Monday, 23 December 2013

Home Birth?

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=775291&extra=page%3D1&page=1

          Sebenarnya dah lama aku dok pikir pasal isu ni. Bukan la aku opt untuk homebirth ni. Ish...Abang and kakak ipar aku doktor laki bini pun kakak aku bersalin kat hospital. Aku sebenarnya faham niat orang nak homebirth tu. Tapi aku tak faham macam mana dia boleh nak homebirth tanpa adanya orang yang berkelayakan dalam bidang perubatan,

          Sebelum ni aku ingat doula ni taraf bidan kampung, so no worries sangat la kan. Sedangkan hubby pun mil bersalin kat rumah je. Tapi bidan kampung hokey, penuh ilmu kat dada.

          Doula ni doula (/ˈdlə/, also known as a labour coach[1] and originating from the Ancient Greek word δούλη meaning female slave[2]), is a nonmedical person who assists a woman before, during, or after childbirth, as well as her partner and/or family, by providing physical assistance, and emotional suppor (ni copypaste wikipedia). 

          Berani juga sapa-sapa yang decide untuk homebirth ni tanpa kehadiran orang yang berkelayakan. Sedangkan aku kat hospital tu penuh doktor pun aku takut tau. Memang betul kematian tu tidak dapat dielakkan kalau dah masanya, tapi kita sebagai insan, kita pilihla jalan lain yang ada. Tak kan la sebab kematian tu tak dapat dielakkan, kita terus je nak berserah sikit pun takde usaha nak selamatkan diri kita.

          Betul...bersalin kat mana-mana pun ada risiko, Kat hospital pun ada orang meninggal sebab bersalin, tapi aku tak faham kenapa kita nak bayar RM500-600 just untuk khidmat orang yang hanya assist daripada segi sokongan moral. Haish... Kita tak terfikir ke eh, masa nak bersalin tu, baby dah lemas ke...tertelan najis ke...Ya Allah, aku yang bersalin kat hospital tu pun risau je...

          Kes ni melibatkan pertanyaan adik kepada si arwah kepada fb group Gentle Birth ni kenapa selepas bersalin, uri dipotong dan dilepaskan begitu saja sedangkan arwah kakaknya pernah bgtau dia uri tak akan dipotong selepas melahirkan anak. Macam mana eh? Aku tak faham dan tak dapat nak membayangkan apa yang berlaku. Tapi jawapan si doula ni, memang a bit menyakitkan plak aku rasa.

          Aku tak against homebirth ya. Bagi aku sangat bagus jika kita boleh melahirkan anak tanpa intervention of drugs, epidural, episiotomy. Aku pun nak tapi aku tak sanggup ler nak homebirth tanpa doktor, nurse/bidan bagai. Kalau dah ada RM600 tu, apa kita simpan sikit lagi pergi bersalin kat private ke...minta untuk gentlebirth. Insya Allah diaorang akan support. 

          Dr Harlina pun waterbirth tapi kat hospital kan...Tu doktor laki bini tu...


           

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...