Tuesday, 24 December 2013

MENGAPA MARAH-MARAH NI…?




Sikap marah adalah salah satu dari sikap-sikap negatif. Apabila kita jadi orang yang suka marah-marah, itu maknanya kita adalah orang yang lebih banyak terdorong pada kenegatifan. Fikiran kita negatif, kata-kata kita negatif, walaupun kata-kata di dalam hati.

Nak berjaya, nak bahagia, kita perlu membentuk diri kita menjadi orang yang pandai mengawal rasa marah. Biar kita yang mengawal marah, bukan marah yang mengawal kita lalu menukar kita menjadi seperti seekor singa.

Marah adalah sebahagian daripada diri kita kerana marah tu adalah emosi kita.

Emosi boleh dikawal. Caranya adalah dengan mengurangkan emosi asal kemudian menukarkannya dengan emosi lain.

Lawan marah adalah ketenangan. Untuk mengawal rasa marah, fokus kepada melatih diri untuk bertenang.

Marah sifatnya api. Marah yang tidak dikawal akan membakar persahabatan, perhubungan adik beradik dan perhubungan kekeluargaan lalu menjadikannya tidak bermakna lagi. Sesiapapun tak akan suka mendekati apabila kita menjadi seorang pemarah, suka marah-marah, cepat naik marah.

Bertenang itu adalah sifat air. Sesiapa saja suka berkawan dengan orang yang wajahnya tenang.

Dalam usaha kita melakar kebahagiaan dan kejayaan hidup, sikap marah adalah satu cabaran besar yang patut kita tangani. Marah sifatnya menghancurkan. Tenang pula sifatnya membina, seiring dengan sifat air yang mencantumkan, menggabungkan.

Mulai hari ini, elakkan sikap mudah marah, suka marah-marah. Elakkan sikap menampakkan air muka pemarah kerana sikap sebegitu akan menghancurkan jalan anda menuju kejayaan dan kebahagiaan.

Bila anda menjadi orang pemarah, tak ada siapa suka nak dekat. Kalau ada yang datang mendekat, maknanya mereka sedang berlakon untuk mengambil hati anda.

Bila sudah tak ada siapa nak dekat dengan anda, tak ada siapa yang akan suka membantu anda untuk jadi orang berjaya. 

Elakkan sikap marah dan kitalah yang mengawal diri kita sendiri. Cabaran paling besar untuk kita berjaya dalam bidang kita bukanlah dari luar, tapi dari dalam diri kita sendiri. Be Nice, Be Cool, Be Happy…Everyday! Forever!


copypaste from fb Datuk Dr Maznah Hamid

No comments:

Post a Comment

Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...