1. Takde perasaan
2. Geram...bengang...menyampah...
3. Rasa nak mengamuk
Tak payah tengok jauh-jauh la kan. Tengok aku ni je. Kadang-kadang aku rasa aku dah pakai sopan, tapi kang husband aku tegur la kata baju sendat la, tudung pendek la. So aku reflect balik la kan. Dan almost 90% husband aku betul bila dia tegur aku pasal pakaian ni. Jadi, aku nak mengamuk ke kerana benda yang betul? Of coz la aku tukar baju dan tudung lain kan.
Kenapa nak ego sangat sampai orang tegur pun tak boleh terima? Kau tau tak aku ni risau kalau jadi apa-apa kat kau, apa hukum kau pegang duit orang sampai riban-riban dalam akaun kau tu? Tu maknanya aku concern la kan. Kalau aku tak concern, takdenya aku nak offer pinjamkan phone aku and kawan aku sampai la nak offer kereta bawa kau ke bank tu sebab kau berkira nak call dan kuar duit minyak. Ni lagi satu aku tak faham. Kau nak mengenakan orang lain sampai menyusahkan semua orang. Kau suka ke macam tu?
Aku rasa la kan...Kalau aku pegang amanah orang, sikit pun aku takde nak bertangguh kalau ada jalan untuk aku buat. Tapi kau asyik bagi alasan tak nak call, tak nak drive, sibuk. Serius tak faham. Maaf cakap, kalau kau mati tetiba, harus la duit tu burn je kan sebab duit tu ada dalam akaun kau. Haish...aku tak faham la kenapa kau tak boleh fikir.
Aku pernah terbaca dalam blog Green Apple dan aku setuju dengan penulisan Kak Diana pasal amal ibadat kita ni. Adakah amalan wajib kita tu menjamin kita ke syurga? Tapi benda-benda lain kita tak amik peduli? Contohnya, hubungan kita dengan manusia lain, pasal amanah yang dipertanggungjawab. Kenapa kita nak bagi macam-macam alasan?
Padahal, bank tu bukan jauh sangat pun. Kuar time lunch hour, Insya Allah sebelum kul 3 dah boleh masuk kerja, nak plak kalau member aku yang bawa. Ya betul kau ada usaha juga nak pindahkan duit tu through internet banking (yang mana tak berjaya sebab tac number tu dihantar ke nombor lama kau), okla...Tapi sekarang ni kau sedar tak ada cara lain untuk kau pergi ke bank dan keluarkan duit tu? Dan kau tak payah susah-susah nak drive sebab ada orang sudi bawakan.
Bila aku tegur sikit, terus tak cakap siap unfriend bagai. Ni yang aku rasa kelakar sangat sebab kau langsung tak boleh terima orang tegur kau. Lepas tu share something kat wall fb kau yang sebenarnya sangat refelect sangat diri kau. Contoh-jangan menyakiti hari orang lain, tapi sebenarnya kau yang selalu sakitkan hati orang lain. Kalau kau amik masa sikit keluarkan duit tu, kan kau dah boleh bergelak tawa di office tu. Ini kau buat keras kepala, lepas tu lari-lari plak.
Ha...kan lega bila dah keluarkan semua. Tapi aku lagi tak faham kenapa aku plak yang concern lebih-lebih kalau jadi apa-apa kat kau sedangkan duit tu bukan dalam akaun aku? Haish...lagi tak faham.
No comments:
Post a Comment