Friday, 26 October 2018

Plant Therapy Blues Buster Synergy review

Blues Buster
          One of my favorite essential oil from Plant Therapy is Blues Buster (another favorite are Honeybell and Tranquil). It's so refreshing and uplifting. It has flowery scent because of the Geranium Bourbon in it

          The Geranium could be overpowering the Tangerine & Pink Grapefruit in this blend. I'm thinking about adding some Grapefruit into it to 'cut' the Geranium scent

          This blend keeps me happy while working. Just 2 drops in my 100ml usb diffuser to keep my small working area smell really nice
          Bonus, this blend is also kid's safe, so I diffuse in the morning while my children are getting ready for school. They love the scent too.

          I definitely will buy this again. 

#newpassion #essentialoils #planttherapy #planttherapyessentialoils #planttherapyoils #essentialoilsmalaysia #iloveplanttherapy




Wednesday, 24 October 2018

Nak FREE Magic Spice by Twelve Ounces?

No automatic alt text available.

          Milk Booster Cookies 12 Ounces dah restock ya. Untuk pembelian 4 packs above, dapat FREE Magic Spice by Twelve Ounces. Harga 1 pack RM38 SAHAJA. Tahan untuk seminggu so total untuk sebulan RM152. Apalah sangat kalau nak compare dengan kos susu formula macam lagi lebih kan

Magic Spice by Twelve Ounces
So, apakah Magic Spice ni?

Jintan putih adalah rempah yang aromatik dengan rasa pahit dan bau yang suam, disebabkan oleh kandungan minyaknya yang banyak.

Name Saintifiknya Cuminum cyminum dan nama Inggerisnya Cumin, Jintan putih adalah buah kering kecil dari pokok yang berasal dari keluarga pasli. Dalam masakan Melayu, ia sering diguna bersama jintan manis.

Jintan putih digunakan dalam masakan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak.

Jintan Putih adalah makanan yg dapat menggalakkan hormon Prolaktin dan menambah susu ibu jika dimasak di dalam makanan.

Untuk mendapatkan rasa dan aroma sepenuhnya, panggang jintan putih secara perlahan dan sekejap sebelum mencampurkannya ke dalam resipi.

Sebab tu di dalam Magic Spice ni dimasukkan jintan putih, untuk menjadi penyedap makanan pantang, dan juga menambah susu. Magic spice ini sudah sedia dipanggang, dan mempunyai aroma lazat. Jadi, tak perlulah susah-susah. Terus masukkan satu sudu kedalam masakan dan gaul shj.

#milkboostermalaysia
#Magicspicebytwelveounces
#Milkboosterspice
#Milkboostermurah
#Milkboosterberkesan










Tuesday, 23 October 2018

Siri Seram Maz - Sanggul Puaka

          Bulan 8 baru ni, Cikgu Roby selaku guru tabika Qai minta dicarikan cucuk sanggul untuk Qai sebab masa perbarisan Qai kena bawa sepanduk. Oh mama was so excited okayh. Beria-beria aku survey tempat mana ada sewa cucuk sanggul. Tapi bila fikir-fikir rasa macam nak beli je since satu cucuk sanggul tu agak boleh tahan juga lah harganya, aku masuk Carousell je cari prelove. 

          Kebetulan adalah terjumpa satu sanggul lintang ni. Harga seller letak RM90 sekali pos. Ku offer RM80 seller setuju then bertukarlah tangan. Masa mula-mula sampai, memang cantik sangat aku rasa sanggul tu.

Sanggul Puaka

          Mula-mula sampai dan unboxing, memang hati aku macam ada rasa terdetik tapi tak tau sebab apa. Nak kata sebab seram pun tak, cuma sepintas lalu je la rasa sedemikian. Aku simpan dalam box sebab tak nak anak-anak main, then letak dalam stor

         Sejak hari tu, aku perasan bila aku nak buat kerja kat dapur ke....atau dalam bilik belakang nak lipat baju, aku macam rasa kadang - kadang ada kelibat melintas kat belakang. Bukan sekali dua tau tapi selalu. Kadang-kadang bila masak tu, rasa macam ada anak-anak turun dok main kat belakang tapi bila aku paling, takde pun. Tapi aku takdelah fikir apa maybe perasaan je.

          Ada satu pagi, anak-anak aku mengadu terdengar suara budak-budak ketawa dan lari di ruang tamu waktu malam. Padahal diaorang kata tv dah tutup. Berderau juga darah aku tapi aku just cakap maybe rumah depan kot diaorg main-main kat luar tapi anak aku cakap tak kan lah malam-malam orang nak main mama...Ah sudah pe benda pulak lah ni. Dalam 4-5 hari jugalah jadi sampailah aku tunjuk benda tu kat husband aku.

          Untuk pengetahuan rumah aku duduk ni ada sejarah juga. Hahaha kes ultraman. Nantilah aku cerita next time. Tapi just nak cakap, bukan kali pertama jadi cuma dah lama tak jadi, so aku taklah amik port sangat. Suatu hari, aku teringat nak tunjuk kat Tuan Ihsan sanggul tu. Bila aku buka je kotak dia tanya

"Beli from butik pengantin? Mak andam punya?"

          Mesti korang ingat tekaan beliau betul kan. Wrong! Hahaha ok sebenarnya sanggul tu memang guna untuk bersanding tapi bukanlah prelove dari butik pengantin atau mak andam. Ni aku tanya seller tu kalau dia tipu maka tipu jugalah aku. Tuan Ihsan dah rasa tak sedap hati. Oh ye lupa nak inform husband aku ni, ada la ikut kelas agama sorang ustaz di Kelantan so sejak kelas tu, dia boleh la rasa sikit-sikit kalau ada apa yang tak kena. Belum lah level nak mengubat tu. Beliau pesan simpan dulu benda tu jangan bagi anak main. Aku dah rasa tak sedap hati...

          Ok malam tu husband panggil Abang N.D aka jiran belakang aku. Abang N.D ni belajar tempat yang sama dengan husband aku, tapi dia dah senior so dah boleh tengok sikit-sikit. Aduh rupanya memang ada 'benda' kat sanggul tu. Patutlah pelik-pelik jadi dalam rumah. Diaorang cuba nak buang benda tu tapi tak dapat nak buang maybe belum level diaorang. Husband aku terniat nak bawa  benda tu jumpa ustaznya tapi memandangkan kelas beliau dlm 2-3 minggu akan datang, ko sanggup nak biarkan benda berpenunggu dalam rumah? Memang taklah. 

          Since diaorang tak boleh buang, last -last diaorang pagar je 'benda' tu supaya tak keluar dari sanggul tu, dan buang sanggul tu dalam sungai. Sungai mana aku tak pasti tapi kalau korang jumpa sanggul lintang dalam sungai, jangan ambil kayh. Sejak tu takde lah anak-anak aku dengar benda pelik-pelik tu dan aku pun dah tak nampak sangat kelibat-kelibat dalam rumah (tak nampak sangat tu...maksudnya aku masih rasa cuma tak banyak). Apo punya ayat da...Faham - faham lah ya. Nanti aku cerita pasal ni pula.

          So, apa ya agak-agaknya kat sanggul tu and sapa yang punya? Ok ada dua teori je. Satu memang mak andam punya. Maksudnya orang yang mengandam seller tu maybe ada memakai supaya bila dia mekap nampak cantik. Yang satu lagi, maybe bila sanggul tu dipakai, daun-daun tu bergeser dan menghasilkan satu bunyi tau macam besi nipis berlaga. Kalau dengar lama-lama macam asyik je. Orang tua-tua kata bunyi tu menarik perhatian makhluk halus. Wallahu'alam...

          

       
























Monday, 15 October 2018

Review - Bokitta Farfalla

     Okeh today sis nak review new release punya Bokitta yang dinamakan Farfalla collections. Sapa beli? So koleksi kali ni mengetengahkan rama-rama sebagai motif utama

Dari kiri - Bloomistic Mustard, Majestic Garden, Mural of Bordano, Itali Romance, Pink Dream dan Mystical Black

          Bagi sis, koleksi ni layak dapat 5/5 star okeh. Kenapa? Sebab semuanya cantik dan masing-masing ada peminat sendiri. Selalunya Bokitta kalau release, masing-masing berebut satu atau dua design je. Last time yang Bokitta keluarkan semua cun adalah masa raya iaitu koleksi La Vie en Rose (pokai sis beli all 10 pcs, walaupun dah jual balik 4 daripadanya)

          This time sis grab 4 pcs - Bloomistic Mustard, Majestic Garden, Italy Romance & Pink Dream. Sis pakai Voila Maxi sesuai dengan badan hok tak berapa nak kuruih ni. Sehelai dah selamat jual sebab takde chenta




          For me yang paling win adalah Italy Romance kot. Hahaha walaupun ku suka Pink Dream juga. Majestic Garden pun win. Cuma Bloomistic Mustard ku jual sebab rasa pelik di muka. Satu je kelemahan design ni inner macam kurang mantap. 

          Uols beli apa? 
          

Thursday, 11 October 2018

Siri Seram Maz - Pontianak/Langsuir?

          Kisah ni berlaku masa aku study sekitar tahun 2003. Aku kan kena repeat paper Calculus 11. Biasalah budak "pandai". Masa tu kawan-kawan aku semua dah lulus, jadi aku menumpang la kelas budak junior. Dalam kelas tu ada 6 orang senior kalau tak salah. 4 daripadanya perempuan. So yang perempuan ni memang kamcenglah kan. Satu hari tu, kitaorang decide nak buat group study. Maklumlah aku x mo pula kena repeat kali ke-3. Kang tak grad pula aku.

          Ada sorang akak ni namanya Kak Ita offer bermalam di rumah dia. So aku & kawan aku Tikah pun setuju untuk bermalam. Rumah Kak Ita ni yang best diaorg duduk bertiga je. So sorang satu bilik. And masa tu sorang housemate dia balik jadi Kak Ita suruh aku and Tikah tidur dalam satu bilik je.

          Berangkutlah aku dengan baju nak bermalam, baju nak pergi kuliah esok...Malam tu kitaorang pun buatlah group discussion. Sampai dalam pukul 2am, semua dah mengantuk. Aku pun dah mengantuk, tapi rasa nak study lagi. Si Tikah dah ajak aku tido. So aku pun bawalah buku-buku masuk dalam bilik sambil meniarap atas tilam. Aku pesan kat Tikah kalau aku tertido, jangan kejut biar je. Dalam pukul 2.30am aku tengok si Tikah dah terlena. Aku pun sambung study.

          Tiba-tiba aku rasa berat sangat kat belakang aku macam ada orang tindih atas bahu aku, tapi dalam posisi aku meniarap. Aku hanya nampak macam ada kain putih panjang kiri dan kanan aku. Aku pula cuba nak alihkan tapi memang tak boleh. Nafas aku kencang dan aku rasa peluh jantan betina semua pakat keluar. Aku cuba baca ayatul Qursi dalam hati tapi lagi aku rasa sesak nafas.

         Tiba-tiba aku teringat kalimah Auzubillah minashaitan nirajeem. Aku ulang-ulang baca kalimah tu dalam hati. Barulah aku dapat gerak-gerak badan aku. Sepantas kilat aku pusingkan badan. Guess what? Benda yang tindih aku tu dia lari tembus dinding okayh. Hanya nampak rambut & kain putih macam terbang gitu. Macam pontianak/langsuir (padahal tak pernah tengok pun). Nasib la masa aku pusing dia lari. Kalau dia tak lari dan bersemuka dengan aku? 

         Aku pun terus tutup buku, dan tarik selimut. Aku tak berani tido telentang or meniarap dah tapi terus mengiring sampai pagi. Posisi pun aku tak ubah sebab bila terjaga aku teringat-ingat benda tu. Mana tau kot dia datang balik

         Tapi aku rasa maybe sebab aku tertido dan dalam kepenatan tu aku alami fenomena sleep paralysis kot. Hahaha cuba bersangka baik ni. Tapi sumpah lepas tu kalau Kak Ita offer aku study kat rumah dia lagi, aku tak berani dah. Bila aku tanya Kak Ita kata dia tak penah kena kacau. So aku anggap maybe benda tu nak berkenalan dengan aku

          Tapi apsal kau x kacau Tikah eh?

       

Friday, 5 October 2018

Keterjebakan Terkini - Essential Oil

          Baiklah...Lepas je saya habiskan study tu, bermulalah pencarian saya untuk mencari essential oil yang berkuali dengan harga yang berpatutan. I know two brands yg famous tetapi harga nya boleh tahan. Hahaha so sebab dah tahu apa yang patut perlu jadi slash terus brand tu.

          

          Then satu hari masa terjumpalah this brand Edens Garden. So 3 hari jugalah study pasal brand ni. Price pun ok yang penting result GC-MS tu kena ada baru lah kuyakin oil tu not adulterated. Alhamdulillah ku yakin dengan brand ni terus ngorder stater kit dari Edens Garden macam pic kat bawah. Price 114.95USD. Shipping tak ingat
         
         I amik lagi satu set (create your own 12 set) sebab alang-alang shipping sekali kan. Lepas tu order amber glass bottle tu dari Shopee je. Koser nak beli brand ni punya bottle. Dasar kedekut

Tada...My first kit dari Edens Garden

          1st time unboxing, I was like 'aik apsal x wangi pon'. Lepas tu semangat lah try diffsuer. Wah bila diffuse bau dia ok la not bad. Yang penting essential oil tu sesuai dengan saya. Saya tunggu masa je nak diffuse then one day tengah lipat baju stress pulak dengan penat dengan rumah semak. Apa lagi amik peluang diffuse. 

         Selepas seminggu guna, terasa macam nak tambah diffuser. Konon nak letak kat ruang lain. Selepas buat research, saya jumpa satu brand Plant Therapy Dan seperti Edens Garden, Plant Therapy pun hantar essential oil diaorang untuk 3rd party testing. 


7 & 7 Aromafuse Set

          Kalau compare dua brands ni, saya suka dua-dua. Hahaha saya suka Edens Garden sebab dia macam ada sweet scent gitu. Plant Therapy bau ni agak kuat pada saya, tapi kalau daripada segi keberkesanan dia, sama je saya rasa. Sebab saya dah guna yang kids punya untuk both brands jadi saya boleh kata kesan dia sama pada anak-anak.

          Punyalah gila tau tau...
          
Latest collection. Huhuhu...

          Yang depan tu roll ons. Pre-made so boleh terus guna saja. Nanti saya cerita dalam next entry







Thursday, 4 October 2018

PRELOVED BOKITTA FOR SALE


La Vie En Rose 2018 Series 
FAST PAYMENT preferred 

No automatic alt text available.
Preloved Ca C'est Bon in VM - SOLD
Condition : Very Good to Excellent
Price : RM100 all in
No automatic alt text available.
Preloved Juliette in VM
Condition : Very Good to Excellent
Price : RM110 all in
Image may contain: flower
Preloved Tulipe in VM SOLD
Condition : Very Good to Excellent
Price : RM110 all in
No automatic alt text available.
Defect flap Roserai in VM. New tapi flap terbalik so sesuai untuk dijadikan "korban" inner "
Price : RM50 all in SOLD
pm/wa http://mazlinamr.wasap.my

Wednesday, 3 October 2018

Keterjebakan Terkini - Essential Oil

          Korang...Orang lain dah berkurun kan guna essential oil ni aku baru nak guna. Kikiki...Ketinggalan zaman betul kan. Kisahnya masa pregnant kan banyak sangat masalah. Stress tau stress. Rasa macam nak tidoq saja. Bila dah makin sarat tu memang rasa nak baring saja kalau boleh nak makan pun atas katil

          Ntah macam mana boleh terfikir nak cuba eo untuk kurangkan stress ni. Lepas tu terfikir juga lepas bersalin mesti kena berjaga malam. So nekad lah nak cuba essential oil ni. Apa lagi ku terus pm kawan yang jual eo YL. So ku sambarlah Stress Away dan Peace & Calm 11. Honestly lebih banyak guna Stress Away sebab bau dia best sangat. Mula-mula beli ku main pakai je straight. Ha lepas join group fb and buat research kat internet, baru tau kena dilute baru pakai. Adeh. Seller kata boleh pakai terus. Nasib baik takde apa-apa...

          Stress away ni bau dia kan macam kulit asam yang selalu saya makan masa sekolah. Wangi-wangi masam gitu. Dia memang buat rileks. Kalau Peace & Calm tu, bau dia susah nak describe tapi taklah fancy sangat. 1st time pakai eo saya taklah rasa apa-apa perbezaan. Tapi lepas beberapa waktu dah ada skill nak pakai baru rasa "eh, best juga eo ni"

          Sebab best maka saya pun studylah pasal essential oil ni. Saya sejenis species yang akan study habis-habisan sebelum saya start invest dalam satu-satu benda. So adalah beberapa perkara yang saya saya belajar mengenai essential oil ni. Antaranya ialah :

1. Tiada Piawaian Atau Standard Untuk Menentukan Kualiti Atau Purity Of Essential Oil

          Setakat ni di US takde piawaian lagi untuk menentukan kualiti essential oil ni. Jadi macam mana nak tahu essential oil yang kita guna tu 100% pure? Sila pastikan company yang kita beli ada buat 3rd Party Testing. 3rd Party Testing ni maksudnya company tu akan hantar batch by batch oil tu untuk menjalani ujian Gas Chromatography & Mass Spectrometry atau juga dikenali sebagai GC-MS. Keputusan ujian akan menunjukkan samada sample yang diuji samada adulterated atau tidak

          So pilih company yang buat testing ni ya. Biasanya result testing ni diaorg akan letak di website diaorg. Kalau rajin, boleh emel je tanya...

2. Tiada Istilah "Therapeutic Grade" Untuk Essential Oil

          Tiada mana-mana badan/agensi yang iktiraf essential oil ni ada grade therapeutic so basically ni marketing terms oleh company-company ni sahaja. As long as essential oil yang kita guna lepas 3rd party testing tu kira dah ok

3. FDA (Foods & Drugs Administration Doesn't Regulate Essential Oils

          Menurut FDA apa-apa yang claim boleh mencegah & menyembuhkan adalah "drugs", dan semua "drugs"ni must be approved by FDA. Jadi semua company essential oil tidak boleh memasarkan produk mereka dengan mempromosikan boleh mencegah, menyembuhkan atau merawat. Kalau ada dikira illegal

4. WAJIB Dilute
       
        Wajib dilute essential oil sebelum apply topically sebab eo ni pekat. Walaupun ia natural tapi tak semua bahan natural tu tak merbahaya. So always dilute dengan carrier oil sebelum pakai. Antara risiko yang boleh dialami jika guna eo tak dilute ni ialah sensitazion (allergic reaction). Antara tanda-tanda ialah ruam, kesakitan,burning sensation, rasa ketat kat dada, sesak nafas.

          Huhuhu... Saya dah alami sensitazion ni akibat guna Tea Tree direct tanpa dilute. Nasib bukan di muka

5. Tidak Boleh Diminum/Dimakan/Taken internally

          Walaupun essential oil tu pure 100%, essential oil tidak boleh diminum TANPA PENGAWASAN daripada QUALIFIED PERSON (aromatherapist). Ini kerana sebelum prescription diberi, aromatherapist ni akan tengok beberapa faktor seperti umur, berat, alahan...Baru diaorang akan suggest essential oil untuk ingestion

          Dan saya berpendapat seller bukan qualified aromatherapist walaupun dah lama jual essential oil, melainkan betul-betul ada certification yang diiktiraf

6. Penggunaan Pada Kanak-Kanak Perlu Mengambil Kira Usia Mereka (Tidak Semua Essential Oil Sesuai Untuk Kanak-Kanak
       
          Setelah membaca daripada beberapa buku dan sumber, saya simpulkan eo tidak boleh digunakan untuk bayi di bawah 3 bulan. Walaupun ada sumber kata selamat untuk digunakan selepas 3 bulan, tapi saya personally akan elakkan sehingga umut mereka 2 tahun.

          So sekarang memang saya pakai personal inhaler saja dalam bilik tidur sebab dah ada Baby Auliyah kan. Tapi saya masih diffuse di ruang tamu mengikut mood dan kesihatan saya. Kalau saya demam batuk selsema saya diffuse blend untuk kurangkan sintom. Kalau saya tengah stress, of coz diffuse Stress Away or yang seumpanya

7. Tak Boleh Diffuse Di Public Space 

          Sedih kan. Saya dah beli diffuser untuk diffuse di office. Tapi lepas saya buat beberapa rujukan, rupanya tak boleh diffuse di public space. Ini kerana dikhuatiri ada orang yang mempunyai alahan kepada particle dalam eo.

          Jadi pilihan yang ada ialah berbincang samada semua yg menggunakan sesuatu ruang itu samada boleh diffuse atau tidak. Takut juga kang tetiba ada kawan saya pengsan ke kan. Matik...

          Tapi kalau pakai usb diffuser yang kecil ok eh...Any thoughts?


8. Tidak Semua Orang Mempunyai Tindak Balas Yang Sama Kepada Sesuatu Essential Oil

          Ok yang ni memang saya baru tau. Kikiki. Rupanya tahap penerimaan seseorang terhadap eo ni berbeza-beza. Contohnya Lavender sepatutnya menenangkan, tapi ada orang yang jadi moody bila guna Lavender

          Begitu juga ada orang bila guna eo untuk sleeping mood, dia jadi lagi berjegil mata. Jadi kesan eo ni berbeza-beza. Sebab tu susah nak explain. Senang cakap "cuba dulu baru tahu".

9. Essential Oils Merupakan Salah Satu Bahan Dalam Bidang Aromatherapy Untuk Holistic Therapy

          Yang ni kena tengok youtube englisharomatherapist untuk lebih faham. Lebih kurang macam ni la...Untuk membantu penggunaan eo yang lebih efektif, kena tengok faktor-faktor lain juga. Contohnya macam headache. Kalau selalu kena, kita kena temgok apa puncanya. Stress, gastric. Supaya bila kita guna eo, kita dapat mengelakkan masalalah ni daripada berulang

          Selagi puncanya kita tak tahu, mungkin penggunaan eo ni kurang memberi kesan positif

10. Essential Oils Bukan Ubat Dan Tidak Dapat Menggantikan Ubat

          Ni penting sekali. Jangan sesekali menggantikan ubat dengan essential oil untuk penyakit. Malah sesetengah penyakit mungkin perlu elakkan essential oil ketika menerima rawatan

          Ok apa lagi? Cukup 10 dulu. Hihihi.,Sebenarnya bagus untuk terus cari ilmu bila gunakan essential oil ni. Dan seboleh-bolehnya daripada sumber yang boleh dipercayai sebab ada sesetengah practices yang sejujurnya saya rasa tak selamat. Hihihi masih baru juga ni tapi saya suka explore pasal essential oil. Tapi masih banyak benda lagi nak kena belajar. 

          10 point ni adalah perkara yang saya pelajari ya, jadi mungkin berbeza-beza pemahaman saya dengan pemahaman anda (ada ke yang baca blog aku?) Kikiki

          Buat masa ni saya tengah pulun nak habiskan buku ni. Bapak tebal ntah bila nak habis. Esok2 saya share koleksi essential oil saya pula

The Complete Book of Essential Oils and Aromatherapy by Valerie Ann Wood
       







Tuesday, 2 October 2018

Alhamdulillah

          Alhamdulillah. Selepas bersawang blog tiba-tiba rasa macam nak serius berblog balik walaupun takde sapa nak baca. Pada 09/07 saya telah selamat seorang bayi perempuan 3.5kg yang diberi nama Nur Damia Auliyah. Papanya yang bagi nama saya ikut saja. Cuma mula-mula confident je saya bagitau namanya Nur Damia Aulya pada kawan. Sekali silap eja...

          Kali ni diberi rezeki bersalin secara cesarean gara-gara kes doktor terlepas pandang. Malas nak cerita panjang-panjang yang penting selamat sudah. Alhamdulillah proses penyembuhan saya taklah teruk sangat seperti yang saya selalu dengar daripada kawan-kawan. Cuma seksa gila nak habiskan suntikan heparin tu. Nak ulang alik ke Klinik 1 Malaysia susah pula sebab Tuan Ihsan balik ke rumah. Abah saya pula baru keluar hospital masa tu jadi option yang ada hanyalah cucuk sendiri. Ngeri juga la. Everytime nak cucuk saya akan amik mood dalam 5-7 minit. Anak-anak nak tengok pun saya halau. Takut teragak-agak

Tido pulak dia...
          Pi mai pi mai dah 3 bulan cuti dan dah naik kerja hari ni. Huhuhu kan best kalau cuti bersalin bergaji sehingga 6 bulan. Today dah 1st day saya naik kerja. Harap-harap tidaklah diberi kerja yang membebankan sebab masih ting tong ni nak tune balik

          Apa-apa pun nak inform saya masih jalankan service rental baby carrier ya.So sesiapa yang berminat terus whatsasap saya 019-5541106 kayh

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...