Tuesday, 27 November 2018

Black Friday yang akan dikenang setiap tahun. Al- Fatihah

          23/11/2018 merupakan tarikh Black Friday yang akan saya ingat sampai bila-bila. Kerana pada hari itu, sahabat saya Kak Ezatul Marini kehilangan arwah suami tercinta, Abang Khaizu kerana kemalangan. Bas Politeknik Sandakan yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik. Kejadian tersebut mengorbankan 5 nyawa termasuk arwah Abg Khaizu

          Sejujurnya saya tidaklah mengenali arwah sangat, tetapi saya banyak membaca mengenai arwah apabila Kak Ezat menceritakan tentang arwah suaminya di facebook. Arwah suaminya sangat baik. Betullah orang kata mereka yang baiklah yang akan dijemput Allah dahulu.

          Satu benda yang saya belajar daripada Kak Ezat & Abg Khaizu adalah pengorbanan serta cinta & kasih sayang. Semoga kakak saya tabah dan semoga roh Abg. Khaizu ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman dan beramal soleh













Monday, 12 November 2018

PLANNER MAMA 2019


PLANNER MAMA 2019 Khas buat Ibu2 ❤️ / mama / mommy / bonda / mother / mum / mak / amma πŸ€°πŸ€±πŸ§•πŸ‘©‍πŸ’ΌπŸ‘©‍⚖️πŸ‘©‍πŸ«πŸ‘±‍♀️

Planner RINGKAS, PADAT DAN RINGAN, paling praktikal untuk ibu2 menguruskan masa 24jam sehari selama 365 hari setahun!

Content Planner

PLAN SEPANJANG TAHUN (dan seterusnya)
▶️ Calendar 2019 with Public Holiday For Malaysia, Brunei & Singapore.
▶️ Calendar 2020 and 2021
▶️ 365 Days Planning Chart

SUMMARY EVENT TAHUNAN
▶️ My Important Date / Event - business event, organization event, school holiday, family trip etc etc.

DATA PENTING UNTUK KESELAMATAN KELUARGA (jika berlaku kecemasan, mudah dirujuk oleh orang lain)
▶️ Important Address & Contact Number.
▶️ Important Personal Information - contact of husband, father, mother, kids school info, teacher's contact, insurance policy.

MOTIVASI UNTUK LEBIH BERJAYA TAHUN 2019
▶️ Easy Steps To Setting & Achive Your Goals
▶️ My 2019 Goals

DETAIL PLAN BULANAN
▶️ Monthly Quotes - Khas untuk ibu❤️
▶️ 2-page Daily Planner with Tahun Hijrah date.
▶️ 2-page Weekly Plan ( Focus and Goals to achieve, weekly target/ event, to do list, important dates and notes)
▶️ Weekly Mommy’s List
✔️Grocery shopping list divided to dry food/ frozen food/ canned or jarred item/ cleaners/ home item and others.
✔️Family Weekend Plan - 1 weekend 1 family activity plan to keep family together, united with stronger bond.
▶️ Weekly Special Recipe - cook together husband and wife and the whole family sit and taste weekend special menu, how beautiful is that! Even plan simple menu that kids also can help in cooking together.
▶️ Monthly Expenses - mom keep track of family cash flow, or even hubby can fill up this part. This can also educate our children to manage cash wisely by keeping them aware of the family cashflow.
▶️ Breasfeeding / Pumping Log - record when you need it. 1-page table to note the date, time, which breast (Right/Left) and amount in ml (if pump milk). Beneficial for working mom, or if you on travel, away from baby.
▶️ Monthly Blank Pages for Notes / Diary / Sketches
▶️ Monthly Games/ Info / Positive Vibes Zone

PLAN UNTUK BERCUTI, HOST JAMUAN (maybe jamuan raya, or birthday party etc)
▶️Travel Planner (set destination, travel date, companion, place to visit and budget)
▶️ Party Planner (set date and venue, menu, games/activities, decorations, can include budget also)

JOT DOWN IDEAS, BOLEH REFER BILA X DE IDEA NAK MASAK APAπŸ˜…
▶️ Breakfast, Lunch, Dinner Ideas

FOR MUSLIM MOTHERS,
▶️ 2-page checklist surah for Hafaz Quran
▶️ 2-page info regarding Puasa Sunat, Makruh & Haram.

JOM MASAK MAKANAN YANG LEBIH SIHAT UNTUK KELUARGA
▶️ Healthy Menu list. Create a menu list that can be refer anytime.
▶️ Clean Eating Tips

JADI IBU DAN ISTERI YANG HEALTH CONCIOUS DENGAN PLAN YANG TERATUR
▶️Weight Loss Challenge. Target weight loss, record monthly achievement.
▶️ 30 Days Workout Challenge - follow the tips daily, see the result 🀸‍♀️
▶️ Healthy Activities To Do DAILY

TARGET UNTUK SIMPAN - DAN REALISASIKAN
▶️ Saving Challenge

SELALU LUPA PERIOD/ PERIOD TAK TERATUR? KEEP A RECORD
▶️ Period Tracker

ACKNOWLEDGE PENCAPAIAN DAN AIM FOR BETTER PADA TAHUN2 AKAN DATANG
▶️ 2019 Achievement List


Berminat untuk pre-order ? ETA 16/11/2018

Tuesday, 6 November 2018

Kenapa Saya Tak Guna Essential Oil Dari MLM Company


          Sapa suka essential oils angkat tangan? Me..me..me...Ok kan hari tu ada share keterjebakan terkini. Bahaya betul jadi orang perempuan kan. Lepas satu musim, satu musim lain. Ok yang sebenarnya saya kan sarat mengandung beberapa bulan lepas. Kali ni saya mengandung banyak sangat ujiannya. Antaranya kena UTI, overweight dan suami saya kena Kidney Stone. Jenuh berulang alik ke Hospital Pulau Pinang. 

          Bila macam tu, saya mudah penat dan stress. Ye lah kita dah la keje. Mana nak fikir kena habiskan sylibus lagi, nak marking assessment lagi. Satu hari saya ternampak kawan saya post pasal essential oil dari satu brand MLM. Entah macam mana terbuka hati saya nak cuba Stress Away dan Peace & Calm 11 (seperti yang dicadangkan kepada saya).

          Pertama kali saya cuba Stress Away, memang almost tak nampak kesan. But selepas beberapa kali, saya belajar untuk inhale & exhale scent tu...Wah memang kurang. Macam rileks sikit lah. So saya bawa je and pakai bila perlu, terutamanya masa travel. Kadang-kadang saya urut kat tengkuk husband. Masa ni kurang ilmu jadi saya tak dilute dengan carrier oil. Peace & Calm 11 saya tak pakai sangat sebab kurang suka bau dia (masa ni tak beli diffuser lagi jadi tak dapat diffuse. Bau dia straight from bottle saya tak gemar sangat). Bila diffuse wah ok juga.

          Selepas nampak kesan Stress Away, saya pun nekad nak guna essential oil untuk tujuan lain, tapi harga brand tersebut bagi saya agak tinggi. Jadi saya pun buat research dan jumpa dua brands Edens Garden & Plant Therapy. Kerap kali saya dapat soalan kenapa saya tak guna jenama yang mula-mula saya beli? Jawapan saya, sebab harganya mahal. Dan kalau ada sales reps yang kata harga essential oils diaorang mahal sebab pure and high quality, ok tu betul (selain daripada ianya adalah brand mlm yang saya tahu kena lalu banyak tier sebab tu harganya mahal). 

          TAPI saya juga tahu ada few brands lain yang juga jual pure & high quality oil seperti Aura Casia, Rocky Mountain, Florihana, Mountain Rose Herbs serta dua brands yang saya guna sekarang. Cuma di Malaysia tak ramai orang guna sebab kurang distributor. (Rasanya Oily Pod sahaja seller Plant Therapy/Edens Garden/Rocky Mountain di Malaysia). Essential oil yang dijual adalah pure dan berkualiti tinggi serta jauh lebih murah daripada mana-mana brand MLM sebab kita boleh beli direct takde lalu sales reps. Bukanlah tak bagus ada sales reps ni. Bagus je sebab kalau yang takde masa nak membaca, boleh refer sales reps ni apa-apa hal selepas beli, macam cara nak guna. For me, tak perlu sebab saya suka membaca so banyak perkara saya belajar pasal essential oil ni daripada buku-buku yang saya baca. Saya juga suka baca blog-blog aromatherapist serta follow support group Edens Garden & Plant Therapy jadi banyak ilmu saya dapat daripada essential oil lovers dalam tu.

          Apa bukti essential oil ni pure? Senang je kalau nak tahu essential oil ni pure or tak, check diaorg buat tak 3rd Part Testing. Kalau buat 3rd Party Testing, diaorang akan display GS-MS (Gas Chromatography-Mass Spectrometry) report. Report ni lah yang penting sebab ia akan beritahu samada essential oil ni adulterated atau tak. 

Contoh GS-MS Report Plant Therapy. Boleh tengok kat website ya

Contoh GS-MS Report Edens Garden. Boleh tengok kat website ya

          Kenapa test ni penting sangat? Sebab kat US takde standard pun untuk mengawal kualiti essential oil ni. Contoh paling senang, macam kat Malaysia semua peralatan elektrik mesti melepasi SIRIM. Kat sana takde standard lagi buat masa ni. Jadi semua company bergantung pada testing inilah untuk membuktikan essential oil mereka pure. Terms Sead to Seal & Certified Pure Therapeutic Grade bukan satu standard yang wajib diikuti oleh semua company pengeluar essential oil. Ianya adalah satu marketing terms bagi company-company tersebut sahaja.

          Dan lagi satu, FDA (The Food and Drug Administration) tak regulate essential oil ya. Company yang claim essential oil boleh menyembuhkan/mencegah penyakit, company tersebut boleh dikenakan tindakan oleh FDA.

          Yang penting, banyakkan membaca. Sometimes saya nampak orang share penggunaan essential oil yang tak selamat. Yang ni ramai yang rasa essential oil ni pure jadi mustahil ada apa-apa kesan. Allahhu...Sedangkan nanas tu makan banyak-banyak pun rasa luka kat lidah. Pure juga tu fresh lagi. Just because it's 'natural' doesn't mean it's safe. Sebenarnya bagus juga membaca ni supaya lebih banyak pengetahuan kita terhadap sesuatu. Some people bagi advice yang salah hanya sebab mereka telah lama jual atau guna. It doesn't mean you're an expert or certified tau. Sekali lagi, banyakkan membaca daripada pelbagai sumber baru kita dapat info yang tak biasa. Contohnya dulu saya tak tahu pasal tak boleh apply neat, tak boleh ingest, ada essential oil tak selamat untuk kanak-kanak...Lepas baca, Alhamdulillah bertambah lagi pengetahuan saya.

          I'm not bashing MLM punya brands ya. Just explain apa yang saya baca, yang saya research, jadi kalau ada kawan-kawan yang nak try essential oil dengan harga yang lebih murah, ada pilihan lain. Tapi kalau nak pilih brand MLM pun apa salahnya takde masalah. Gunalah apa-apa brand, asalkan essential oil yang kita guna pure. Saya sendiri suka Stress Away dan mungkin akan beli lagi jika habis sebab saya suka dengan kesan dan bau dia (Ya saya dah ada Worry Free dari Plant Therapy, tapi still suka Stress Away kerana baunya walaupun effect sama

          Hahaha panjang lebar pula penerangan saya. Actually saya selalu ditanya soalan ni jadi lepas ni saya bagi link blog ni aje lah. Mungkin lagi mudah difahami berbanding compare dengan saya explain kat website.

          Lagi satu nak tanya - ingat x kita belajar minyak dan air tak kan bercampur? Basic Chemistry 101 ya :)

XOXO
          
          






Monday, 5 November 2018

Baby Carrier/SSC Rental SCHOOL HOLIDAY PROMO NOV 2018 - DIS 2018


Baby Carrier/SSC Rental

SCHOOL HOLIDAY PROMO IS BACK

Now you can enjoy our School Holiday promotion. For 2 weeks rental period, you will get free 1 week (booking must be made deposit between 07/11 - 31/12). Yes!!!Only RM50 for 3 weeks (tnc applies)

Booking must be made with min RM100 and all payment must be cleared at least 7 days before shipping

1st come 1st served basis. pm/sms/whatssap Maz 019-5541106 or click link http://mazlinamr.wasap.my for futher inquiries

Jangan Sindir Customer



"Sis, nanti saya tanya suami dulu ya"

Baik... Takde masalah 😊

Diberi rezeki bekerja, Alhamdulillah saya berpeluang membeli barang² yang saya mahu tanpa minta suami sponsor (tapi kalau dia offer, mati hidup balik pun saya tak tolakπŸ˜…). Ada isteri yang berbelanja dengan "elaun" daripada suami semata-mata, jadi tentulah perbelanjaan mereka terhad.

Tak perlu sindir² jika mereka survey produk kita then beritahu nak tanya suami dulu. DON'T. Tak perlu kita perli² di wall kita. Kita tak berada di tempat mereka. RM20 mungkin kecil nilai pada kita, tapi mungkin besar pada mereka.

Mungkin juga produk kita jual tu sebenarnya murah or no class pada mata suami mereka... Like wife minta Carlo Rino, tanya husband sekali husband suruh amik LV. Ntah² suami diaorg offer item yang lagi branded daripada yang kita jual. Kita iye iye je perli tak mampu... Padahal kita yang sendu

Ulat Politik

          2 minggu lepas, saya buat satu keputusan drastik iaitu left group sekolah menengah. Kikiki. Puncanya apa lagi dah tentulah sebab ada ulat politik dalam group. Ya Allah tolonglah fikir dalam satu group tentu ada ramai yang berbeza pandangan politiknya. Kalau sekali dua tu, kita fahamlah. Ini macam sepanjang masa. Cemuih baq hang

          Saya tak tahulah kat mana fikiran sesetengah orang macam ni. Ye betul untuk kesedaran, tapi pilihanraya dah lepas kot. Boleh tak berhenti dulu sembang pasal politik sebab sekarang ni takde apa kita boleh buat pun. Nak jatuhkan kerajaan sekarang? Tunggulah next election. Ni dok melalak lagi. Sebelum election melalak, lepas election melalak. Masa BN melalak...Masa PH melalak...Masa Najib melalak...Masa Tun Mahathir melalak...Apa yang kau nak buktikan? Come on masing-masing dah dewasa boleh fikir sebenarnya tak payah lah melalak sangat. Cemuih...

          Kan bagus group sekolah menengah ke...sekolah rendah ke...universiti ke...Diwujudkan at least kita alert lah pasal kawan-kawan kita. Kalau ada yang perlukan bantuan ke...Kita alert benda tu. Tapi segelintir ulat politik ni, buat orang meluat tau stay dalam group macam tu. Tak habis-habis politik...Then ada post pasal hak melayu la...apa la. Ye faham hak orang Melayu semua sebab kitaorang pun belajar perlembagaan dan ambil tahu pasal perlembagaan. Tak payah nak post sangat. Nak bagi ada sentimen perkauman ke? Lagipun sekarang semua orang ada access internet pandailah kami baca sendiri.

          Please ya kalau ada ulat politik ni...Tolonglah alert pasal ni. Kadang-kadang orang stay sebab orang nak malas nak left, tapi nak cakap takut sentap. Aku takdenya lah nak sound-sound banyak kali, Sekali dua cakap tak jalan, baik lah aku left...

Biar ku jalan dulu
Puas ku tunggu puas ku tunggu
Biar ku jalan dulu
Lu lambat macam mana
Itu bukan hal aku bukan hal aku itu bukan hal aku

Friday, 26 October 2018

Plant Therapy Blues Buster Synergy review

Blues Buster
          One of my favorite essential oil from Plant Therapy is Blues Buster (another favorite are Honeybell and Tranquil). It's so refreshing and uplifting. It has flowery scent because of the Geranium Bourbon in it

          The Geranium could be overpowering the Tangerine & Pink Grapefruit in this blend. I'm thinking about adding some Grapefruit into it to 'cut' the Geranium scent

          This blend keeps me happy while working. Just 2 drops in my 100ml usb diffuser to keep my small working area smell really nice
          Bonus, this blend is also kid's safe, so I diffuse in the morning while my children are getting ready for school. They love the scent too.

          I definitely will buy this again. 

#newpassion #essentialoils #planttherapy #planttherapyessentialoils #planttherapyoils #essentialoilsmalaysia #iloveplanttherapy




Wednesday, 24 October 2018

Nak FREE Magic Spice by Twelve Ounces?

No automatic alt text available.

          Milk Booster Cookies 12 Ounces dah restock ya. Untuk pembelian 4 packs above, dapat FREE Magic Spice by Twelve Ounces. Harga 1 pack RM38 SAHAJA. Tahan untuk seminggu so total untuk sebulan RM152. Apalah sangat kalau nak compare dengan kos susu formula macam lagi lebih kan

Magic Spice by Twelve Ounces
So, apakah Magic Spice ni?

Jintan putih adalah rempah yang aromatik dengan rasa pahit dan bau yang suam, disebabkan oleh kandungan minyaknya yang banyak.

Name Saintifiknya Cuminum cyminum dan nama Inggerisnya Cumin, Jintan putih adalah buah kering kecil dari pokok yang berasal dari keluarga pasli. Dalam masakan Melayu, ia sering diguna bersama jintan manis.

Jintan putih digunakan dalam masakan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak.

Jintan Putih adalah makanan yg dapat menggalakkan hormon Prolaktin dan menambah susu ibu jika dimasak di dalam makanan.

Untuk mendapatkan rasa dan aroma sepenuhnya, panggang jintan putih secara perlahan dan sekejap sebelum mencampurkannya ke dalam resipi.

Sebab tu di dalam Magic Spice ni dimasukkan jintan putih, untuk menjadi penyedap makanan pantang, dan juga menambah susu. Magic spice ini sudah sedia dipanggang, dan mempunyai aroma lazat. Jadi, tak perlulah susah-susah. Terus masukkan satu sudu kedalam masakan dan gaul shj.

#milkboostermalaysia
#Magicspicebytwelveounces
#Milkboosterspice
#Milkboostermurah
#Milkboosterberkesan










Tuesday, 23 October 2018

Siri Seram Maz - Sanggul Puaka

          Bulan 8 baru ni, Cikgu Roby selaku guru tabika Qai minta dicarikan cucuk sanggul untuk Qai sebab masa perbarisan Qai kena bawa sepanduk. Oh mama was so excited okayh. Beria-beria aku survey tempat mana ada sewa cucuk sanggul. Tapi bila fikir-fikir rasa macam nak beli je since satu cucuk sanggul tu agak boleh tahan juga lah harganya, aku masuk Carousell je cari prelove. 

          Kebetulan adalah terjumpa satu sanggul lintang ni. Harga seller letak RM90 sekali pos. Ku offer RM80 seller setuju then bertukarlah tangan. Masa mula-mula sampai, memang cantik sangat aku rasa sanggul tu.

Sanggul Puaka

          Mula-mula sampai dan unboxing, memang hati aku macam ada rasa terdetik tapi tak tau sebab apa. Nak kata sebab seram pun tak, cuma sepintas lalu je la rasa sedemikian. Aku simpan dalam box sebab tak nak anak-anak main, then letak dalam stor

         Sejak hari tu, aku perasan bila aku nak buat kerja kat dapur ke....atau dalam bilik belakang nak lipat baju, aku macam rasa kadang - kadang ada kelibat melintas kat belakang. Bukan sekali dua tau tapi selalu. Kadang-kadang bila masak tu, rasa macam ada anak-anak turun dok main kat belakang tapi bila aku paling, takde pun. Tapi aku takdelah fikir apa maybe perasaan je.

          Ada satu pagi, anak-anak aku mengadu terdengar suara budak-budak ketawa dan lari di ruang tamu waktu malam. Padahal diaorang kata tv dah tutup. Berderau juga darah aku tapi aku just cakap maybe rumah depan kot diaorg main-main kat luar tapi anak aku cakap tak kan lah malam-malam orang nak main mama...Ah sudah pe benda pulak lah ni. Dalam 4-5 hari jugalah jadi sampailah aku tunjuk benda tu kat husband aku.

          Untuk pengetahuan rumah aku duduk ni ada sejarah juga. Hahaha kes ultraman. Nantilah aku cerita next time. Tapi just nak cakap, bukan kali pertama jadi cuma dah lama tak jadi, so aku taklah amik port sangat. Suatu hari, aku teringat nak tunjuk kat Tuan Ihsan sanggul tu. Bila aku buka je kotak dia tanya

"Beli from butik pengantin? Mak andam punya?"

          Mesti korang ingat tekaan beliau betul kan. Wrong! Hahaha ok sebenarnya sanggul tu memang guna untuk bersanding tapi bukanlah prelove dari butik pengantin atau mak andam. Ni aku tanya seller tu kalau dia tipu maka tipu jugalah aku. Tuan Ihsan dah rasa tak sedap hati. Oh ye lupa nak inform husband aku ni, ada la ikut kelas agama sorang ustaz di Kelantan so sejak kelas tu, dia boleh la rasa sikit-sikit kalau ada apa yang tak kena. Belum lah level nak mengubat tu. Beliau pesan simpan dulu benda tu jangan bagi anak main. Aku dah rasa tak sedap hati...

          Ok malam tu husband panggil Abang N.D aka jiran belakang aku. Abang N.D ni belajar tempat yang sama dengan husband aku, tapi dia dah senior so dah boleh tengok sikit-sikit. Aduh rupanya memang ada 'benda' kat sanggul tu. Patutlah pelik-pelik jadi dalam rumah. Diaorang cuba nak buang benda tu tapi tak dapat nak buang maybe belum level diaorang. Husband aku terniat nak bawa  benda tu jumpa ustaznya tapi memandangkan kelas beliau dlm 2-3 minggu akan datang, ko sanggup nak biarkan benda berpenunggu dalam rumah? Memang taklah. 

          Since diaorang tak boleh buang, last -last diaorang pagar je 'benda' tu supaya tak keluar dari sanggul tu, dan buang sanggul tu dalam sungai. Sungai mana aku tak pasti tapi kalau korang jumpa sanggul lintang dalam sungai, jangan ambil kayh. Sejak tu takde lah anak-anak aku dengar benda pelik-pelik tu dan aku pun dah tak nampak sangat kelibat-kelibat dalam rumah (tak nampak sangat tu...maksudnya aku masih rasa cuma tak banyak). Apo punya ayat da...Faham - faham lah ya. Nanti aku cerita pasal ni pula.

          So, apa ya agak-agaknya kat sanggul tu and sapa yang punya? Ok ada dua teori je. Satu memang mak andam punya. Maksudnya orang yang mengandam seller tu maybe ada memakai supaya bila dia mekap nampak cantik. Yang satu lagi, maybe bila sanggul tu dipakai, daun-daun tu bergeser dan menghasilkan satu bunyi tau macam besi nipis berlaga. Kalau dengar lama-lama macam asyik je. Orang tua-tua kata bunyi tu menarik perhatian makhluk halus. Wallahu'alam...

          

       
























Monday, 15 October 2018

Review - Bokitta Farfalla

     Okeh today sis nak review new release punya Bokitta yang dinamakan Farfalla collections. Sapa beli? So koleksi kali ni mengetengahkan rama-rama sebagai motif utama

Dari kiri - Bloomistic Mustard, Majestic Garden, Mural of Bordano, Itali Romance, Pink Dream dan Mystical Black

          Bagi sis, koleksi ni layak dapat 5/5 star okeh. Kenapa? Sebab semuanya cantik dan masing-masing ada peminat sendiri. Selalunya Bokitta kalau release, masing-masing berebut satu atau dua design je. Last time yang Bokitta keluarkan semua cun adalah masa raya iaitu koleksi La Vie en Rose (pokai sis beli all 10 pcs, walaupun dah jual balik 4 daripadanya)

          This time sis grab 4 pcs - Bloomistic Mustard, Majestic Garden, Italy Romance & Pink Dream. Sis pakai Voila Maxi sesuai dengan badan hok tak berapa nak kuruih ni. Sehelai dah selamat jual sebab takde chenta




          For me yang paling win adalah Italy Romance kot. Hahaha walaupun ku suka Pink Dream juga. Majestic Garden pun win. Cuma Bloomistic Mustard ku jual sebab rasa pelik di muka. Satu je kelemahan design ni inner macam kurang mantap. 

          Uols beli apa? 
          

Thursday, 11 October 2018

Siri Seram Maz - Pontianak/Langsuir?

          Kisah ni berlaku masa aku study sekitar tahun 2003. Aku kan kena repeat paper Calculus 11. Biasalah budak "pandai". Masa tu kawan-kawan aku semua dah lulus, jadi aku menumpang la kelas budak junior. Dalam kelas tu ada 6 orang senior kalau tak salah. 4 daripadanya perempuan. So yang perempuan ni memang kamcenglah kan. Satu hari tu, kitaorang decide nak buat group study. Maklumlah aku x mo pula kena repeat kali ke-3. Kang tak grad pula aku.

          Ada sorang akak ni namanya Kak Ita offer bermalam di rumah dia. So aku & kawan aku Tikah pun setuju untuk bermalam. Rumah Kak Ita ni yang best diaorg duduk bertiga je. So sorang satu bilik. And masa tu sorang housemate dia balik jadi Kak Ita suruh aku and Tikah tidur dalam satu bilik je.

          Berangkutlah aku dengan baju nak bermalam, baju nak pergi kuliah esok...Malam tu kitaorang pun buatlah group discussion. Sampai dalam pukul 2am, semua dah mengantuk. Aku pun dah mengantuk, tapi rasa nak study lagi. Si Tikah dah ajak aku tido. So aku pun bawalah buku-buku masuk dalam bilik sambil meniarap atas tilam. Aku pesan kat Tikah kalau aku tertido, jangan kejut biar je. Dalam pukul 2.30am aku tengok si Tikah dah terlena. Aku pun sambung study.

          Tiba-tiba aku rasa berat sangat kat belakang aku macam ada orang tindih atas bahu aku, tapi dalam posisi aku meniarap. Aku hanya nampak macam ada kain putih panjang kiri dan kanan aku. Aku pula cuba nak alihkan tapi memang tak boleh. Nafas aku kencang dan aku rasa peluh jantan betina semua pakat keluar. Aku cuba baca ayatul Qursi dalam hati tapi lagi aku rasa sesak nafas.

         Tiba-tiba aku teringat kalimah Auzubillah minashaitan nirajeem. Aku ulang-ulang baca kalimah tu dalam hati. Barulah aku dapat gerak-gerak badan aku. Sepantas kilat aku pusingkan badan. Guess what? Benda yang tindih aku tu dia lari tembus dinding okayh. Hanya nampak rambut & kain putih macam terbang gitu. Macam pontianak/langsuir (padahal tak pernah tengok pun). Nasib la masa aku pusing dia lari. Kalau dia tak lari dan bersemuka dengan aku? 

         Aku pun terus tutup buku, dan tarik selimut. Aku tak berani tido telentang or meniarap dah tapi terus mengiring sampai pagi. Posisi pun aku tak ubah sebab bila terjaga aku teringat-ingat benda tu. Mana tau kot dia datang balik

         Tapi aku rasa maybe sebab aku tertido dan dalam kepenatan tu aku alami fenomena sleep paralysis kot. Hahaha cuba bersangka baik ni. Tapi sumpah lepas tu kalau Kak Ita offer aku study kat rumah dia lagi, aku tak berani dah. Bila aku tanya Kak Ita kata dia tak penah kena kacau. So aku anggap maybe benda tu nak berkenalan dengan aku

          Tapi apsal kau x kacau Tikah eh?

       

Friday, 5 October 2018

Keterjebakan Terkini - Essential Oil

          Baiklah...Lepas je saya habiskan study tu, bermulalah pencarian saya untuk mencari essential oil yang berkuali dengan harga yang berpatutan. I know two brands yg famous tetapi harga nya boleh tahan. Hahaha so sebab dah tahu apa yang patut perlu jadi slash terus brand tu.

          

          Then satu hari masa terjumpalah this brand Edens Garden. So 3 hari jugalah study pasal brand ni. Price pun ok yang penting result GC-MS tu kena ada baru lah kuyakin oil tu not adulterated. Alhamdulillah ku yakin dengan brand ni terus ngorder stater kit dari Edens Garden macam pic kat bawah. Price 114.95USD. Shipping tak ingat
         
         I amik lagi satu set (create your own 12 set) sebab alang-alang shipping sekali kan. Lepas tu order amber glass bottle tu dari Shopee je. Koser nak beli brand ni punya bottle. Dasar kedekut

Tada...My first kit dari Edens Garden

          1st time unboxing, I was like 'aik apsal x wangi pon'. Lepas tu semangat lah try diffsuer. Wah bila diffuse bau dia ok la not bad. Yang penting essential oil tu sesuai dengan saya. Saya tunggu masa je nak diffuse then one day tengah lipat baju stress pulak dengan penat dengan rumah semak. Apa lagi amik peluang diffuse. 

         Selepas seminggu guna, terasa macam nak tambah diffuser. Konon nak letak kat ruang lain. Selepas buat research, saya jumpa satu brand Plant Therapy Dan seperti Edens Garden, Plant Therapy pun hantar essential oil diaorang untuk 3rd party testing. 


7 & 7 Aromafuse Set

          Kalau compare dua brands ni, saya suka dua-dua. Hahaha saya suka Edens Garden sebab dia macam ada sweet scent gitu. Plant Therapy bau ni agak kuat pada saya, tapi kalau daripada segi keberkesanan dia, sama je saya rasa. Sebab saya dah guna yang kids punya untuk both brands jadi saya boleh kata kesan dia sama pada anak-anak.

          Punyalah gila tau tau...
          
Latest collection. Huhuhu...

          Yang depan tu roll ons. Pre-made so boleh terus guna saja. Nanti saya cerita dalam next entry







Thursday, 4 October 2018

PRELOVED BOKITTA FOR SALE


La Vie En Rose 2018 Series 
FAST PAYMENT preferred 

No automatic alt text available.
Preloved Ca C'est Bon in VM - SOLD
Condition : Very Good to Excellent
Price : RM100 all in
No automatic alt text available.
Preloved Juliette in VM
Condition : Very Good to Excellent
Price : RM110 all in
Image may contain: flower
Preloved Tulipe in VM SOLD
Condition : Very Good to Excellent
Price : RM110 all in
No automatic alt text available.
Defect flap Roserai in VM. New tapi flap terbalik so sesuai untuk dijadikan "korban" inner "
Price : RM50 all in SOLD
pm/wa http://mazlinamr.wasap.my

Wednesday, 3 October 2018

Keterjebakan Terkini - Essential Oil

          Korang...Orang lain dah berkurun kan guna essential oil ni aku baru nak guna. Kikiki...Ketinggalan zaman betul kan. Kisahnya masa pregnant kan banyak sangat masalah. Stress tau stress. Rasa macam nak tidoq saja. Bila dah makin sarat tu memang rasa nak baring saja kalau boleh nak makan pun atas katil

          Ntah macam mana boleh terfikir nak cuba eo untuk kurangkan stress ni. Lepas tu terfikir juga lepas bersalin mesti kena berjaga malam. So nekad lah nak cuba essential oil ni. Apa lagi ku terus pm kawan yang jual eo YL. So ku sambarlah Stress Away dan Peace & Calm 11. Honestly lebih banyak guna Stress Away sebab bau dia best sangat. Mula-mula beli ku main pakai je straight. Ha lepas join group fb and buat research kat internet, baru tau kena dilute baru pakai. Adeh. Seller kata boleh pakai terus. Nasib baik takde apa-apa...

          Stress away ni bau dia kan macam kulit asam yang selalu saya makan masa sekolah. Wangi-wangi masam gitu. Dia memang buat rileks. Kalau Peace & Calm tu, bau dia susah nak describe tapi taklah fancy sangat. 1st time pakai eo saya taklah rasa apa-apa perbezaan. Tapi lepas beberapa waktu dah ada skill nak pakai baru rasa "eh, best juga eo ni"

          Sebab best maka saya pun studylah pasal essential oil ni. Saya sejenis species yang akan study habis-habisan sebelum saya start invest dalam satu-satu benda. So adalah beberapa perkara yang saya saya belajar mengenai essential oil ni. Antaranya ialah :

1. Tiada Piawaian Atau Standard Untuk Menentukan Kualiti Atau Purity Of Essential Oil

          Setakat ni di US takde piawaian lagi untuk menentukan kualiti essential oil ni. Jadi macam mana nak tahu essential oil yang kita guna tu 100% pure? Sila pastikan company yang kita beli ada buat 3rd Party Testing. 3rd Party Testing ni maksudnya company tu akan hantar batch by batch oil tu untuk menjalani ujian Gas Chromatography & Mass Spectrometry atau juga dikenali sebagai GC-MS. Keputusan ujian akan menunjukkan samada sample yang diuji samada adulterated atau tidak

          So pilih company yang buat testing ni ya. Biasanya result testing ni diaorg akan letak di website diaorg. Kalau rajin, boleh emel je tanya...

2. Tiada Istilah "Therapeutic Grade" Untuk Essential Oil

          Tiada mana-mana badan/agensi yang iktiraf essential oil ni ada grade therapeutic so basically ni marketing terms oleh company-company ni sahaja. As long as essential oil yang kita guna lepas 3rd party testing tu kira dah ok

3. FDA (Foods & Drugs Administration Doesn't Regulate Essential Oils

          Menurut FDA apa-apa yang claim boleh mencegah & menyembuhkan adalah "drugs", dan semua "drugs"ni must be approved by FDA. Jadi semua company essential oil tidak boleh memasarkan produk mereka dengan mempromosikan boleh mencegah, menyembuhkan atau merawat. Kalau ada dikira illegal

4. WAJIB Dilute
       
        Wajib dilute essential oil sebelum apply topically sebab eo ni pekat. Walaupun ia natural tapi tak semua bahan natural tu tak merbahaya. So always dilute dengan carrier oil sebelum pakai. Antara risiko yang boleh dialami jika guna eo tak dilute ni ialah sensitazion (allergic reaction). Antara tanda-tanda ialah ruam, kesakitan,burning sensation, rasa ketat kat dada, sesak nafas.

          Huhuhu... Saya dah alami sensitazion ni akibat guna Tea Tree direct tanpa dilute. Nasib bukan di muka

5. Tidak Boleh Diminum/Dimakan/Taken internally

          Walaupun essential oil tu pure 100%, essential oil tidak boleh diminum TANPA PENGAWASAN daripada QUALIFIED PERSON (aromatherapist). Ini kerana sebelum prescription diberi, aromatherapist ni akan tengok beberapa faktor seperti umur, berat, alahan...Baru diaorang akan suggest essential oil untuk ingestion

          Dan saya berpendapat seller bukan qualified aromatherapist walaupun dah lama jual essential oil, melainkan betul-betul ada certification yang diiktiraf

6. Penggunaan Pada Kanak-Kanak Perlu Mengambil Kira Usia Mereka (Tidak Semua Essential Oil Sesuai Untuk Kanak-Kanak
       
          Setelah membaca daripada beberapa buku dan sumber, saya simpulkan eo tidak boleh digunakan untuk bayi di bawah 3 bulan. Walaupun ada sumber kata selamat untuk digunakan selepas 3 bulan, tapi saya personally akan elakkan sehingga umut mereka 2 tahun.

          So sekarang memang saya pakai personal inhaler saja dalam bilik tidur sebab dah ada Baby Auliyah kan. Tapi saya masih diffuse di ruang tamu mengikut mood dan kesihatan saya. Kalau saya demam batuk selsema saya diffuse blend untuk kurangkan sintom. Kalau saya tengah stress, of coz diffuse Stress Away or yang seumpanya

7. Tak Boleh Diffuse Di Public Space 

          Sedih kan. Saya dah beli diffuser untuk diffuse di office. Tapi lepas saya buat beberapa rujukan, rupanya tak boleh diffuse di public space. Ini kerana dikhuatiri ada orang yang mempunyai alahan kepada particle dalam eo.

          Jadi pilihan yang ada ialah berbincang samada semua yg menggunakan sesuatu ruang itu samada boleh diffuse atau tidak. Takut juga kang tetiba ada kawan saya pengsan ke kan. Matik...

          Tapi kalau pakai usb diffuser yang kecil ok eh...Any thoughts?


8. Tidak Semua Orang Mempunyai Tindak Balas Yang Sama Kepada Sesuatu Essential Oil

          Ok yang ni memang saya baru tau. Kikiki. Rupanya tahap penerimaan seseorang terhadap eo ni berbeza-beza. Contohnya Lavender sepatutnya menenangkan, tapi ada orang yang jadi moody bila guna Lavender

          Begitu juga ada orang bila guna eo untuk sleeping mood, dia jadi lagi berjegil mata. Jadi kesan eo ni berbeza-beza. Sebab tu susah nak explain. Senang cakap "cuba dulu baru tahu".

9. Essential Oils Merupakan Salah Satu Bahan Dalam Bidang Aromatherapy Untuk Holistic Therapy

          Yang ni kena tengok youtube englisharomatherapist untuk lebih faham. Lebih kurang macam ni la...Untuk membantu penggunaan eo yang lebih efektif, kena tengok faktor-faktor lain juga. Contohnya macam headache. Kalau selalu kena, kita kena temgok apa puncanya. Stress, gastric. Supaya bila kita guna eo, kita dapat mengelakkan masalalah ni daripada berulang

          Selagi puncanya kita tak tahu, mungkin penggunaan eo ni kurang memberi kesan positif

10. Essential Oils Bukan Ubat Dan Tidak Dapat Menggantikan Ubat

          Ni penting sekali. Jangan sesekali menggantikan ubat dengan essential oil untuk penyakit. Malah sesetengah penyakit mungkin perlu elakkan essential oil ketika menerima rawatan

          Ok apa lagi? Cukup 10 dulu. Hihihi.,Sebenarnya bagus untuk terus cari ilmu bila gunakan essential oil ni. Dan seboleh-bolehnya daripada sumber yang boleh dipercayai sebab ada sesetengah practices yang sejujurnya saya rasa tak selamat. Hihihi masih baru juga ni tapi saya suka explore pasal essential oil. Tapi masih banyak benda lagi nak kena belajar. 

          10 point ni adalah perkara yang saya pelajari ya, jadi mungkin berbeza-beza pemahaman saya dengan pemahaman anda (ada ke yang baca blog aku?) Kikiki

          Buat masa ni saya tengah pulun nak habiskan buku ni. Bapak tebal ntah bila nak habis. Esok2 saya share koleksi essential oil saya pula

The Complete Book of Essential Oils and Aromatherapy by Valerie Ann Wood
       







Tuesday, 2 October 2018

Alhamdulillah

          Alhamdulillah. Selepas bersawang blog tiba-tiba rasa macam nak serius berblog balik walaupun takde sapa nak baca. Pada 09/07 saya telah selamat seorang bayi perempuan 3.5kg yang diberi nama Nur Damia Auliyah. Papanya yang bagi nama saya ikut saja. Cuma mula-mula confident je saya bagitau namanya Nur Damia Aulya pada kawan. Sekali silap eja...

          Kali ni diberi rezeki bersalin secara cesarean gara-gara kes doktor terlepas pandang. Malas nak cerita panjang-panjang yang penting selamat sudah. Alhamdulillah proses penyembuhan saya taklah teruk sangat seperti yang saya selalu dengar daripada kawan-kawan. Cuma seksa gila nak habiskan suntikan heparin tu. Nak ulang alik ke Klinik 1 Malaysia susah pula sebab Tuan Ihsan balik ke rumah. Abah saya pula baru keluar hospital masa tu jadi option yang ada hanyalah cucuk sendiri. Ngeri juga la. Everytime nak cucuk saya akan amik mood dalam 5-7 minit. Anak-anak nak tengok pun saya halau. Takut teragak-agak

Tido pulak dia...
          Pi mai pi mai dah 3 bulan cuti dan dah naik kerja hari ni. Huhuhu kan best kalau cuti bersalin bergaji sehingga 6 bulan. Today dah 1st day saya naik kerja. Harap-harap tidaklah diberi kerja yang membebankan sebab masih ting tong ni nak tune balik

          Apa-apa pun nak inform saya masih jalankan service rental baby carrier ya.So sesiapa yang berminat terus whatsasap saya 019-5541106 kayh

Thursday, 21 June 2018

Update sket

          Hi uols...Ceh sapa je lah nak jengah blog aku kan.

          Ceritanya banyak kan sebab dah bebrulan tak update. Tapi right now saya tengah sarat 37 minggu. Kali ni memang Allah uji cara lain pula masa mengandung ni.

          Di awal kehamilan saya ok takde masalah cuma saya terpaksa drive pergi balik office sebab masa ni suami saya kena kidney stone, so dia x boleh drive. Penat sangat masa ni tapi considered oklah sebab awal-awal lagi kan. Lepas tu ada dua kali dia dimasukkan ke hospital semua saya yang temankan (ish esok aku sakit nak ke dia jaga ya?). Masa 3 bulan sekali and masa 7 bulan. Ha ni next week pon kena masuk sehari sebab nak cabut sten. Harap jangan kena tahan je lah. Harap baby pon x keluar lagi sebab mama masih ada urusan keje nak settle

          Saya diuji dengan berat badan naik mendadak. Wargh stress...Rasanya sebab masa buat buku merah berat saya turun mendadak maklumlah diet kan. Daripada 61kg saya makan Juicy Raspberry tu sebulan lebih je turun jadi 50kg. So bila booking, takdelah aku nak diet lagi makan takde pantang-pantang. Naik mendadak pulak kata nurse so saya kena pantau bp ngan kawal makan sebab takut ada risiko pre-eclampsia (takde pun).

          Habis je berulang pi klinik sebab nak pantau bp, saya kena UTI plak. Aduh. Sakit rupanya kena UTI or kencing kotor ni. Taubat nasuha wei...Saya mc 3 hari sebab x boleh jalan. Dan kena on antibiotik. Sepanjang pregnant ni 3 kali saya kena UTI, kali ke-3 doktor siap ambil sampel keputihan sebab takut ada jangkitan. And kali ke-3 diaorg bag antibiotik yang kuat sket. Tabah je lah aku habiskan antibiotik berpapan-papan setiap kali kena

          Ada lagi? Ha...Minggu-minggu terakhir kena pantau berat sebab naik mendadak. Kikiki Doktor suspek baby besar. Waduh...Macam-macamlah. Lepas tu last week scan baby breech la pulak. Ko rasa? Masalahnya biasa je kan benda-benda ni tapi sebab saya x pernah mengalami semua ni masa anak 1,2,3 so dia jadi agak stress tau. Bila stress mulalah darah naik and doktor pon start lah kuliah...

          Alhamdulillah pagi tadi saya cek di Klinik Desa, bidan tu cakap baby dah ngaged. Lega haih tapi hati ni 50-50 nak gi scan kat private juga esok lusa. Kikiki...Harap this time masa bersalin smooth lah tak macam ujian kena masa mengandung ni

          Oh ye Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Saya baru nak balik Penang Ahad ni. Harap-harap tak jammed lah ye...

Thursday, 3 May 2018

Istiqamah




"Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan"

Nak pakai #serrose pun kena istiqamah juga. Kena ada kekuatan utk pakai berterusan. If after 1 botol belum nampak kesan, janganlah putus asa. Ingat, SERROSE adalah produk yg certified organic. Biasanya produk organik ni kesannya lambat, tapi Insya Allah memuaskan. 

Sharing pic MUA Anne Nita after 6-8 botol SERROSE


whatsapp Maz 019-5541106 or click http://www.wasap.my/0195541106

Friday, 16 March 2018

Rasa nak tumbuk orang

          Adoi sumpah rasa nak tumbuk orang je hari ni. Tolonglah wei jangan menyusahkan orang lain boleh tak. Tolong lah buat keje betul-betul. Orang lain tak kan nak tolong buat part kau

          Sis geram sangat2 ni. Macam la x biasa kalau minta senarai nama pelajar untuk apa2 program kena bagi nama penuh/ic/matrik number. Boleh pulak lah dua ketul ni :

1. screen shot je nama kat pc
2. whatsapp nama je takde nama bapak ic semua

          Kan dan bgtau nak buat surat pengecualian. So bagi lah semua info. Xkan kau yang jaga budak2 kelas kau aku pulak kena cari semua info tu? Takde common sense ke? Tolonglah saya pun ada keje lain juga ni. Padahal dah minta awal lagi. Dah tau nak cuti kenapa x buat awal2. Huhuhu...Geram sungguh rasa

          Ni memang aku hantar je sekali nama PA kelas biar boss tahu korang x buat keje



          

Friday, 2 March 2018

Keterjebakan terkini - Smiggle

          Orang lain dah x pandang, but sis baru lah kenal benda ni. Kesian kan. Maklumlah sejak umur dah dekat2 40 ni mana tau sangat trending2 ni. Kak Long Sofia lah ni tanya mama "mama, mama tau tak Smiggle? Mama ingat dia tanya pasal dia ni...



Smeagol gak ni


          Rupanya pasal Smiggle alat tulis. Aduih mana lah mama tau sayang weh. Gigih la layan dia google jap. Oh. Ok bila tengok pics Smiggle (bukan Pak Cik Smeagol) sumpah sis jatuh hati.

Butik di Sunway Pyramid. Credit pic to http://mamailahfazilah.blogspot.my

Butik di Trafford Centre

          Meleleh ayaq liuq sis tengok warna-warna ni. So apa lagi mulalah pencarian ps Smiggle di ig2, then ter"google" website Smiggle. Kebetulan pulak ada sale 50% utk certain items. Bila sis compare dengan harga ps, memang jauh lebih murah walaupun termasuk postage dia. So sis pakat dengan adik and sorang lagi kawan utk combine purchase & shipping 

1st purchase


          Purse tu masa beli RM99 kat ig tapi beli dalam RM50 je lepas convert duit Malaysia. Bekas air  & pencil case tu x ingat berapa. Pencil case tu cikgu Maznita punya beli kat gegirl dia. Berpeluh juga la beli tapi sebab nak rasa kan. Suka kenmain budak-budak tu dapat present from mama. Then mama sound "Tahun ni takde birthday present dah kayh"

          Sebulan lepas tu, gatal mata plak nak masuk website dia https://www.smiggle.com.au. Deng...sale hardtop pencil case plak. Apa lagi...

2nd purchased. Separuh ni mama punya

Muka yang happy lepas dapat sorang satu set ni

          Actually harga dia lebih kurang je kalau walk in butik, cuma in my case, susah nak ke butik. So kalau guna ps harga dia plus postage mahal lah sikit dlm RM4-5 ringgit. Kalau nak beli banyak2 oklah kat website dia. Beli barang yang sale. And sale dia lain-lain so kena rajin usya. Since postage mahal, combine je shipping ngan kengkawan so taklah terasa sangat.

          Pasni target bag sekolah sorang satu je, then cukuplah kot. Koser sis nak banyak2 perabis duit. Special occasion macam birthday budak-budak ni or dapat result exam baik oklah kot nak belikan diaorang. Yang sebenarnya takut budak-budak ni terhilangkan je. Nanges wei...



Thursday, 8 February 2018

5 PERKARA TOKYO ORGANIC ROSE SERUM TAWARKAN KEPADA KULIT ANDA


Credit to http://tokyoorganic.blogspot.my/


5 Perkara Tokyo Organic Rose Serum Tawarkan Kepada Kulit Anda

1. Terhasil dari proses R&D (kajian makmal) di Jepun


Tokyo Organic Rose Serum bukan bukan produk timbang-kilo bahkan bukan calang-calang produk, kerana ianya menjalani R&D (ujian pembangunan makmal & klinikal) di Jepun.

Umum mengetahui, Jepun mengamalkan standard piawaian yang amat ketat. Jadi, Tokyo Organic Rose Serum telah melepasi piawaian ini menyatakan sesuatu dengan kualitinya.



Founder Tokyo Organic Rose Serum bersama Team R&D dan Director


2. Dihasilkan dengan menggunakan teknologi Jepun yang terkini dan memegang sijil pengiktirafan dari kerajaan Jepun

Kilang yang menghasilkan Tokyo Organic Rose Serum memperoleh standard piawaian ISO9001 dan ISO2008. Ianya juga mendapat kelulusan S-JQA dan S-JQA Mark iaitu standard piawaian yang ketat dari segi menghasilkan produk yang tinggi kualiti di Jepun yang menggunakan teknologi terkini.




3. Berunsurkan natural dan organik

Selain menggunakan bahan-bahan yang berkualiti, Tokyo Organic Rose Serum juga menggunakan bahan-bahan natural, dan 5 daripada bahan tersebut disahkan organik oleh badan bertauliah di 3 buah negara iaitu Ecocert (Perancis), IMO (Switzerland) & OTCO (Amerika Syarikat).

Menarik bukan?



Sijil Pengiktirafan Organik Produk Tokyo Organic Rose Serum


4. Mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia & mempunyai Material Safety Datasheet (MSDS)

Tokyo Organic Rose Serum telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT170705477K). Selain itu, Tokyo Organic Rose Serum juga mempunyai Material Safety Datasheet (MSDS) yang disahkan oleh pasukan penyelidik dan kajian (R&D team) bahawa ianya selamat dan tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya.


5. Tokyo Organic Rose Serum ini tidak mengandungi bahan berikut

Aluminium
Animal Testing
Animal By Products
Animal Cruelty
Benzaliconium Chloride
BHA, BHT
Butoxyethanol
Ceteareth Glycol
Coal Tar
Cocoamide Deal
Dairy
Diazolidinyl Urea
Dibutyl Phthalate
Dmdm Hydantoin
Ethanolamines
Formaldehyde
Hydroquinone
Imidazolidinyl Urea
Lanolin
Lead
Mercury
Methyl Cellosolve
Methylisothiazolinone
Mineral Oil
Nano-particles
Oxybenzone
Parabens
Petrols
Phthalates
Propylene Glycol
Polyethylene Glycol
Quarternium-15
Resornicol
Sodium Laurel Sulfate
Silicone
Sulfates
Sulfites
Synthethic Colorings
Talc
Toluene
Triclosan
Trichocarbon
Triethanolamine

Ini hanya sebahagian sahaja senarai bahan berbahaya yang tidak terdapat dalam Tokyo Organic Rose Serum. Kami boleh senaraikan lebih lagi, tetapi senarai bahan berbahaya akan terus bertambah dan bertambah dan bertambah..

Tokyo Organic Rose Serum adalah produk yang benar-benar selamat, dan ianya dijamin tidak mengandungi sebarang toksik berbahaya.

Jadi, apa kata anda sebagai pengguna? Jadilah pengguna yang bijak..

Hubungi Maz 019-5541106 or click http://mazlinamr.wasap.my !


Supercube Drinks

            Hari tu saya diserang migraine. Sejak berumur ni, minum caffein terlebih sikit terus kena migraine. Alahai...Agaknya kena start ...