Thursday, 11 June 2015

Price Comment Is Very Rude

          Korang....Pernah tak korang beli sesuatu barang yang korang idam-idamkan dan boleh tahan mahal harganya? Masa dapat barang tu, korang rasa nak peluk cium kalau boleh nak bawa tidur sekali. Tapi kemudian ada di antara kawan-kawan korang yang mengeluarkan komen "eh...mahalnya". Saya nak tanya apa perasaan korang ya?

          Kalau korang tanya perasaan saya, sumpah saya rasa nak penampar je kawan tu. People, price comment is very rude ya. Kalau korang selalu masuk mana-mana group buy/sell/trade, salah satu rule yang ada adalah no comment on price in public. Serius price comment adalah biadap.

          Kalau yang komen tu adalah ahli keluarga kita, ok no problem sebab kebanyakkannya concern on how we spend our money (in my case -  my mom selalu komen kalau saya beli barang yang terlebih sikit harganya). Tapi kalau kawan yang tak berapa nak baik bagi komen cenggitu, memang tak boleh blah kan. Sebab saya selalu fikir duit saya adalah hak saya takde sapa-sapa yang layak nak bagitahu macam mana saya nak belanjakan duit saya. Sebab bukan depa yang bagi saya duit, dan bukan depa yang saya akan pinjam duit kalau saya susah (dan confirm depa tak kan bagi pinjam kalau saya minta pun), so tak payah nak susah hati tengok saya beli apa dan harga apa...

          Sorry, saya bukan berlagak. Saya tak membeli sangat pun, cuma kadang-kadang adalah 2-3 barang yang mahal sikit. Ala...sikit je pun. Orang lain beli lagi mahal kot. Tapi saya geram bila saya selalu dapat price comment macam" eh...mahalnya", "mahal la Maz" or "baik makan daripada membazir" (serius masa taip ni terbayang muka insan yang berkata-kata sedemikian).

          So tolong ya...Kita tak layak nak komen kat orang macam mana orang nak belanjakan duit dia, melainkan dia menyusahkan kita. Dan Insya Allah the person will be the last person on earth I'll turn on if I have money problem...

          Pufft...APTB

Tuesday, 9 June 2015

Alamak...Aku ada haters ke?

          La hai...Hari ni saya ambil keputusan untuk cuti sambil berehat. Memang berehat betul langsung tak buat kerja rumah (mati la kena bebel dengan hubby)...

          Pagi tadi saya post barang-barang tropika baby untuk sahabat saya yang dah cuti bersalin. Balik tu saya baring-baring sambil main coc. Alangkah heavennya sebab budak-budal semua hantar kat rumah pengasuh. Memang saya nak rehat puas-puas esok baru saya nak kemas rumah.

           Sambil-sambil main coc, saya buka la emel dan check folder spam. Tu dia ada juga la anon yg komen macam bagus kat blog saya. Saya nak tergelak kuat-kuat tadi sebab blog bodoh-bodoh pun ada orang ambil port ek. Sukati ko la labu...

          Yang tak best, dear anon tak best la komen post saya tapi tak guna google id. Ada plak pakai anon je serious tak gentlewoman (err...lelaki tak baca kot blog picisan macam ni). Terus saya mark comment as spam. Tak kose nak layan keyboard warrior...

          Dah...Nak pi ambil anak-anak and round pasar malam sekali... Bubye !

Sunday, 7 June 2015

Kokadi Flip (Erna in Wunderland)



Akhirnya....dapat juga kkd flip erna in wunderland ni. Kan hari tu ada pre-order mr wunderland saiz baby from Baby Pot. Tapi ada problem shipping so seller tanya nak proceed or nak kensel. Saya kensel konon sebab dah terbeli yang lain. Sekali nampak kat MBW FSOT ada preluv dgn harga yg sangat ok. So terus la beli

Previous owner ni sangatlah baik sebab dia pos kan dulu flip ni sebelum full payment. Berani kan. Kalau saya mesti tak berani. Alhamdulillah berjaya bank in full amount sebelum flip sampai.

Mula-mula pakai peram dulu sebab takut en hubby sound (5 hari sebelum tu baru habis buat payment utk mr wunderland saiz toddler from Happy Fluffy).

Personally saya rasa saya lebih suka Tula and Lenny Lamb berbanding flip untuk saiz standard.Saya pun tak tahu kenapa bila saya  pakai flip toddler untuk Qai, saya rasa ok pula. Adakah sebab Aliyah tak memberi kerjasama masa test drive? So far saya rasa Aliyah paling selesa dalam Tula wc, manakalah Qai dalam Kinderpack...

Tapi untuk jual balik maybe bukan dlm masa terdekat ni kot. Hehehe...Sebab saya dah nekad saya nak kumpul ssc from different brand. Maybe bila dah berhenti beranak baru saya nak jual semua kot.



Apsal muka saya nampak pelik je? Ok... Ssc ni mmg cun, dan sejuk je tak panas sebab ni wcssc kan. Tapi maybe tadi saya nak cepat so saya tak set betul-betul. Masa pakai tu rasa macam sakit bahu. Sebelum ni saya pakai ok je tak rasa sakit pun. Maybe sebab nak cepat tadi kot.

Honestly, kalau ada RM6++.++ dan nak cari wcssc, saya cadangkan Lenny Lamb kot. Design dia lebih sedap pada saya. Tapi tu la kan, ssc ni tengok juga pada struktur badan si pemakai. So sebelum beli, adalah dinasihatkan untuk test drive dulu. Melainkan anda ada 'penyakit' mcm saya so tak leh nak kata apa lah kan

Jika berminat untuk melihat rental list boleh click SINI

Monday, 1 June 2015

Review HandbagSpa by Fabricare Laundry

          Bila tengok handbag yang ada dah mula kotor, mulalah buat perangai nak beli seketul handbag baru. Sebab dah biasa dengan persepsi kotor = buruk. Tak caya, cer tengok kereta sendiri. Kalau kotor tu nampak macam kereta buruk kan. Kalau baru lepas polish tu, kancil pun dah nampak macam ritz.

          Tapi keadaan kewangan sangatlah tidak mengizinkan sebab anak dah 3 orang. Lagipun sekarang kalau ada duit lebih-lebih, mesti nak usya ssc dulu. Hihihi penyakit betul la. Tapi Insya Allah dah nak stop kot penyakit ni...

          Tetiba saya teringat kat sorang sis ni. If tak salah dulu selalu gak nampak dia dalam group Fareeda (time gila tudung Fareeda dulu). Masa tu dah tahu sis ni ada handbag spa, tapi saya tak pernah try. So bila tengok handbag yang sudah nampak buruk itu, datang idea nak hantar kat sis ni.

          Sorry lupa nak snap gambar sebelum. Ni selepas keluar spa (selepas terima balik melalui pos). Umur beg ni dah nak masuk 3 thn. Sebab beli masa mengandungkan Qai dulu. Memang puas hatilah sebab memang nampak macam baru beli.



Tak caya? Nah...tengok close up pic


Tak caya lagi? Nak tengok bahagian dalam beg. Sebelum hantar ada lah parut-parut marker pen, susu anak, gincu. Selepas hantar yang tinggal adalah kesan marker saja. Tu pun dah pudar cuma tak boleh nak hilang semua. Marker memang payah nak hilang kan...



Tak caya lagi? Nak tengok part bontot handbag. Biasa part ni yang paling kotor kan...


Tak caya lagi??? Nah...Pi hantar sendiri tengok puas hati ke tak...



          Harga ikut tahap kekotoran, tapi saya rasa masih murah berbanding korang hantar kat butik (member saya pernah tanya Butik Coach diaorang charge RM200. Saya tak tahu sebab tak pernah hantar)

          So selamatlah duit saya sebab lepas ni saya nak hantar spa je. Tak nak beli handbag baru selagi handle handbag tak tertanggal or handbag koyak

Allah jadikan sesuatu dengan sebab....

          Last week saya balik rumah mak mertua. Sebenarnya tak plan nak balik pun, tapi hubby ajak balik nak tengok anak Alang, so kemas apa-apa yang patut terus cabut ke Kota Warisan...Alamak lupa nak snap pic baby. Sebenarnya bukan lupa tapi sengaja tak snap. Manalah tahu kan kut mak baby tak suka pic anak dia masuk blog aku sebab belum cukup 40 hari (ada terbaca kat fb tak elok upload gambar bayi bawah 40 hari, walaupun ada komen from ustaz yang kata takde apa pun benda ni)

          Kesian pula saya tengok wife Alang yang bersalin ceaser. Walaupun adik saya pernah juga bersalin secara ceaser, tapi masa tu saya tak perasan sangat macam mana kepayahan dia. Maybe sebab masa melawat adik tu dia dah kuat kot. Wife Alang baru keluar hospital 3 hari bila saya melawat. Memang nampak kesakitan dan kepayahan dia. 

          Pastu kan...masa nak tidur tetiba terfikir betapa bernasib baiknya saya ni dapat bersalinkan ketiga-tiga puteri saya secara normal. Memang la sakit masa contraction, tapi lepas 2-3 hari dah ok...takde la sakit walaupun ngilu kat miss v tu masih terasa. Dan mungkin Allah tahu tiada siapa nak jaga saya sebaik mungkin (except my mom la kan), sebab tu Allah izinkan saya beranak secara normal supaya saya boleh jaga diri sendiri dan anak-anak selepas bersalin. 

          Tak dapat nak bayangkan kalau saya bersalin secara ceaser. Mesti saya tensen bila saya nak kena kejutkan suami untuk bantu saya tukar pampers dan buat susu anak-anak (hubby tido mati). Lepas tu hubby saya selalu outstation kerana tuntutan kerja. Kalau saya ceaser, sapa la nak jaga saya kan. Nak stay kampung lama-lama payah pula sebab hubby tak nak jauh ngan saya dan anak (ok...ni tipu sebenarnya hubby tak nak jauh ngan anak dia je lama-lama :) sebab tu saya pantang kat kampung 2 minggu je. Baki tu saya dah stay rumah sendiri. 

          Kalau dah duduk rumah sendiri, takde maknanya nak pantang lah ka...Tengok baju kat bakul berlonggok-longgok mesti nak basuh, pastu mesti nak kena jemur, dah kering nak kena lipat. Kalau lapar, kena masak sendiri sebab office jauh dengan rumah. Tengok rumah berdebu, kena vaccum. Haish... 

          Betul lah Allah tak kan jadikan sesuatu tanpa sebab. Perkara paling kecil atau besar mana pun berlaku mesti ada sebab kan... 

Friday, 29 May 2015

Luahan perasaan yang tak terluah...

          Tetiba rasa nak rant tentang sesuatu yang telah menganggu saja sejak beberapa minggu lepas. Apa perasaan korang eh kalau tiba-tiba rasa dipinggirkan? Rasa bengang? Geram? Marah? Or malas nak amik port?

          Saya nak jawab yang last tu malas nak amik port, tapi nak rant kat sini la. Benda kalau dah start terasa tu, mesti bersangkut-sangkut kan...Benda ni kecil je pun, tapi bila kita tak buat kat orang, kita akan rasa bengang bila orang buat kat kita kan...

          Ok, kat ofis ada la kitaorang main KUTU. So dah habis turn nak start kutu baru. Saya bengang sebab masa kutu lama tu, saya yang handle. Bila nak cabut undi, semua orang request kena semua orang ada baru cabut. Ok la to be fare and square kan...Tiba-tiba kutu baru ni, boleh kan orang decide, dan cabut on behalf of saya. Geram gak la kan...

          Then, ada sekali kawan-kawan yang selalu lepak...makan sekali tiba-tiba pergi lunch tanpa tanya pun kan. Skang ada whatssap kot. Dan saya memang sentiasa on broadband ni semua orang tau. Tak boleh tanya dengan whatssap ke? Or memang sengaja tak nak ajak kan tak tau lah...

          Then, saya rasa geram sangat sebab pernah sekali this person tarik muka just kerana saya bagi nama untuk pergi kursus sorang-sorang...Tapi lately saya terkena bila diaorang ramai-ramai decide untuk pergi ke satu event, and I'm the last person to know. Huhuhu...Memang ler saya dapat join sebab saya bagi nama pada person yang in charge tu.

          Ntahla. Saya kena muhasabah diri balik maybe ada perbuatan saya yang membuatkan ramai orang decide nak pinggirkan saya. Or just buat bodoh je.

          I guess I prefer the 2nd choice. Maybe it's time to move by lone ranger

Wednesday, 27 May 2015

IKLAN - Asadel Babywearing Class


          Ada sapa-sapa berminat ke nak pergi babywearing class? Boleh contact owner Asadel Babywearing seperti dalam iklan di bawah





♥<3Kami berbesar hati ingin mengumumkan bahawa Asadel Babywearing dengan kerjasama bersama Jom Gendong akan mengadakan Babywearing Class pada tarikh dan masa seperti di bawah:

Tarikh: 7 Jun 2015(Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Instructor: Pn Norashida (Jom Gendong)
Bayaran : Rm 70 per person @ Rm 100 per couple

Tempat adalah terhad. 

Jom pm/whatsapp 0124840477 untuk pendaftaran dan pertanyaan.

Saturday, 23 May 2015

Saturday Stash Shot


          Rasa-rasa sejak baby lahir, tiap2 bulan saya "terbeli" carrier baru. Baru-baru ni hubby pergi meeting kat BB Salak Tinggi, so ambil peluang belek semua carrier saya satu-satu...

          Setakat ni saya ada 4 tula (2 kanvas, 2 wrap conversion), 2 Jumpsac, 2 Lenny Lamb, Kinderpack dan Kokadi Flip. Cuma satu lagi on d way iaitu Madame GooGoo...Gilalah. Entah bila nak pakai...Takpelah gilir-gilir pakai sebulan satu. Sebab tu saya sewakan sebahagian carrier ni. Setakat ni ada juga la yang sewa. Paling famous adalah Lenny Lamb Bubo Owls Red tu.

          Ok, cukup dah kot. Insya Allah next time maybe nak tambah Wompat, Sleppy Nico, Connecta...



Agak-agak sesak up kat fsot ok gak ni...Lepas la nak belanja 3-4 bulan kot

Wednesday, 13 May 2015

Baby Carrier For Rental


          Saya menawarkan perkhidmatan sewa baby carrier (ergonomic soft structure carrier) untuk sesiapa yang nak travel atau test drive sebelum beli (setakat cuba-cuba kat kedai beberapa minit untuk sesetengah orang tak cukup kan :) . So nak puaskan hati atau try betul-betul sebelum beli boleh la sewa daripada saya

          Baby carrier yang ditawarkan adalah seperti gambar di bawah :







NUMBER : 2
Brand Snuggbaby Stork (Blues Bird)
Size : Baby (4 months - 2 years old)
Measurement :
Deposit RM150 to be deducted for
Rental fees : RM30/1 week OR RM50/2 weeks
Postage fees RM10 (WM) RM15 (WM) OR can self pick up area Tanjong Malim/Slim River
Cleaning feesRM10

NUMBER : 3
Brand Jumpsac (Bicycledelic)
Size : Baby (4 months - 2 years old)
Measurement : 14" height x 13" wide
Deposit RM150 to be deducted for
Rental fees : RM30/1 week OR RM50/2 weeks
Postage fees RM10 (WM) RM15 (WM) OR can self pick up area Tanjong Malim/Slim River
Cleaning feesRM10

NUMBER : 4
Brand Tula (Spotted Love)
Size : Standard (4 months  - 2 years old)
Measurement : 15.5" height x 14.5" wide
Deposit : RM300 to be deducted for
Rental fees : RM30/1 week OR RM50/2 weeks
Postage fees RM10 (WM) RM15 (WM) OR can self pick up area Tanjong Malim/Slim River
Cleaning feesRM10

NUMBER : 5
Brand : Lenny Lamb (Bubo Owls Red)
Size : Standard  (4 months - 1.5 years old)
Measurement : 15.8" height x 13.8" wide
Deposit : RM300 to be deducted for
Rental fees RM30/1 week OR RM50/2 weeks
Postage fees : RM10 (WM) RM15 (WM) OR can self pick up area Tanjong Malim/Slim River
Cleaning feesRM10

NUMBER : 6
Brand : Kokadi Flip (Erna in Wunderland)
Size : Toddler (1 year old - 2 years old)
Measurement : 16.5"height x 13.5"width
Deposit : RM350 to be deducted for
Rental fees : RM30/1 week OR RM50/2 weeks
Postage fees : RM10 (WM) RM15 (WM) OR can self pick up area Tanjong Malim/Slim River
Cleaning feesRM10

NUMBER : 7
Brand : Kinderpack (Sparrow Song)
Size : Standard (1 year - 2.5 years old)
Measurement : 16" height x 17" wide
Deposit RM400 to be deducted for
Rental fees RM30/1 week OR RM50/2 weeks
Postage fees RM10 (WM) RM15 (WM) OR can self pick up area Tanjong Malim/Slim River
Cleaning feesRM10

NUMBER: 8
Brand : Jumpsac (Elmo & Friends)
Size Toddler (1.5 years old - 3 years old)
Measurement : 18" height x 18" wide
Deposit : RM150 to be deducted for
Rental fees : RM30/1 week OR RM50/2 weeks
Postage fees : RM10 (WM) RM15 (WM) OR can self pick up area Tanjong Malim/Slim River
Cleaning feesRM10

NUMBER : 9
Brand : Tula (Polka Dance)
Size : Toddler (2 years old - 3 years old)
Measurement : 18" height x 19" wide
Deposit RM300 to be deducted for
Rental fees RM30/1 week OR RM50/2 weeks
Postage fees RM10 (WM) RM15 (WM) OR can self pick up area Tanjong Malim/Slim River
Cleaning feesRM10

NUMBER : 10
Brand : Kokadi Flip (Mr. Wunderland)
Size : Toddler (1 year old - 2.5 years old)
Measurement : 18.5"height x  15" width 
Deposit : RM300 to be deducted for
Rental fees : RM30/1 week OR RM50/2 weeks
Postage fees : RM10 (WM) RM15 (WM) OR can self pick up area Tanjong Malim/Slim River
Cleaning feesRM10

NUMBER : 11
Brand : Madame GooGoo (Hanami)
Size : Toddler (2.5 years old -3.5 years old)
Measurement : 18"height x  18" width 
Deposit : RM350 to be deducted for
Rental fees : RM30/1 week OR RM50/2 weeks
Postage fees : RM10 (WM) RM15 (WM) OR can self pick up area Tanjong Malim/Slim River
Cleaning feesRM10

NUMBER : 12
Brand : Kinderpack (Mint Julep)
Size Toddler (2.5 years old - 3.5 years old)
Measurement : 18" height x 19" wide
Deposit : RM400 to be deducted for
Rental fees : RM30/1 week OR RM50/2 weeks
Postage fees : RM10 (WM) RM15 (WM) OR can self pick up area Tanjong Malim/Slim River
Cleaning feesRM10






Penalties :
Late return : RM5/day
Damages : Starts from RM20
* Deposit will not be refund if the damage is irreparable

T & C
* Non smoking household
* No perfume
* No pets
* No cooking while using this carrier
* Do not wash the carrier as you might end up damaging it

pm/sms/whatssap Mazlina 012-4359125


ORDER FORM


Name:         
Email Address:         
Phone Number :         
Brand of Carrier :             
Size of Carrier :         
Date of Rental :         
Terima kasih kerana berminat dengan perkhidmatan kami.Selepas mengisi order form, sila tunggu emel daripada kami :)

Click here to create your own form.

Friday, 8 May 2015

Malaysia Tula Love

          Sapa dah join group ni angkat tangan? Hari tu kan beli Tula sekeping. Ada kot post kat Babyweares' Haven. Tak lama lepas tu, admin MTL add aku dlm group. Maka jadi la ahli MTL secara rasmi. MTL ni group royan tula...So sesiapa yang hantu Tula, memang boleh join group ni.

          Sejak join group ni, memang teracun dengan Tula wc. Aku baru tau tula wc ni lawa-lawa...Harga pun lawa lah sangat ada yang boleh dapat kancil tahun 99 sebijik. Tapi ada juga yg berpatutan pandai-pandai la nak tengok kat FB Tula Carriers Buy/Sell/Trade.

          Dan kalau dah namanya royan, tak sah la kalau tak teracun kan...So aku pun telan racun paraquat yang diberi. Dan hasilnya :

Half Wrap Conversion Tula Baby Carrier-Lexington Boulder

Full Wrap Conversion Tula Baby Carrier-Splendour Blossom
       
          Yang atas tu saiz toddler. Half wrap maknanya depan je wrap, belakang canvass. Yang bawah tu full, so semua bahagian adalah wrap. Yang toddler tu aku dah pakai, yang bawah seller baru post from Europe. Jangan kena tahan pak kastam lagi sudah....Serik aku

          Both ni memang aku tak jual kot. Aku akan guna sampai dah stop beranak, baru aku jual. Sebab harga yang aku beli ni bukan harga from website, tapi harga mv. Sapa yg gila tula tau la kan mcm mana harga mv.

          Ok...Aku nak pi masak maggi jap...

       

       

Sunday, 3 May 2015

Asadel Babywearing kat Tanjong Malim

          Aku kan...hari tu ada pre-order Lenny Lamb kat si Qai. Kali ni aku beli kat Asadel Babywearing. Sebab design yang aku nak cari tu adalah limited edition, dan aku hanya nampak kat asadel je yang ada.

          Pastu, aku nampak status kat fb dia pasal grand opening kedai dia kat Tanjong Malim. Aku mcm "eh, betul ke ni?' Ha...Sapa stay kat TM tau la kan apa je yang ada kat sini. Sumpah aku baca 2-3 kali. Pastu aku whatssap owner dia. Rupa-rupanya owner dia admin MTL. Kecik je dunia rupa-rupanya dekat je dia stay...Kalau tau, aku gi rumah dia test drive LL.

          2 MEI hari tu dia buat grand opening. Aku pun pergi la sebab aku target hadiah cabutan bertuah tu. Hahaha...takdelah. Sebab Kak Shida jemput aku ngan whatssap. So aku pergi sebab nak bagi support. Bukan senang kan anak melayu kita dapat buka kedai babywearing gear ni...Salute la Kak Shida.





Royan Corner - boleh test drive gear yang ada

diskaun 10%
drool pads 

ehem...ehem...ni aku pre-order

Fidella wrap dan fly tai
Encik Kambing aka Lenny Lamb
1st lucky draw winner...Rezeki anak betul

Ni Kak Shida from Jom Gendong. Lucky winner #2
Lucky winner #3
Lucky winner #4
Not lucky at all. Selfie je la
          Asadel Babywearing ni banyak sangat ssc tau. Kalau takde kat kedai tu, bukan sebab takde, tapi sebab stock tak sampai lagi. Setahu aku Asadel ni vendor Tula, Lenny Lamb, Wompat, Emeibaby,Kokadi, Fidella, Sleppynico, Onya, Rose & Rebbelion, Pellicano, Indajani, Manduca, JPMb, Little Frog, Diva Milano, Andrea, Cuddle Me and BeachFront  Baby (banyak gila). Ha pasni sumpah aku tak beli baju, handbag, kasut, aidijuma dah...Aku royan kat sini je.

          Untung orang Tanjong Malim...Slim River...Kuala Kubu Bharu. Pasni boleh walk in je...


          Aku tak tau alamat kedai dia. Tapi kalau dari Proton City, sebelah kiri akan jumpa Taman Bernam Baru. Masuk situ kedai dia deret depan. Bersebelahan dengan Pasaraya 99Mart dan dobi Mummy Laundry

          Happy shopping...and royan
   

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...