena masak dinner pun tak lah terasa. Sambil masak, sambil duduk je observe dia buat kerja. 

Fungsi-fungsi TM6

          
          
          Saya masih dok belajar guna macam sesetengah fungsi tu belum sempat pun nak try lagi. Sekarang jarang-jarang guna, tapi kalau saya penat or nak masak cepat, memang guna ni je senang...

         Of coz ada perbezaan pada tekstur kalau nasi goreng tu sesetengah orang dia kata tak ngam goreng dalam ni. Well...depends lah kalau time sibuk/penat nak komplen lagi ke kalau orang dah tolong masak kan...Makan sajalah

          Ok if anyone nak tau pasal TM6 ni maybe boleh contact TM Advisor Wydiana Ali ya. Esok saya tulis pasal gadget lain yang dibeli masa MCO hari tu

         


NORWEX Lagi

           


Mazlina Binti Mat Rabi
ID : 2047602
Norwex Independent Sales Consultant

          This is so not me. Lol...Terjebak secara tak sengaja. And I masih rank consultant. Because I tak focus sangat cari downline. I lebih kepada nak share produk yang bagus ni. Uols nak join or nak beli ke...Tak nak ke...No problem. I dah approved produk ni lepas try sendiri hari tu. Best sangat. Part lap dapur tu memang win. Pakai air je

          Tapi, kalau uols nak join and nak pulun, don't worry sebab dalam team nanti memang kitaorang akan guide uols ikut pada uols punya speed. Kalau speed I, memang santai sangat. Kitaorang takde nak push uols buat sale ke apa ke...Tapi kan, dalam pada lepak ni, I dah dapat 3 gifts tau from Norwex


Gifts sebab Close party and hit 60 Days Fresh Start Programme 


          For close party tu I dapat Counter Cloth (pack of 3) & Silicon Food Storage (set of 2), manakala Dish Cloth (pack of 2) & UPP Laundry Detergent 250g sebab dapat 4 EC yang beli dengan minimum RM150 above

          And I actually dah dapat Norwex Starter Wet Mop System (1 telescopic mop handle + 1 mop base + 1 wet mop pad) bernilai RM390. Alhamdulillah. Serius dulu ingatkan tak mampu beli Mop dia. I dah siap beli E-Cloth punya handle konon nanti beli Mop Pad Norwex je. Alhamdulillah, last minute Allah bantu I cukupkan EC I

          So if uols pun nak santai-santai sambil collect free gifts ni, roger I. Kita gerak sama-sama kayh. And Insya Allah dengan I, takde overclaimed yang bukan-bukan so customers tak lah pandang kita semacam je... 


Click link ni ya www.wasap.my/+60195541106/NorwexConsultant.

For yang nak beli di website, boleh check my website https://mazlina4443.norwex.my/en_MY/
          


Tuesday, 24 November 2020

Isu Al-Hambra Van Cleef & Jawapan Pihak Mufti Selangor

          Wah dah lama nak menulis pasal ni tapi tak berkesempatan...Oklah so today sis nak post pasal isu barang kemas Al-Hambra Van Cleef yang dikatakan menyerupai salib, kemudian dikatakan serupa 4 Leaves Clover

          Hari tu kecoh pasal ni kan. Kalau nak tulis panjang lebar sangat. Dan ramailah yang jadi ustaz ustazah di Facebook. Tak kurang juga ustaz - ustaz celebrity beri pandangan pasal ni. 

Van Cleef Al-Hambra



          Salib? 4 Leaves Clover? Ahahaha jawapan yang paling tepat adalah QUATREFOIL, which is salah satu bentuk geometri ye. Tapi Van Cleef mendapat ilham untuk menjadikan motif ni sebagai salah satu rekaannya based on pattern ni yang terdapat di Istana Al-Hambra. Korang boleh Google ye pasal Al-Hambra Van Cleef ni. 


Geometry Shape


          Ok, saya berpendapat bk ni tidak menyerupai salib dan tidak menyerupai 4 leaves clover, ia berbentuk Quatrefoil seperti yang dinyatakan, tetapi ada kawan-kawan FB yang tidak bersetuju dengan saya, lebih-lebih lagi bila ada ustaz celebrity yang mengeluarkan pandangan beliau. Saya tidaklah rasa pandangan beliau salah, cuma dalam konteks ni, kita kena lihat pada keseluruhan kisah di sebalik idea bk tu


          So being me, saya emelkan persoalan ini kepada soaljawab@muftiselangor.gov.my. Dan inilah jawapan mereka




          So, kepada yang ada barang kemas with this motif, boleh pakai ye. Takde masalah. Kalau ragu - ragu, boleh pos kat kayh 😅



          

Tuesday, 3 November 2020

Emas. Penting ke?

         

Sumber Google

     Tajuk poyo macam la banyak sangat emas kan...Hahaha. Ok kisahnya camni...Kan betwen April-September, kita dapat moratorium. Eh tak tau la kot korang tak ambil, sebab saya ambil. Konon nak menyimpan semua. Last2 habis juga. Eh takdelah kita simpan juga cuma tak banyak

     Rasanya separuh daripada moratorium saya habiskan untuk gadget dapur. Investment juga ni bagi saya. Sebab kerja jadi lebih mudah dengan adanya few assistants kat dapur. Puas hati juga at least untuk family kan. Sampailah dua bulan lepas, baru terjebak beli emas. Aduh...Berhantu rupanya emas ni. Selagi tak dapat selagi tu la asyik mengintai.

     Pulut dakap, roti bun, biskut tawar, panadol...Segala jenis lah design keluar. Masa mula-mula MCO, harga emas naik kan...Maybe sebab ada permintaan terhadap emas ni. Ye lah orang yang ada duit, mungkin tak dapat nak invest stocks kan sebab pasaran tak menentu so maybe diaorang invest dalam emas dan menyebabkan harga emas naik selaras dengan permintaan

     Saya kan...Memang tak minat emas. Ada tu ada la juga hadiah suami masa kawin dan juga hadiah kawin dari mak saya. Yang beli...rasanya bangle je kot. Hahaha...So kebetulan rl kawin putus, saya pun plan nak trade in ambil lain. 

     Dan menyesal arr. Bila dah start beli, mulalah gigih cari yang lain. Duit tak banyak tapi nafsu lebih. Mak kata takpe sebab emas boleh pajak masak sesak. Baiklah mak...So from biskut tawar, pulut dakap rerama, coco...Terbeli la juga, Gigih tau jual mana boleh jual sebab nak kumpul dana

     Maybe dah almost 40 ni, minat pun dah bertukar. Tak mo beli handbag ke jam ke apa ke...Bokitta pun saya dah letgo oldies yang tak pakai. Dapat around 4k tukar dengan pulut dakap rerama. Hahaha...Nekad dah pasni duit business tu, daripada habis tak ketahuan baik beli cincin emas kan...

     Speaking of cincin emas, today tunggu cincin sekut tawar sampai. Yay...

Saturday, 31 October 2020

NORWEX pulak

Saya kan jarang terjebak produk - produk MLM ni sebab personally saya rasa produk biasa je tapi overrated. Macam essential oil, pressure cooker, steam iron. Hahaha (mampuih la). TAPI...Last week saya memberanikan diri order Norwex yang tengah viral ni. Reason, sebab sejak PKP memang banyak lepak dapur. Sampai sekarang lepak dapur je most of the time. So my dapur wajib kemas and bersih


Enviro Cloth, Counter Cloth & Kitchen Cloth

          So after terima je, ku jalankan operasi kat dapur. Wah kagum dengan performance Enviro Cloth dia. Saya guna air je tau dengan Enviro Cloth ni. Takde cleaning products yang lain

Enviro Cloth + Air je. Kagum kan


Enviro Cloth + Air je 



          Lantai dapur yang di lap guna Enviro Cloth + air. Wah hasilnya sama dengan guna Fabulaso. Cuma takde bau wangi je la

          Apa lagi kan next day terus register sebagai consultant. Hahaha sapa sangka ada product MLM yang not overrated, tapi memang berkesan

          So if uols yang concern kebersihan dapur kan, jom try kain lap Norwex ni. Gerenti puas hati, Insya Allah


Kelebihan Norwex
Norwex Microfibre boleh hilangkan kotoran daripada permukaan dengan guna air je (different cloth for different surface)
Kain Microfibre yang sangat halus (1/200 dari ukuran rambut manusia). Boleh perangkap habuk halus yang kain biasa tak boleh.
BacLock dalam kain (agent micro-silver antibakteria) mempunyai fungsi “self-cleaning”.
Boleh membersihkan semua permukaan termasuk bilik mandi - paip, sink, bath tub, tandas dan lain-lain), dinding, tingkap, lantai, kenderaan, mainan, peralatan dapur, perabot luar dan dalam rumah
Warranty up to 2 years


Siapa yg patut ada kain Norwex ni?
Those yang nak amalkan healthier lifestyle serta yang concern untuk greener planet untuk generasi akan datang
Yang mempunyai masalah kulit sensitif, sebab untuk bersihkan hanya guna kain lap norwex + air je
So yang berminat untuk product consultation boleh wa 

www.wasap.my/+60195541106/Norwex
Mazlina Binti Mat Rabi
ID : 2047602
Norwex Independent Sales Consultant
#teamclothium

Towards a better, greener future

Friday, 30 October 2020

Setahun tak update

          Hi korang. Hahaha sapa je la baca blog aku kan. Ok saya masih aktif online cuma tak sempat nak blog. Gilalah cukup setahun baru nak update kan. Ok takde apa yang nak update pun tapi in case ada mommies yang interested dengan baby carrier rental services, boleh wa saya ya www.wasap.my/+60195541106/sscrental



          Promo ni sampai 31 Dec 2020 eh. Ada pelbagai size from newborn to preshool

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...